Buat Student Baru

Assalammualaikum & salam sejahtera kepada semua pembaca dan Admin IIUM Confession. Terima kasih kepada admin andai confession aku ni dapat disiarkan, dan sememangnya aku harap ia disiarkan untuk student2 dan masyarakat diluar sana agar lebih bijak dan berhati-hati. Aku tak pandai sangat nak mengarang dan bercerita, jadi maaf kalau ada yang tak faham.

Kes ni berlaku tahun 2011, time baru2 lagi masuk kolej. Otw nak masuk kelas, ada booth syarikat Linguaphone tunggu depan pintu masuk kolej. Datang 2 orang salesman/salesgirl ni .. cakap nak ambil masa 5 minit ja. Aku pun, tngok jam ada lagi 15 minit nak masuk kelas. Jadi layan kan je lah. Syarikat Linguaphone ni syarikat yang menjual modul bahasa Ingeris. Dan memang diorang ni target customer bebudak IPTS/IPTA.

Dah habis pung pang pung pang salesguy ni bercerita, die kata “berminat tak ?? harga hanya RM210/RM299” (tak berapa ingat).Aku siap tolak cakap tak nak, kelas dah nak start .. then dia punya psycho tuh buat kita nak nagis. Pikir punya pikir punya pikir .. time tuh pulak sem 1 baru lepas dapat MARA. Dalam tangan ada 2-3K tak silap.. aku pun dengan tak rela cakap .. okey lah .. tapi tak ada duit cash sekarang . nanti saya datang balik (dengan niat nak lari), tetiba salesguy tuh cakap, kami boleh pakai card. Dalam hati “Mampos”. Then kasi je lah card ATM tuh. Dah swipe duit aku, die boleh cakap . “Terima kasih sebab melanggan Linguaphone, bulan depan awak kena start bayar RM110 setiap bulan”. Whattt ?? Then baru dia reveal harga sebenar, RM2k something, katenye lupa nak bagitahu. TAIKKK!!

Dah kena tipu, memag tak lahh aku nak bagitau family . Sampai sekarang selesaikan sendiri ja. setahun ja bayar cantik, dekat 1k lebih juga lah aku membayar.. dah masuk tahun kedua ketiga, banyak pakai duit terus tak bayar. Yelah MARA bulan2 dapat RM600 ja, aku ni pulak jenis memang tak pernah mintak duit kat ayah aku. Dia pun jenis aku tak mintak, die pun tak menghulur .. haha jadi RM600 nak survive time student . Nak beli buku ka, bayar duit sewa ka, shopping ka, makan ka semua guna duit tuh ja. Jadi memang tak ada lah aku membayar linguaphone tuh.

Linguaphone call pun aku tak angkat bnyak kali. Sampai 2013 rasenya, aku terima surat makhamah. buat bodo juga . Lepas tuh depa diam lah .. tak ada call ke ape .Cuba juga buat aduan kat Tribunal Pengguna tapi depa pun cakap, kalau bawak makhamah tak boleh menang sebab ada hitam putih. Yelahhh dah sign agreement kan. Tapi dekat 3 tahun, lepas dapat surat makhamah tuh, bulan 11, 2016, ada sorg staff lingguaphone cina call.suruh bayar, sebab nnti nme msuk ctos. Hutang tertunggak dekat 5k. Fuhhh tak boleh jadi ni kalo hutang menimbun. Memang aku fikir, aku tak boleh lari dari tanggungjawab, kene cari jalan penyelesaian.Staff linguaphone tuh kata, kalau bayar full dapat discount smpai RM2500. Jadi aku pun tekad nak langsaikan hutang . Kena tipu pun, hutang tetap hutang oi .. takut pulak kang mati kene jawab akhirat sane hahaha..

Sebabkan parent aku tak tau, aku pun guna duit simpanan aku nak bayar bende alah tuh. Sedih jangan cakap la, untuk yang bergaji kecik macam aku.. penat tau nak kumpul RM2500 tuh . Tiap kali gaji nak bayar ASB lah, MARA lah, family lah, rumah sewa lah .. fuuhh ni nak simpan duit sampai RM2500 bukan senang woi. Sebab takut kena tipu lagi, bulan 12, 2016 aku siap turun office depa, dekat Endah Promenade nun. sampai sana,jumpa staff cina yang selalu follow up dengan aku, die bawak masuk dalam 1 bilik. Aku kata aku nak bayar full cash. Tapi sebab nak buat belanja lagi RM100, aku cakap aku nak bayar RM2400 ja, kalau tak dapat aku tak nak bayar. aku cakap tak ada duit. ni ja mampu bayar. Siap aku cakap nak jumpa boos dia, tapi bos dia tak nak tunjuk muka. Hareeem !

Bincang punya bincang .. staff cina tuh pun keluar masuk, keluar masuk bilik.. last2 dia pun cakap okey. Aku pun bayar lah dengan jumlah RM2400 dari 5K++ tuh. Aku mintak surat sebagai bukti aku habis bayar. mintak resit, cop company, tandatangan. siap ugut lagi, kalau aku terima apa2 call dari pihak linguaphone lepas ni.. aku buat report polis ja. Hahahaha . Alhamdulillah settle, sampai sekarang tak ada lagi linguaphone yang call aku . cek ctos pun nama tak ada.

Jadi, aku nasihatkan untuk student2 yang baru masuk U tuh,hati-hati lah ye. Jangan cepat tertipu. Tak salah sebenarnya diorang nak berniaga, and linguaphone pun bukan jual bende tak elok. Elok sebenarnya, cumanya .. cara salesman diorang ni menjual adalah dengan memaksa dan menipu. Lepastuh target bebudak U, kesian lah kat student2 ni, bukan semua berkemampuan. Lepas tuh dah habis belajar kene bayar MARA/PTPTN nak sara diri lagi .. tolong la jangan aniaya bebudak muda kita. Zaman sekarang semua pakai duit . Ramai sebenarnye yang kena tipu tau .. Google je, haa melambak2 bebudak yang kene tipu.

Jadi, yang mana dah terbeli linguaphone, hadapi masalah yang same juga , kalau korang nak selesaikan kat makhamah,and boleh menang.. jangan lupa tolong yang lain ye.. !! If not cuba lah bayar. cari jalan penyelesaian. Memang tak boleh nak lari. Jangan berhutang, and silap2 hari bulan.. sebabkan bende ni nama kita yang masuk ctos nanti , in future nak beli rumah, kete tak lepas.. cano kan ?? Sampai sekarang if ada salesman ke, mmg aku trauma . hahah lari berbatu2 nunnn.

Terima kasih sebab sudi membaca confession yang panjang lebar ni. Harap dijadikan iktibar dan berhati-hati pada masa akan datang. Tq admin!

Sekian

Salam A’alaik – Ms.Zareen (bukan nama sebenar. haha )

– Ms.Zareen

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit