Salam semua. Terima kasih admin jika confession aku disiarkan.
Nama aku Man. Seperti tajuk confession aku diatas. Curang itu pilihan bukan takdir.
Kebelakangan ni aku dah banyak ternampak confession wanita bergelar isteri, tunang, dan juga teman wanita yang telah dicurangi. Rata² masih sayang dan juga masih tidak mahu berpisah walau dicurangi berkali kali.
Aku adalah lelaki merangkap suami kepada seorang isteri, bapa kepada 2 cahaya mata, seorang abang kepada adik perempuan dan juga seorang adik kepada kakak aku.
Confession aku ni bukan cerita aku tapi lebih kepada mahu menasihati dan membuka mata² wanita diluar sana supaya anda lebihkan kekuatan rohani (dekatkan diri dekat ilmu agama).
Anda seorang wanita juga tolong hargai diri anda, anak² anda, dan juga ahli keluarga anda. Kerana apa? Kerana jika anda dicurangi, mereka itulah antara sumber kekuatan anda.
Anda sebagai wanita tak mampu menghalang jika pasangan anda berlaku curang dibelakang anda. Kerana ini bukan satu takdir buat lelaki. Manakan pokok bergoyang jika tiada angin betul?
Aku sendiri dan banyak melihat perkara ini berlaku dihadapan mata dimana ada sahaja rakan² yang dah berkahwin beberapa tahun, dah punya anak tetapi masih berlaku curang.
Jadi tolonglah kepada yang masih belum berkahwin, tengok sendiri dan nilai sendiri pasangan anda.
Kalau sebelum berkahwin pun dah ada perangai sebegitu, sila melangkah pergi dengan rasa hormat pada diri anda. Sesungguhnya tidak ada satu kerugian untuk anda sebagai wanita meninggalkan lelaki seperti itu.
Aku ada satu kenalan lama, dulunya sebelum berkahwin sangat aktif di dating apps. Pada masa yang sama telah ada teman wanita.
Tetapi teman wanita dia masih sayangkan dia dan tak kisah jika dia mahu keluar dengan wanita lain berdua duaan. Si lelaki sangat bermulut manis dengan kebanyakkan rakan perempuannya.
Sejenis yang masa lapangnya hanya dengan telefon bimbit. Walau kantoi berkali kali pun masih lagi teman wanita dia maafkan dia atas sebab sayang dengan hubungan yang telah lama terjalin.
Diringkaskan cerita, kahwin lah mereka beberapa tahun sudah. Sekarang ini rumah tangga mereka tak pernah sunyi dilanda masalah orang ketiga, keempat, kelima dan seterusnya (ramai sangat skandal dan berkawan rapat dengan perempuan).
Si suami masih lagi tak insaf, masih lagi seperti dahulu. Kerana apa? Kerana isterinya sudah terbiasa dengan perangai lelaki sebegitu. Makan hati, menangis, call aku dan isteri aku supaya tolong nasihatkan suaminya.
Sudah terlambat untuk dinasihati. Dan aku mengambil langkah untuk menasihati isterinya supaya tinggalkan suami dia iaitu kawan aku sendiri. Kerana apa? Kerana curang itu satu pilihan bukan satu takdir.
Buat wanita diluar sana. Jika mencari calon suami. Carilah yang menjaga agamanya, yang baik dengan orang tuanya, dan yang paling penting ialah seorang yang jujur. InshaAllah dia sebagai lelaki mampu menjadi ketua keluarga anda.
Lelaki kalau solat pun tak mampu nak jaga. Perintah Allah pun dia boleh diabaikan. Jadi fikirkan lah siapa anda dimatanya yang sewenang wenangnya dia mampu abaikan kelak.
Ikhlas,
– Man (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Lelaki Kalau dah curang
Dia tetap akan curang
Sbb dah jadi habit
So kita perempuan
Jadilah perempuan yg mahal
Kita perempuan pasakkan diri nak cari bakal ayah anak² meaning, kalau dia takde ciri² berkenaan . Maka he’ s not in the list.
Hubungan yg lama berbanding a chance to someone yg lebih baik x pernah merugikan.
Remove to replace ya , tapi pastikan yg lebih² baik. Minta petunjuk Allah selalu