Assalamualaikum kepada semua pembaca,
Tujuan aku menulis luahan ini adalah untuk meminta pandangan, nasihat dan pendapat mengenai situasi yang sedang aku alami.
Adik-beradik aku semuanya ada 4 orang dan aku adalah yang sulung. 3 orang telah bekerja dan berkahwin manakala yang bongsu masih belajar di IPTA dan berumur 21 tahun.
Alhamdulillah kurniaan rezeki Allah, kami sekeluarga hidup senang dari kecil dan apabila dewasa ketiga-tiga kami mempunyai kerjaya yang boleh dibanggakan.
Ayah dah lama tiada, jadinya adik bongsu aku ni lah menjadi kesayangan mak aku, boleh dikatakan macam kawan dah diorang ni. Kalau aku buat lawak dia anak angkat @ anak pungut, mak aku yang marah aku balik.
Namun kami diuji dengan agak berat. Adik aku berkenalan dengan seorang laki di IG. Adik aku ni tak pernah bercinta secara serius, setakat mesej jek la. Tapi kali ni dia selalu keluar dengan lelaki tu tanpa pengetahuan kami.
Kantoi disebabkan mak aku perasan yang dia telah mengeluarkan duit RM1000 beberapa kali pada bulan itu. Apabila mak aku call, dia cakap repair kereta, bila tanya kedai mana? Rosak apa? Resit? Dia letak telefon.
Mak memberi pinjam keretanya untuk adik aku ke kelas dan dia tinggal di asrama sebelum kami tahu mengenai kes ni. Katanya senang nak balik.
Esoknya kami pergi ke hostel dia pada waktu malam dalam pukul 9pm dan mencari kereta, tetapi tiada.
Bila kami call dia cakap pergi makan dengan kawan dia. Kami call kawan dia dan kawan dia cakap tidak bersama adik aku.
Kami menunggu sehingga dia balik untuk mendengar penjelasan. Tetapi dia mengamuk, menjerit tak tentu pasal.
Aku terpaksa menghadiahkan tamparan tanpa bayang ke muka dia dan selepas itu dia terus naik ke atas. Memang kasar tapi aku tak boleh kalau orang tinggi suara kat mak aku. Kami ambil kereta dan bawa balik kereta tersebut.
Kejadian ini membuatkan mak aku tak keruan. 21 tahun hidup, tu adalah first time dia tinggikan suara dan menjerit.
Sekarang ni duit adik aku dah hampir RM5000 dia keluarkan tanpa tahu ke mana duit tu. Dia bukan jenis yang berjoli, bukan juga jenis berfesyen, bukan juga jenis berjalan sini sana.
Dia macam remaja yang normal sahaja, bertudung dan baju yang simple. Apabila ditanya, dia hanya diam membisu.
Kami adik beradik panggil dia menghadap, marah semua bagai, dia hanya membisu. Cumanya aku perhatikan dia semasa orang marah tu, dia tertunduk dan adakalanya dia tersengih sinis.
Aku tak pernah tengok dia macam tu. Entah lah, mungkin dia belajar dari laki tu kot. Kuat untuk mengatakan yang duit itu diberikan kepada laki tu atas beberapa sebab.
Berdasarkan cerita adik aku, dia ni tidak bekerja tetap. Tinggal dengan ibu bapa di kawasan setinggan di hujung KL.
Dia tiada kereta dan bila jumpa adik aku, adik aku yang ambil dia di rumah dan hantar dia balik (ini diceritakan oleh kawan adik aku yang pernah mengikut mereka sekali).
Sempat kami selidik IG dia, laki tu baru membeli sebuah motosikal. Macam mana boleh membeli motosikal padahal kerja pun tidak menentu?
Keadaan bertambah buruk apabila adik aku telah lari dari hostel dan tidur di rumah laki tu bersama ibu bapa dia.
Kami tahu sebab ibu laki tu call mak aku mintak kebenaran untuk adik aku tidur situ, belum mak aku jawab apa-apa dia letak. Dan dia call guna telefon adik aku.
Sampai sudah adik aku tak angkat call lepas tu. Huru hara kami semua di rumah. Ibu jenis apa buat anak orang camtu.
Kami telah mengupah seseorang untuk menyiasat laki tu dan cari rumah dia, berdasarkan info tu kami jumpa rumah mereka tapi dah gelap seolah-olah tiada orang.
Penyudahnya, kami balik sebab dah pukul 2am. Esoknya kami pergi lagi pada waktu siang, tiada orang kat rumah dia. Jiran dia cakap mereka keluar.
Kami menunggu tetapi disebabkan dah terlalu lama, kami balik hampa. Adik aku tutup telefon dia seharian.
Mak aku tak berhenti menangis dalam kereta. Hati jantan mana tak tersentuh. Kami semua buntu dah. Adik aku balik beberapa hari selepas tu dan terus berkurung dalam bilik.
Sedikit sebanyak itulah cerita dia. Sekarang aku nak cerita perihal adik aku pula untuk pembaca menilai sama ada dia dibuat orang atau dia ni bodoh disebabkan cinta.
Adik aku ni takde la rupa model ke apa, bagi aku biasa je dan chubby. Senang cakap takde la orang tengok terus terpesona. Aku sendiri pun panggil dia Budak Lemak.
Tetapi laki tu pun takde rupa juga, maksud aku takde faktor yang boleh membuatkan adik aku ni tergila gila.
Adik aku ni jenis penggeli. Lantai kotor sikit pun dia geli. Tandas apatah lagi. Kalau travel, dia hanya nak tido di hotel, homestay ni dia tak nak takut tandas kotor. Dan dia tak boleh tidur tanpa aircond. Tetapi macam mana dia boleh tidur di rumah seperti itu.
Kalau tengok dari luar bukan la jenis rumah yang bersih dan sampah merata-rata di keliling rumah dia. Rumah lain ok la sikit tapi rumah laki tu sangat teruk. Start dari kes tu, adik aku langsung tak makan kat rumah.
Sanggup dia beli air berbotol-botol padahal kami ada penapis air. Ada juga mak aku masak guna air Yaasin, dia tak makan langsung.
Pernah kami masuk bilik adik aku, kotor betul. Baju merata-rata dan langsir selalu bertutup. Sangat berlainan dengan sebelum ni.
Ada sehari tu kami duduk dalam bilik tu dan membaca Yaasin, tapi tiada apa yang berlaku. Keadaan tetap sama.
Adik aku selalu mengaji dengan mak aku setiap malam kalau dia di rumah, tetapi lepas kes tu Al-Quran dia takde kat meja. Dia simpan dalam almari.
Sekarang, semua yang kami tanya dia balas dengan suara tinggi. Takde langsung rasa bersalah. Sebab itu aku rasa macam buatan orang. Ini sangat berlainan dengan dia yang dulu.
Namun, aku tak menolak kemungkinan kebodohan dia juga. Cuma macam tak logik. Sekuat mana pun kita sayang orang tu, mak kita tetap nombor 1 kan? dah lah dia dengan mak aku sangat rapat.
Mak aku call dia merayu menangis, dia letak jek telefon. Takde perasaan langsung.
Tetapi takde la dia meroyan bila tak jumpa lak tu. Cuma boleh nampak dia cari jalan nak keluar untuk dari rumah tu, nak jumpa kawan la, nak siapkan assignment la. Bila tak bagi, dia hempas pintu bilik.
Ikutkan hati aku biarkan sahaja dia kahwin pastu duduk la engkau kat sana jangan harap sesen pun harta mak aku (mungkin ini yang laki tu nak). Tapi mak aku tak sekuat itu.
Sehingga sekarang mak aku sedih jek. Aku takut sekiranya yang aku hukum tu sebenarnya bukan adik aku.
Aku dah cuba cari rawatan islamik tetapi tidak meyakinkan dan agak mustahil untuk kami heret dia untuk pergi berubat sebab dia kunci bilik dan langsung tak keluar.
Sekiranya ada pandangan dan nasihat, minta komen ye. Aku minta maaf sekiranya ada yang tersinggung baca luahan ni. Takde niat nak perkecilkan sesiapa. Takde harta takpe tapi bukan ini yang perlu dia buat.
– Luffy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit