Aku sebagai seorang mak bila baca buka sosial media terbaca tentang apa jadi kat sekolah mulalah urut dada tarik nafas nak habiskan membaca artikel tentang pelajar sekolah.
Apa nak jadi ni? Buatlah sesuatu wahai pihak yang berkenaan. Itulah harapan aku bila habis membaca artikel tersebut. Tak sanggup nak baca kejadian extreme dan tak masuk akal yang terjadi di sekolah hari-hari mendatang.
Sekarang musim Influenza. Sekolah tutup nak sanitasi. Memandangkan sekolah tak ada murid, aku SARAN kan cuci dan suci kan kawasan sekolah dengan ayat-ayat al-quran.
Maksud aku, pagarkan semula kawasan sekolah dengan ayat ruqyah dan ayat-ayat pendinding. Libatkanlah ibu bapa yang ada pengetahuan ilmu agama yang tinggi untuk minta pandangan dan tunjuk ajar.
Aku tahu macam susah nak laksanakan mungkin melibatkan kos yang tinggi juga.
Kepada pemilik syarikat yang membekalkan device dan al-quran digital yang boleh mainkan ayat-ayat al-quran guna sound system mungkin boleh kolaborasi dengan pihak sekolah. Buat aktiviti CSR di sekolah tersebut memandangkan pihak syarikat ada kemudahan tersebut.
Kenapa hendak pagarkan semula kawasan sekolah?.Sebab utamanya kita tak tahu apa bentuk aktiviti yang dah pelajar-pelajar buat terutamanya di asrama sejak berkurun. Jangan nak cakap tak pernah dengar atau buat.
Entah apa aktiviti pemujaan dan ritual yang pernah dicuba oleh pelajar-pelajar sekolah tanpa diketahui maksud dan akibat perbuatan. Apa yang ditayang di tv dan cinema itulah yang diamalkan semula di sekolah.
Latar belakang dan cara asuhan juga berlainan antara pelajar. Kita hantar anak kita pergi ke kelas agama dan didik dengan agama tapi belum tentu ada pelajar-pelajar yang lain dididik dan faham tentang agama oleh parents mereka.
Warden asrama jumpa dan rampas segala tangkal dan azimat entah apa-apa yang dibekalkan oleh parents atas alasan pelindung diri dan cara keluarga mereka lindung sesama mereka.
Jangan cakap tak ada,mesti ada cuma jadi kes terpencil. Jarang dihebohkan untuk jaga nama sekolah dan lindung pelajar yang lemah semangat.
Benda macam ni susah juga sebenarnya nak handle disebabkan berkait dengan salasilah keturunan dan fahaman agama masing-masing.
Jangan buat-buat terkejut nak SPM tak reti solat lagi pun ada. Solat benda wajib yang kena amalkan secara praktikal.
Harapkan cikgu sekolah yang pantau semasa solat berjemaah itupun ada pelajar-pelajar yang berani culas dan menghilangkan diri memang tak menang tangan nak memantau.
Taknak ulaslah panjang-panjang tentang solat. Solat tiang agama semua orang tahu. Pandailah jaga diri sendiri untuk tegakkan tiang.
Sekolah aliran agama yang ada sistem solat berjemaah pun ada yang berani culas nak solat kononnya solat sendiri kat bilik apatah lagi sekolah-sekolah lain.
Sendiri tahu bila tak solat apa yang jadi kepada jiwa raga hati nurani kita? Entah apalah yang ada dalam fikiran dan jiwa. Kita cuba wujudkan semula suasana yang tenang dan damai di sekolah.
Sebab itulah aku SARAN kan pagar semula kawasan sekolah dengan ayat-ayat al-quran. Hari-hari mainkan ayat-ayat ruqyah sebelum dan selepas sekolah kalau boleh dan jika tiada kekangan dari pihak sekolah.
Cucikan juga tong-tong sampah dan tong pembuangan tuala wanita di kawasan sekolah. Entah apa jenis kotoran yang pelajar-pelajar ini buat. Kumpul dan cuci hingga bersih. Nampak macam remeh dan apa kena mengena tong-tong sampah semua ini?
Aku nak tanya, siapa yang rajin sental tong-tong sampah kat sekolah? Lelehan air sampah dan kotoran melekit melekat kat tong sampah entah berapa lama. Nampak remeh tapi jarang orang nak buang masa cuci sental menyental tong-tong sampah ini.
Masalah kebersihan tuala wanita ini berbuih mulut ustazah dan warden ingatkan. Balut tuala wanita elok-elok. Susah kalau bab kebersihan diambil secara sambil lewa.
Maybe NGO persatuan wanita kena do something untuk ajar dan buat demo cara-cara lupus tuala wanita dengan betul lepas buka sekolah nanti. Ajar juga mereka do’s and dont’s apabila remaja perempuan akil baligh. Benda basic tapi tak semua remaja perempuan tahu.
Siapa yang hendak buat semua ini? Jangan dikerah cikgu-cikgu pula. Kerjasama antara ibu bapa diperlukan masa ini.
Mungkin ada syarikat pembersihan swasta yang boleh bagi cadangan di komen tentang cara-cara hendak mencuci tong-tong sampah terutamanya tuala wanita dan cara melupuskan sampah-sampah lain yang berskala besar seperti di sekolah. Tak terdaya cleaner sekolah hendak buat tanpa bantuan orang lain.
Bila sentuh tentang lupus sampah,masa pelajar tiada di sekolahlah,masa inilah hendak buat pantauan kawasan tempat pelupusan sampah di sekolah. Kawasan yang sering diabaikan tahap kebersihannya.
Mungkin boleh pihak berkaitan dengan alam sekitar bantu untuk memantaunya. Jangan dibakar sebarangan boleh kena saman nanti.
Kenapa aku “SARAN” kan buat semua ini? Kerana kebersihan separuh daripada iman.
Aku bukan sesiapa dan kalau buat video awareness tentang ini belum tentu orang nak dengar tapi aku cuba bagi cadangan tanpa paksaan dalam confession. Aku sedar tak semua orang boleh terima cadangan aku. Sebab itulah aku guna perkataan “SARAN”.
Jangan tunding jari salahkan sesiapa, kita sendiri sebagai ibu bapa jalankan tugas protect anak-anak sendiri mulai sekarang.
Mulai dengan pantau solat anak-anak dan kemudiannya berjemaaah sesama ahli keluarga. Kesannya mungkin tak nampak sekarang, sekurang-kurangnya kita nampak muka anak-anak hari-hari. Dari raut wajah mungkin kita boleh tahu dan bantu selesaikan masalah-masalah anak-anak.
Jangan lupa join aktiviti PIBG dan jika saranan aku bermanfaat bolehlah diusulkan dalam meeting PIBG.
– Min (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit