Assalamualaikum semua.. aku harap apa yang aku tulis diposkan oleh admin. Terdetik hati aku nak cerita pasal kisah hidup aku… Kisah nie bukan untuk menimbulkan kemarahan, tetapi hanya untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia… yang aku cerita ni, berdasarkan pengalaman aku sendiri..
Seramai-ramai kawan yang aku kenal.. aku paling tak suka kawan dengan budak anime and budak layan cerita jepun (contoh, ultraman, anime, kamen rider and so on). Aku tak kisah pun yang diaorang nie nak layan cerita2 jepun, tapi attitude mengalahkan budak2..
First, perangai diorang memang macam budak2 even umur dah 19 tahun. Keras kepala nak ikut cakap dia jer. Cakap orang lain semua tak nak dengar.. Contoh, aku dah study satu subjek, and dah faham betul2 dah, and then aku explain dekat dia, dia macam banyak argue, “yeke”, “mana kau tau” “memandai jer kau nie” “mana ada”, walhal kau dahlah tak study, masa lecture tengok anime, acah gifted tidur time lecture, acah pandai time study untuk exam tak study, bukan dia sorang, bila aku lepak dengan budak-budak anime, mostly perangai semua macam tu.. tak matang. .
Secondly, budak2 anime nie rasis gila, bila kau “terlepak” atau satu group dengan geng2 anime, matilah kau kena palau habis, engkau ibarat halimunan dekat situ, diaorang akan cerita pasal anime 24 jam, sampai tahap boleh lah gaduh pasal anime jer, tahu setiap karakter anime, perangai dia, kisah hidup dia… tapi orang dekat sekeliling kau yang tak layan anime, kau layan macam sampah, kau kena sedarlah hubungan dengan manusia tu penting especially muslim.. kalau kau dah mati nanti, kau mintak geng2 anime kau tu tanam mayat kau, tak perlu tok imam, and so on.
Thirdly, yang aku lihat kebanyakan budak2 anime or layan citer jepun, mostly diaorang nie lonely gila.. diaorang akan ubah perangai 100% bila jumpa dengan geng2 diaorang, mulalah keluar goku, boruto, supersaiya,
Geng-geng anime or jepun nie tak akan ngam dengan bila kau tak tengok anime.. and aku dapat lihat ada yang terpaksa tengok anime semata-mata nak kawan dengan geng2 anime, yerlah sebab dekat area aku majoriti budak anime, kalau geng anime tempat aku tu minoriti, teruk kau kena bahan layan kartun entah apa2..
Next, budak anime jugak suka fikir overthinking, acah kreatif tapi tak logik gila, acah clever jer selalu…
Masa aku sekolah, aku sampai kena palau sebab aku tak layan anime, sebab dekat sekolah aku tu majoriti layan anime, 24 hours diaorang akan cerita pasal anime, kehadiran kau dekat sekolah macam tak wujud, macam halimunan, aku stress gila, hampir setiap hari aku nangis sedap tak ada orang nak kawan dengan aku, dah banyak kali dah aku cuba nak kawan, bagi salam masa jumpa, sentiasa senyum, tapi diaorang still palau aku… aku tekad belajar sungguh2 supaya aku tak nak jumpa diaorang dekat universiti, alhamdulillah aku dapat 9A dalam spm, and aku sambung dekat Pasum Um, barulah lega sikit hati dah tak jumpa budak anime..
Tapi indah khabar dari rupa, rupanya dekat pasum nie, lagi ramai budak2 anime.. Meh aku bagi character budak2 anime:
1. kebiasaaanya anak orang kaya atau sederhana.
2. mostly pelajar boarding school, jarang pelajar smk layan anime, diaorang layan tiktok jer.. haha..
3. jenis yang manja, (anak emak).
4. tak aktif sukan.
5. mostly pelajar lelaki layan anime.
6. tubuh diaorang fragile and tak maskulin, badan lembik macam lidi…
7. lembik.
8. suara lantang.
9. berani..
10. Tak ada jati diri, suka ikut2 orang…
11. kuat main game especially mobile legend.
12. acah gifted.
14. kuat berangan.
15. tak pandai buat kerja-kerja fizikal (kemas rumah, mop, bertukang).
16. kurang living skill.
17. keras kepala.
18. kurang social skill.
Sori kalau aku jenis anti jepun, sebab aku tak boleh lupakan apa yang orang jepun buat dekat tanah melayu, anak2 dara dirogol bergilir-gilir dan ditempatkan di rumah pelacur, yang mana tempat tentera jepun lepaskan stress, sehari berpuluh-puluh kali kena rogol, tak kira umur tua atau muda, bayi atau orang tua, semuaanya dibunuh ikut suka hati, penentang akan dipancung, diseksa. Kena paksa jadi hamba..
Sebab tu lah kalau korang tanya mak bapak korang atau orang yang sempat jumpa tentera jepun, diaorang akan dendam gila dengan jepun…. tapi sedihnya anak muda zaman sekarang lupa daratan, sanjung diaorang, sangup beli mainan anime, cosplay beribu-ribu, baik duit tu sedekah jer dekat anak yatim, tu belum cerita pasal kpop plastik lagi…. haishhhh.
Sampai bila diaorang nie akan tengok cerita anime, sampai tua, sampai umur 30 40 60 80? Korang kena sedar korang akan pikul banyak tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara… nak kahwin lagi, apa yang nak disumbangankan kepada mak ayah yang semakin tua.. hubungan sesama manusia kau jangan lupa, hubungan dengan Allah. . jangan fikir nak berangan dengan kuasa2 anime tu, kuasa2 anime yang mengarut tu tak boleh nak selesaikan isu negara bangsa dan umat islam… bangkitlah dan jangan tengok anime, kpop. .
– Xyz
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit