Assalammualaikum dan hai semua hamba-hamba Allah yang sentiasa di bawah lindungan rahmat-Nya.
Aku mulakan cerita yang sangat menyentapkan jiwa aku. Sejak kecil lagi aku selalu berangan-angan nak sambung belajar kat IPT. Belajar punya belajar , aku pun dapat masuk ke IPTA menggunakan STPM aku. Alhamdulillah , dengan doa ibu ayah , guru-guru dan doa sendiri serta usaha. Aku dapat sambung degree ke universiti yang menjadi salah satu daripada pilihan aku. Kos yang aku nak pun aku dapat. Siapa tak happy kan bila dapat sambung belajar dan yang paling penting kau dah bluetick satu impian dalam hidup kau. Aku pun pergi sambung belajar meninggalkan keluarga dan kawan2 yang tak dapat sambung belajar. ada juga kawan2 STPM aku yg dapat sambung. yang mana tak dapat sambung belajar tu aku tak pernah sekali pun ejek diaorang sebab aku percaya tu semua rezeki masing2.
cerita dia bermula bila balik kampung masa cuti semester , aku dan geng2 aku akan berkumpul. macam2 cerita akan keluar sepanjang kitaorg tak berjumpa. aku jarang buka cerita pasal apa yang berlaku kat tempat belajar aku. lagi2 depan kawan2 aku yg tak dapat sambung belajar tu. yelah , sebab nak jaga hati. kalau aku nak bsembang pasal blja pun dgn kawan yg dpt smbung blja. tu pun tanya gitu2 je. ada satu malam tu , masa kitaorg lepak2, aku tengah mengelamun tak tahu pikir pasal apa. tetiba kawan aku “woii kau dengar tak aku cakap ni?”. aku terpinga2 la. agaknya time tu muka aku memang blur habis. then dia boleh cakap “apasallah kawan2 aku yg sambung belajar ni. bila balik kampung je semua jadi bangang, pekak”. mcm2 la dia kata. aku senyum jelah. malas nak layan. padahal dalam hati, menyirap la siot. perlu ke kau kata mcm tu?
okay look. kitaorg bukan sepanjang masa blur mcm yang kau sangka. bila balik daripada kampus tu means kitaorg baru saja habis final exam. mungkin kitaorg mengelamun sebab tpikir pasal result ke apa ke. janganlah ckp macam tu sekali. aku ni puaslah jaga hati kawan2 aku yg mana tak dapat sambung belajar tu. bukannya aku tak bercakap dengan korang pun. sembang , gelak2 mcm biasakan.. benda ni bukan jadi bahan sekali je tau. tiap kali balik kampung mesti diaorg akan ckp benda yang sama. padahal benda tu blaku sekali je.
baru2 ni bila aku scroll kat fb. aku jumpa sorang kawan fb aku yang bising2 pasal staf kat tempat kerja dia. lepas tu dia lorat nak bezakan diri dia yang ada diploma saja dengan staf yang dia marah tu (ada master). dia cakap apa guna belajar tinggi2 tapi tak tahu nak buat kerja. orang belajar tinggi2 ni tahu hadap nota dengan buku2 je. praktikal hampeh. okay part ni aku tak tahulah nak salahkan siapa. kau yang diploma tu , lepas habis belajar tu dah confirm2 kerja dan tak sambung belajar. dah tentu2 kau tahu kerja kau tu macam mana. orang yang kau marahkan sgt tu budak degree yang tak sempat nak kerja dan terus sambung master. so pengalaman kerja mmg takdalah aku rasa. tapi macam mana nak dapat pengalaman kalau tak kerja. so, bila orang tu macam hangak2 dapat buat kerja maknanya dia baru dapat pengalaman yang dia tak pernah dapat okay!
aku tak kisahlah siapa kau , belajar tinggi ke tak , janji kau hormat orang. kau ingat orang macam kitaorg ni tak reti hormat org ke lpas masuk u? kau ingat kitaorg hilang adab ke lepas dah pegang degree? come on, orang yg kau cakap tu cuma segelintir je. janganlah kau salahkan semua org yg ada degree ni tak cukup ilmu. kau tak tahu macam mana kitaorg struggle nak masuk u , kejar cita2 , harapan keluarga. kalau kau ada ilmu dalam bidang kerja yang lebih , apa salahnya kau ajar baik2 orang yang baru melangkah ke alam pekerjaan ni. sebab diaorg akan tolong juga kau dalam bidang yg kau tak pernah tahu.
bukan nak back up budak belajar ke apa. tapi ni nak cerita benda sebenar.
okay sekian, itu je aku nak cerita. bye.
– kiki
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit