Budak Fresh Seperti Aku

Assalamualaikum semua.

Haa tajuk pun macam dah bosan baca kan? Pasal fresh grad lagi? Hehe but still, nak share cerita aku. Btw sekarang ramai je fresh grad yang masih belum berkerja. No worries, rezeki masing masing tu ada. Cuma lambat atau cepat je.

Masa aku lepas grad, aku menganggur lima bulan. Tak keluar cari kerja langsung. Konon perlu masa berehat sebab penat belajar bertahun tahun. Lepas bulan kelima, mak aku start bising, orang keliling start tanya. Bila nak kerja? Aku pun start la usha dekat Jobstreet apa bagai tapi tak ada satu pun yang respond. Mula mula give up jugak..tapi bila tengok kawan lain dah mula bekerja, aku tekadkan diri untuk tak mengalah. Aku yakin rezeki tu ada.

Btw, aku lepasan course Hospitality and Tourism. Aku boleh cuba nasib antara kerja kat travel agency atau perhotelan. Lepas beberapa minggu mencuba, aku dapat interview di satu travel agency dekat area rumah aku. That is my so first time interview. Memang tak prepare langsung dan aku sebenarnya tak berapa minat dengan travel agency. And you know what? Itulah interview pertama yang paling teruk hahahah. Dia tanya soalan simple, tapi aku jawab merapu. Muka interviewer tak yakin langsung dengan aku. Belum keluar bilik interview, aku dah give up awal awal. Rasa macam nak bangun time tu jugak and blah..tapi macam rude pulak kan. So aku stay sampai habis dan berharap memang aku tak dapat.

Balik rumah, aku menangis. Rasa macam teruk sangat sebab tak prepare apa apa. Lepastu aku kumpul balik semangat untuk try lagi. Kalini aku akan pilih ikut minat aku iaitu perhotelan. Disebabkan kat Jobstreet tak ada respond, aku cuba cari jalan lain. Aku pilih 10-15 hotel yang dekat dengan public transport (aku pengguna public transport), lepastu aku pergi website each hotel, cari bahagian “career” and take note HR punya email address. Aku buat resume cantik cantik, aku karang surat sebagai pembuka bicara and aku hantar kat semua hotel yang aku pilih tu.

Macam magic! Dalam masa dua hari je, aku dapat almost 5-6 interview. Rasa excited membuak buak. Rasa excited sebab nak cuba lagi sekali and buat lebih baik. Aku susun waktu interview cun cun supaya aku dpt pergi semua dalam masa sehari.

Interview aku yang kedua lepas failed yang pertama, it was so smooth. And aku pun demand la gaji RM1500 basic tapi HR tu cakap
“Do you know that fresh grad macam you without any experience layak dapat RM1200 je. Kalau you setuju dengan gaji tu kita teruskan kalau tak you may go now”

Aku pun terus tersedar apa yang dia cakap tu betul. Aku batalkan niat demand tu and terus setuju. Fresh grad tak patut demand! Selepas habis, aku terus tak datang interview hotel yang lain. Sebab aku rasa yakin sangat aku dah buat habis baik. Aku terus balik and bertawakkal je. Esoknya betul betul dia call suruh masuk kerja. Fuhh, rasa bersyukur sangat time tu. Aku fikir, tak apalah basic sikit asal aku kerja buat masa ni. Nak cari pengalaman.

And sekarang alhamdulillah. Dah almost 2 years aku kerja kat hotel tu. My second interview je after grad. And alhamdulillah juga, dah dua kali aku dapat increment. Bos baik, all the staffs pun baik. We’re like one family and I am happy with my career now.

Untuk semua fresh grad yang masih belum bekerja, jangan give up. Try selagi mampu. Rezeki tu Allah dah tetapkan untuk setiap seorang. Masa hantar resume melalui email, jangan hantar resume semata mata. Buat surat rasmi untuk minta kerja. Orang yang baca email tu akan nampak effort kita untuk bekerja. And aku dah menyaksikan sendiri siapa yang hantar attached file resume semata mata tanpa ada surat and subject yang betul, ke “trash” lah jawabnya. Okay, tu je hehe. I wish you all the best!

– Perempuan Bermata Empat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit