Assalamualaikum readers. Ini confession aku yang ke 6 kat page ni. Terima kasih buat admin sudi post cerita ni.
Aku Tinn. Sekitar tahun 2004 aku putuskan untuk tinggal di hostel sebab aku malas tunggu bas henti2 sampai lewat petang. Bas macam ni wujud lagi ke sekarang?
Tahun 2002 aku pernah tinggal di hostel, tapi aku angkat bendera putih. Aku kalah dengan gangguan mistik. Bila aku nak study lewat malam, ada saja gangguan yang aku dapat. Yang paling win, makhluk berlari-lari atas bumbung.
Mulanya kami abaikan sampailah masing2 ambil surah yassin. Akan tetapi… Lagi kuat bacaan yassin, lagi kuat bunyi makhluk tu berlari. Apa kau fikir kami ni tengah bagi semangat kau menang pertandingan lumba lari dalam guni?
Berbalik pada tahun 2004, entah kenapa aku nekad untuk tinggal di hostel. Mungkin sebab sudah senior di ketika itu. Maka bermulalah kisah yang penuh suka duka di asrama sebagai senior form 5 yang disayangi junior2.
Ok, disayangi tu aku propa. Aku sejenis buat hal sendiri sampai junior2 panggil aku senior paling sombong. Amboi, dia punya pujian melambung. Kau kurang kasih sayang aku ke macam mana wahai adik-adik?
Tinggal di asrama bermaksud kau kena hidup berperaturan, berdisiplin dan kena join semua program tanpa gagal. Tapi biasalah bagi seorang aku yang senior ni, peraturan dicipta untuk dilanggar. Selalunya aku memang pembaris.
Tapi kadang2 kalau tersampuk, aku ponteng la aktiviti, tapi aku tak fly (lompat pagar). Aku duduk bawah katil kira semut lalu lalang. Malu sungguh rasanya bila difikirkan balik. Tak ada benda yang lebih thrilled ke yang boleh aku buat selain benda tu?
Benda yang paling sakit bila tinggal di asrama ni ialah sakit RINDU. Kau akan homesick teruk walaupun setiap kali balik rumah bukan kau dapat peluk cium pun. Kau tetap akan bergaduh dengan adik beradik kau.
RINDU tu mungkin hanyalah alasan sebab kau kebosanan mengadap dinding tanpa ada entertainment. Biasanya entertainment budak hostel pelbagai.
Untuk seorang aku yang tak suka ganggu hidup orang (jangan percaya), aku selalu usha kucing tengah mengayat di balik tangga. Kau jangan show off sangat bahagia kat orang yang single macam aku ni.
Biasa aku puas hati bila tengok kucing tu terkedek2 kejar balik girlfriend dia lepas aku tazkirah tak elok bercinta zaman sekolah. Eh, marah dia.
Pernah aku tengah baca buku waktu petang yang damai, junior aku menjerit meracau. Mata hitam dia hilang terus macam tengah high layan dadah. Sah kena sampuk hantu bukit ni, getus hati aku. Asrama kami ni lokasinya betul-betul bawah kaki bukit. Orang-orang tua
Ketua dorm aku arahkan kami baca yassin. Dua orang kawan aku pegang tangan dan kaki dia. Risau dia mengamuk mahupun menari zapin sekejap lagi. Bukan sekali ye kami baca yassin tu tapi berkali-kali sampai dia nampak tenang.
Bila dah yakin jin syaiton dah pergi, kami tanya dia. “Yaya nampak apa??”… Yaya tunduk diam.
Aku seram dia sambung mengilai je. Yaya angkat muka, mata dia merah dan merenung wajah kami satu persatu. “Yaya tak nampak hantu pun. Yaya sebenarnya rindu nak balik rumah je.” Aku tergamam. Aku kepal-kepal tangan aku. Sikit lagi nak terbang atas dahi Yaya.
Dialah orang pertama yang berjaya membodohkan aku level petala langit. Kurang asam kau Yaya. Kau fikir kau je kena penyakit tu?? Bengkak sungguh hati kami hari tu. Lama dia kena pulau. Padan muka kau Yaya. Yang baiknya, kami dapat pahala baca yassin. Alhamdulillah.
Waktu paling mencabar sepanjang tahun ialah pada minggu peperiksaan STPM dan SPM. Berminggu-minggu hanya kami pelajar tingkatan 5 dan 6 jadi penghuni hostel.
Masa ni, pelbagai perangai pelik yang keluar. Tekanan jiwa agaknya sebab dikelilingi dinding batu dan kesunyian dari gelak tawa adik-adik junior. Gangguan mistik pun bertambah waktu begini dek jiwa yang lelah menelaah pelajaran.
Pelajar lelaki mula menjala ikan dalam kolam. Tangkap dan lepas. Terhibur aku tengok. Sorakan dapat ikan macam sorakan penyokong pasukan Newcastle menang lawan Manchester united itu hari.
Pelajar perempuan lagi thrilled. Kami bakar mercun bola, mercun gasing dan adik beradik mercun yang lain dari aras dua hostel.
Yang paling memilukan, tukang jaga line tak bagi signal warden dah balik. Dia sibuk bersorak bila mercun tu meletup sampai tak sedar warden join bersorak sekali tepi dia. Bengang sungguh kami sebab dialah yang paling beria offer diri pegang job tu.
Maka malam itu, kami didenda berdiri di bawah sinar cahaya rembulan di dataran asrama sambil mengenangkan dosa-dosa silam hingga larut malam.
Minggu terakhir exam paling kecoh, senior aku Arissa berlari masuk dorm. Muka dia pucat macam mayat. Diingatkan semula, aku rasa muka dia lagi menakutkan dari hantu. Semua penghuni dorm cuba tenangkan dia. Jarum jam sudah berputar ke angka 12.
“Aku nampak hantu tepi tong sampah, pakaian dia semua putih. Duduk mencangkung. Dia tengah meratah-ratah sesuatu dan buang benda tu dalam tong sampah. Aku tak nampak muka dia. Rambut dia berjurai sampai ke lantai dan tutup seluruh muka dia.”
Air muka Arissa sungul dan terus tidur usai bercerita. Keesokannya dia demam, berlarutan hingga beberapa hari.
Mulai saat tu, semua berteman ke tandas. Aku tetap lone ranger. Warga dorm puji aku berani tak bertempat.
Mereka tak tahu, aku marathon laju2 sampai kecil kepala aku ni setiap kali pergi dan balik tandas. Kadang-kadang terbabas sampai ke dorm selang 1 pintu yang tak berpenghuni sebab terlebih kelajuan. Cuma sampai dekat pintu bilik aku berlagak selamba macam tak ada apa-apa.
Beberapa hari terakhir minggu peperiksaan, hanya tinggal pelajar aliran sains sebab paper Biologi pada hari terakhir peperiksaan. Sasha datang duduk sebelah aku sambil mengomel. “Tinn, kau tahu tak pasal kes Arissa nampak hantu tu? Erda cakap dekat aku, tu bukan hantu.
Sebenarnya tu dia. Siang harinya mak dia bawakan rambutan, dia malas nak kongsi so dia makan la tepi tong sampah sorang-sorang.”
“Aku dah agak bukan hantu, sebab tu aku tak takut.” Sasha menjuih bibir dengar statement aku. Bila Sasha dah berlalu pergi, aku tumbuk bantal berkali-kali sambil ketap bibir.
Saat itu aku membayangkan Erda tengah gelak bergolek-golek sebab berjaya buat hidup kami huru hara. “Kurang asam kau Erda. Sampai putus nyawa aku marathon tiap malam pergi toilet.”
Hari terakhir di hostel, jam 5 petang. Masing-masing sudah pulang dijemput ibu bapa. Aku masih setia menanti di hujung waktu. Menyimpan memori akhir di sini.
Di sini aku belajar hidup saling menjaga, saling menghargai dan menghormati. Tiada sahabat yang sentiasa mendokong aku yang dulu, kini aku bukan siapa-siapa.
Millions thanks ;
– Buat Kakchik yang tarik diri apply matrikulasi semata-mata nak bagi borang matrikulasi dia untuk aku sebab borang aku punya rosak.
– Kekniss dan aida yang ajar aku subjek matematik sampai aku dapat A+.
– Geng hostel ladies yang selalu menceriakan hari aku.
Hari ni aku dah jadi seorang cikgu dan nama-nama watak di atas aku dah tukar dengan nama anak murid aku. Thanks ya sudi baca.
– Tinn (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit