Budak Kereta H

Hi assalamualaikum.. Nama aku Si Ceria (bukan nama sebenar).

Ya, aku golongan budak baru nak up yang beli kereta H sedangkan aku baru masuk tahun keempat perkhidmatan awam tapi dah upgrade kereta dari Axia ke Hond* (aku singkatkan H)

Maksudnya gaji aku tak cukup pun nak bayar komitmen bulanan H. (Kongsi bayar suami isteri) Tapi kenapa aku beli H?

Ini kisahnya…

Aku dengan suami aku merupakan pasangan suami isteri jarak jauh (PJJ). Aku bagi Suami aku pakai H dan aku kereta terpakai yang dah habis bayar. (sebab suami aku yang akan ulang alik ke tempat aku setiap hujung minggu)

Aku ditempatkan bekerja di kawasan pedalaman yang hanya ada penduduk kampung tempatan sahaja dan tiada bandar atau fasiliti yang terdekat.

Jadi sebelum ni, suami aku akan ulang alik 12jam dengan kereta Axia biru (sebelum beli kereta H) setiap minggu selama 2 tahun memandangkan tiada pilihan pengangkutan awam yang berdekatan. (Tiada bas/ lrt/ mrt)

Korang bayangkan Axia dilenjan perjalanan 12 jam setiap hujung minggu demi jumpa pasangan suami isteri dan anak-anak.

Kos maintenance, service kereta Axia memang makan modal, dan sampai masa setiap bulan kereta Axia meragam.

Bayangkan bulanan kereta dah kena bayar RM400, baiki kereta setiap bulan RM400-600 bergantung. Tak termasuk tol minyak.

Kadang pergi tempat kerja, kereta tiba2 mati, tayar meletop tgh jalan, A/C rosak sepanjang perjalanan 12 jam (hujan atau panas terpaksa buka cermin sebab a/c rosak, anak-anak seronok betul dalam kereta sebab masuk air hujan haha sedih dan perit ye)

Pjj kami mengorbankan sebanyak RM1000 setiap bulan untuk jumpa suami isteri dan anak-anak (bayaran kereta dan ulang alik tol minyak) Ni belum masuk kewangan hantar 3 orang anak kat pengasuh, susu dan pampers.

Jadi selepas dibincang bersama, kami kumpul modal berniaga (kami penjawat awam tapi kami buat kerja part time lain) dan bayar lah 10% dp kereta H. Sebab bayaran bulanan dan baiki axia hampir RM1k juga, jadi inilah yang terbaik untuk kami.

Jadi jangan la akak-akak abang-abang perli kami yang budak baru nak up ni beli kereta baru H.

Kecil betul hati bila kawan tempat kerja perli yang gaji senior dia pun tak pakai H sebab bijak jaga kewangan katanya. Sedangkan dia tinggal 10 minit sahaja dari tempat kerja, sebumbung suami isteri, hanya pakai satu kereta sahaja (suami motor, isteri kereta viva).

Kalau nak ikut gaya dia, tak mampu la sebab ujian kita berbeza kan. Siapa je nak pjj dalam rumahtangga, nak hidup dalam hutang loan kereta kan?

Haaa nanti dulu, sebelum korang kata kenapa tak beli kereta lain yang murah dari H tu?? Boleh jugak ulang alik tiap minggu.. Contohnya Persona atau Bezza kan bagus juga.

Okay, aku beli kereta pakai loan dan 10% dp, dapat 2.3% rate interest, rebate rm10k cash rebate. So bila dihitung tambah tolak, bayaran bulanan semua lebih kurang je kereta (RM750-800). Jadi kalau harga kereta baru semua lebih kurang, angkut je la H.

Lain-lain, pengurusan kewangan aku atur dengan bijak. Makan tak bawak bekal pun sebab penat uruskan 3 askar tanpa suami di sisi,

Maka aku puasa isnin khamis dan berbuka dengan nasi telur mata je (mengelakkan kawan2 hidu aku memang takde duit) dan aku tak suka orang simpati dengan aku.

Aku memang akan usaha untuk cari duit tepi, sebab kita yang tentukan kebahagiaan dan kewangan kita.

Dan aku takkan hutang dengan orang walaupun aku takde duit, usaha je insyaAllah memang Allah bagi duit yang cukup walaupun dibuat kira-kira memang tak cukup, tapi alhamdulillah setakat ni semua cukup.

Tapi itu la, bila pakai kereta H, ramai pula perli bila aku tak mampu nak bayar duit tabung kerja, duit persaraan, duit birthday party setiap bulan, duit tea time, kutu.

Diperlinya aku “takkan pakai H tak mampu bayar duit gathering & ….

– Si Ceria (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *