Budak Malang (?)

Hai semua. Sebenarnya dah lama aku nak buat satu pengakuan di mana aku telah simpan dengan seeloknya tanpa sesiapa yang mengetahui. Hanya aku dan Allah sahaja tahu tentang hal ini.

Hidup aku berubah seratus peratus sejak arwah abah aku meninggal dunia lima tahun lepas. Hidup aku kontra sekali jika dibandingkan dengan yang dulu.

Sebenarnya aku tak suka hidup seperti ini. Lima tahun (so far) aku lebih banyak menderita, sedih, kecewa berbanding rasa kebahagiaan.

Sekarang aku tinggal dengan mak aku dekat kampung dia. Banyak sangat ujian yang ALLAH bagi dekat kami. Terlalu banyak.

Dekat sekolah pula, aku selalu mendapat tekanan daripada seorang cikgu yang selalu aim aku. Memalukan aku, memarahi aku depan rakan-rakan sekelas aku HANYA AKU TIDAK PANDAI DALAM MATEMATIK DAN PRINSIP AKAUN.

Sehinggalah aku rasa diri aku pada ketika itu aku dapat depression. Aku kurang bercakap, kurang gelak, kurang senyum. Kawan-kawan aku pun perasaan perubahan aku tapi aku tak pernah buka mulut kepada mereka.

Dekat rumah pula, aku cuba menyembunyikan perasaan aku depan mak aku. Aku tak pernah berceritakan tentang sekolah. Aku jenis yang tak suka berkongsi cerita dengan orang lain.

Disebabkan itulah aku jadi depression. Aku lebih banyak menangis dalam diam kerana itulah satu-satunya untuk lepaskan segala lelah yang aku hadap selama ini.

Mak aku pula, boleh dikatakan tegas orangnya. Lagilah aku tak nak berkongsi masalah dengan dia. Aku takut. Lagi menyakitkan, aku boleh nampak dia mudah tersenyum tergelak dengan sepupu aku. Kalau aku, hampeh.

Banyak jugaklah aku maka hati, kecil hati tu semua tapi aku cuba tak nak tunjuk tu semua. Rasa tak layak pun. Boleh dikatakan hari-hari aku berfikir, “Kenapa aku dilahirkan?” Aku rasa kalau aku tak dilahirkan, tak ada perubahan pun.

Hah, lagi satu, mak aku aku perlu bersusah-payah keluarkan duit untuk aku bayar yuran pengajian, beli baju baru, beli keperluan aku. Memang cukup untuk dia seorang. Tak perlu bersusah hati nak fikir semua tu.

Aku ni diibaratkan hanya kepentingan dia sahaja. Mak aku tak pandai nak ambik duit dari mesin ATM. Setiap bulan kalau nak ambil duit pencen, aku kena ikut dia pergi ke bank. Pergi kedai, aku tukang angkat barang. Nanti balik rumah, kadang-kadang kena marah pun ada.

Di rumah, aku lah jadi bibik yang berbayar walaupun aku tahu tanggungjawab anak salah satunya nak tolong mak itu ini.

Sejak PKP ni aku class online so agak susah sikit nak manage masa untuk belajar dan kemas rumah. Mak aku sakit kaki tak boleh jalan banyak. Dia selalu masak lepastu berehat sampailah ke malam.

Aku? Usah dicakaplah. Kalau boleh dari subuh tu sampai tengah malam/ pepagi buta baru boleh pergi tidur lepas itu. Sakit belakang, sakit mata menghadap laptop lama-lama hanya Allah sahaja tahu. Aku cemburu sangat tengok mak aku boleh relaks-relaks.

Mental aku koyak. Hati aku pula hancur lebur. Hari-hari aku menangis mengenangkan nasib. Hari-hari aku makan hati. Sampai satu tahap aku minta kat ALLAH supaya jangan temukan aku dengan mak dan abah di sana sebab aku terlalu malu untuk mereka.

Dah banyak bebanan mereka tanggung. Aku minta kat ALLAH supaya tempatkan aku di alam roh. Alam di mana aku tidak pernah kenal erti kesedihan, kegelapan, kegembiraan tu semua.

Mak aku selalu marahkan aku kalau aku buat silap. Ya, memang tindakan tu betul. Tapi, kadang-kadang aku rasa ia memberikan aku impak besar yang membawa aku mental illness.

Sekarang ni, aku tak boleh duduk seorang diri. Kalau tak, aku akan menangis sampai bengkak mata. Entah sampai bila aku nak kena hadap macam ni. Aku terlalu penat dan letih dah. Kalau boleh aku nak larikan diri.

Tak ada perbezaan pun kalau aku tak ada. Entah-entah aku meninggal pun langsung dorang tak sedih, Budak tak guna kan memang macam tu lah. Siapa je yang menghargai?

Aku tak tahu lah ini wasiat ke tak, kalau aku meninggal dunia aku tak nak ada satu barang pun dengan dorang. Buang semua. Kalau sedekah lagi baik. Buat apa kenangkan budak tak guna macam aku? Tak beri faedah masa hidup dunia. Lagi menyusahkan ada.

– Hamba ALLAH (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *