Budak MARA

Salam,

Terlebih dahulu confession ini bukannya kenyataan rasmi daripada MARA ataupun sewaktu dengannya. Hahaha. Takkanlah MARA nak buat confession kot kat IIUM ni.

Tapi sebelum aku bermula aku nam nyatakan disclaimer dulu. Yang aku perhatikan kalau tak letak disclaimer mulalah orang buat andaian macam-macam. Biasalah manusia. Aku pun kadang-kadang macam tu

Confession ini hanyalah ‘confession’ ataupun kata orang kita luahan semata-mata daripada seorang insan yang amat bertuah mendapat peluang pendidikan di bumi MALAYSIA ini

(Alert: Ini bukan post yang berkaitan politik dan sespesiessss dengannya. Kau nak berpolitik stop kejap dan post ini tidak sesuai untuk agenda berpolitik ini. Kalau korang bagitau kena gak politik sebab benda ni penting, ya aku tahu sebab sekarang ni pun salah satu subjek aku subjek politik)

Jadi, apa yang aku nak ceritakan ni sebenarnya lebih kepada self reflection, muhasabah diri laa katakan.

Satu lagi, aku ni tak berkait langsung tau dengan iium, aku hanyalah mengambil peluang kepopularan page confession ini supaya mesej aku sampai

Jadi, aku rasa aku patut mulakan confession ini dengan sedikit sebanyak kehidupan aku yang berkait rapat dengan MARA ni

Buat pembaca yang tak tahu ataupun kurang pasti tu, MARA ni Majlis Amanah Rakyat. Korang Google laa sendiri apa fungsi dia tu. Tak larat nak ceritakan semua sekali.

MARA ni mula berkait dengan aku bila aku masuk MRSM dulu. (Pergh, budak hebat laa ni dapat masuk MRSM). Perlukan aku nyatakan kat sini MRSM di Sarawak. Kenapa perlu spesifik? Ye laa nak masuk MRSM kat Sarawak/Sabah ni tak perlu pun syarat straight A UPSR. Yang penting kau dapat A math dan sains. Dan punyalah baik mrsm ni kalau kau dapat B dalam Math/Science kau boleh merayu dan tak sampai seminggu office dia akan call parent, “Oi, kau bawa anak kau masuk Mrsm sekarang” , takdalaa dialog dia macamtu tapi aku harap korang faham laa yang dia bagi offer hasil rayuan tadi. Tak cukup dengan tu, office tu siap call pulak sapa2 yang dapat okay result upsr area2 dekat Mrsm aku tu bagi offer walaupun diaorang x apply.

Mungkin salah satu sebab tak cukup orang/sambutan sebab sejujurnya sebagai orang Borneo ni, kelebihan MRSM ni kurang sikit pendedahan dia berbanding di semenanjung tapi sekarang ni aku ada nampak perubahan sedikit demi sedikit. Alhamdulillah.

Apa yang aku nak highlightkan dekat sini punyalah kesungguhan orang2 dekat Mrsm ni (Orang2 MARA lee) nak bagi peluang kat kaum Bumiputera kita nak bangunkan diri sendiri

Walaupun syarat kemasukan dia sangat longgar, Alhamdulillah aku boleh katakan yang pencapaian mrsm aku boleh dibanggakan dapat masuk ranking Top 10-20 MRSM se-Malaysia & Top 5 sekolah2 di Sarawak. (at least untuk batch aku. Hahaha aku tak tau batch selepas aku pulak cam mana insyaallah diorang okay gak)

Apa yang aku nak sampaikan kat sini ialah peranan institusi yang mcm ni nak bagi peluang pendidikan. Dan macam yang aku bagitahu awal2 tadi, kehidupan aku berkait dengan mara ni juga sebab selepas aku habis bersekolah di MRSM aku ni, alhamdulillah aku dapat biasiswa penuh daripada MARA (duit kerajaan tuu, duit korang gk laa.. terima kasih semua) ke luar negara…

Dan apabila aku mula belajar di benua yang lain ni, benua di mana budaya dia lain dan cara berfikir diorang lain. Sebab tu diorang boleh jajah banyak negara dulu. Aku mula nampak apa bezanya negara kita dan diorang

Apa yang aku tengok bukannya semua benda di Malaysia ni buruk sebenarnya, banyak je benda-benda di Malaysia ni yang lebih baik daripada diorang haa.

Tapi satu je, mentaliti rakyat kita ni yang agak lain sikit.. Hehehe bukan semua.. Kalau mentaliti dia unik alhamdulillah ada gk kelebihan dia.. Tapi ada satu ni yang agak berbahaya, mentaliti yang tak nak menerima perubahan sebab terlampau selesa dengan apa yang ada sekarang.

Haa, sebab tu laa aku terdetik nak tulis confession ni, bila aku baca satu artikel kat page MARA ni tentang MRSM lulus 100‰ PT3, aku baca komen sesetengah insan yang bagitahu apalaa MRSM ni.. Setakat lulus nak bangga sgt.. Lebih kurang mcm tu laa..

Aku agak terkilan sebab satu, sejarah pendidikan aku yang asalnya daripada keluarga yang bukannya berpendidikan tinggi sangat berubah sebab peluang yang ada ni. Kedua, sebab mentaliti rakyat kita yang masih melihat kalau straight A kau berjaya dunia akhirat. Kalau tak kau tak boleh buat apa2 daa.. Kau duduklaa celah batu sorang2

Bagi aku tu salah, sebab bukan semua yang hebat dalam akademik ni.. Diorang ni bukannya bidih macam yang dilihat sesetengah orang, cuma kelebihan diorang tu ada kat tempat lain.. Mungkin diorang power buka bussiness, dalam kelas mana ada buat benda alah tu.. Mungkin dia terrer buat kuih, kau mana tahu.. Haaaa

Tu mentaliti yang aku nak highlightkan. Utk pengetahuan anda PMR kita dulu tak macam PT3 sekarang.. Susah memang susah tapi bagi aku ni adalah usaha yang baik utk naikkan taraf pendidikan kita. Yup sejujurnya ada banyak lagi benda yang perlu dibaiki dalam sistem baru ni.. Tapi, bagi aku apa2 usaha yang baik, baik kita sokong :) kan?

And bagi pembaca yang dapat agak siapa aku ni, duk diam2 je erk.. Hahaha

Yang benar,
SELF-ACCLAIMED anak mara

– Budak MARA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit