Assalamualaikum. Nama aku Yaya (Bukan nama sebenar). Aku harap sangat2 dapat dipostkan di IIUM Confession. Moga menjadi pengajaran pada semua wanita.
Aku berumur 30, masih bujang dan tiada kekasih. Kisah ni berlaku pada tahun lepas aku kenal dengan seorang lelaki berumur 30-an ni merangkap agen insurans aku. Aku kenal dia melalui Instagram. Dia follow aku dan aku approved sebab baru nak ambik insurans.
Dipendekkan cerita rupanya dia ni kawan kepada kawan ex schoolmate aku. Masa tu aku memang berusaha mencari calon sebab aku ni seorang perempuan yang busy dengan kerja sampai takda masa nak ada boyfriend. Hehe.
Sebelum kami berjumpa, kami ada la dm dulu kenalkan diri masing2. Kebetulan pula dia ni sama universiti dengan aku (masa kat U tak pernah kenal dia). Memang borak panjang lah dalam dm tu.
Aku dapat rasakan yang kami ada chemistry. Paling utama buat aku crush kat dia ni, dia ni ‘budak masjid’. Dia pun banyak lah bagi hint yang dia ni single.
Kami pun berjumpa. Bila berjumpa borak punya borak sambil register insurans tu mall pun dah nak tutup. Kami pelan tukar kedai makan lain. Masa tu dia ada kata ‘dalam banyak2 client dia tak pernah bawak motor’. Means dia nak bagitahu yang dia ni jumpa aku je bawak kereta. Haha.
Lepas dari tu kitaorang kerap la contact. Semakin rapat la hubungan kitaorang lagi2 kitaorang sama2 dalam bidang sale. Bila borak tu makin panjang la jadinya.
Dia pun jumpa aku untuk uruskan hal insurans. Masa tu seriously aku dah ada rasa sayang sikit lah kat dia. So masa jumpa tu memang aku tak boleh nak pandang muka dia. Malu wey.
Masa tu aku makan aiskrim. Masa tu pulak boleh tertumpah aiskrim tu kat bibir aku. Dia dok usha je bibir aku lama2. Padahal aku pakai lipstik nude color. Aku dapat rasa dia ni macam stim pandang bibir aku.
Lama dah borak aku beranikan diri nak pandang muka dia. Masa aku pandang tu dia sebut ‘Astaghfirullahhalazim’ ada la dalam 3 kali dia sebut. Masa tu aku fikir, mungkin dia bayangkan muka aku macam ex dia.
Lepas tu kitaorang pun declared. Aku memang ada pelan nak tegur dia dengan perangai dia tu. Buat aku tak selasa bila jumpa dia lepas ni. Ada satu masa tu aku wasap dia. Aku ada bagi hint yang kat dia yang aku tak suka dengan apa yang dia buat.
Dia memang marah la bila aku tegur dia bab tu. Tiba2 dia kata dia tak ready nak kahwin. Dah dia kata macam tu aku tinggalkan dia. Beberapa hari tu dia cari aku balik.
Kitaorang pun bahagia lepas tu dan dia pun sendiri nak jumpa parent aku.
Lepas jumpa parent aku tu dia buat lagi perangai pervert dia. Masa dating tu hampir pukul 2 pagi. Aku memang mengantuk masa tu dan penat. Aku perasan dia rakam muka aku masa muka aku tengah mengantuk. Tapi aku buat bodoh je.
Masa tu aku nak balik. Dia kata tak pelah aku balik lah dulu. Dia nak stay kat situ. Apa kejadahnya lah dok kedai makan tu sampai pukul 2 pagi.
Aku nampak dia pegang handphone masa tu. Aku rasa dia nak rakam punggung aku (punggung aku agak besar). Sebab nya masa aku paksa dia balik sekali jalan dengan aku tu muka dia macam frust giler sebab tak dapat snap pic punggung aku. Allahu.
Aku perasan yang kat dalam friendlist IG dia banyak dia follow perempuan yang ada buah dada besar, punggung besar dan aku cek perempuan yang dia follow tu dari Bigo Live.
Aku pernah tegur dia pasal ni sebab dia kata dia nak berhijrah. Aku suruh dia jaga mata dan jaga pandangan dia. Aku tahu lelaki ada sifat ni. Tapi jangan lah sampai follow perempuan tu. Adoi. Sebab kan dosa2 kita juga la rezeki susah nak masuk.
Dia pun ada cerita kat aku yang dia ada masalah kewangan yang sangat teruk. Aku cuba tolong dia. Aku tolong dia jual barang dia untuk dapatkan buyer. Alhamdulillah dia dapat settle masalah dia atas bantuan aku.
Dapat je duit tu perangai dia terus jadi lain. Abang dia kahwin dia tak ajak aku. Masa tu aku pun dah tawar hati dah dengan dia. Dia wasap aku tak reply.
Ada satu masa tu aku tergerak hati nak cek ada sorang perempuan ni kerap like dan komen pic agak mesra. Aku cek punya cek ternyata dia ada yang lain.
Memang aku tawar hati dengan dia. Tapi perasaan sayang aku ni nak jadikan dia suami aku tu memang satu harapan yang sangat tinggi. Umur pun dah lanjut macam ni.
Sekarang hampir 6 bulan aku break dengan dia, tapi family aku tak tahu pun aku dah break. Aku tak nak parent aku risau pasal aku. Tunggu cari pengganti baru aku bagitahu parent aku.
Lepas break tu aku agak down. Prestasi kerja merundum jatuh lagi2 aku dalam bidang sale. Aku pun terfikir nak release tension. Nak cari satu tempat yang boleh buatkan aku tenang.
Aku pun pelan dengan kawan aku kitaorang bercuti siap book hotel semata2 nak solat kat Masjid Sendayan N. Sembilan.
Aku ambik kawan aku kat bangi then terus gerak g masjid tu. So jadi la musafir sebab 2 marhalah boleh jamak. Doa orang musafir ni kan makbul. Kuasa Allah balik dari masjid perasaan sayang aku dengan dia 100% hilang. Allahu syukur sangat.
Sekarang aku hanya berserah diri dengan Allah untuk bertemu dengan jodoh yang beriman. Beriman ni bukannya jaga solat sahaja. Pandangan nafsu syahwat tu sangat la penting.
Aku dapat petunjuk lepas break ni, yang dia pernah pandang aku sambil istighfar mungkin dia nampak aku ni macam tak berbaju. (Allahualam) Sedangkan aku seorang perempuan yang level pakai tudung tutup dada.
Aku doakan dia bahagia bersama kekasih baru dia. Harap kekasih baru dia tidak menjadi mangsa seperti aku. Aamiin. Aku bersyukur sangat yang dia tak pernah pegang aku. Alhamdulillah Allah jaga aku.
Doakan aku dapat dipertemukan jodoh yang baik dan beriman di dunia dan di akhirat pada tahun ni. Aku nak jodoh yang nak jadikan aku isteri kerana Allah dan bukannya kerana hawa nafsu semata.
Semoga Allah merahmati kalian yang mendoakan aku. Allahumma aamiin3 ya rabbal alamin.
– Yaya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit