Assalamualaikum. Hi, aku teringin nak share situation aku masa kerja. Aku kerja dengan kawan aku, dia kawan dia juga bos, alhamdullilah antara kami semua okey tak ada masalah.
Kawan aku kira orang agak berada. Kami dua2 orang hujung 20an. Dia nak start own business, sambil2 kerja dengan ayah dia.
So dia start nak buat shopee online pet shop. Jual barang-barang kucing. Dan aku adalah staff pertama dia. Aku handle operation company dia.
Dia pilih shopee awal2 sebab we both setuju, kita kena ikut peredaran semasa and tak boleh lawan technology kalau nak start and sustain zaman 20 ni.
Jadi modal yang ada dilaburkan untuk stok barang2 shopee. Kami beli direct form China, sebab bos aku ni ada makcik and family kat China.
Kami beli through them. Diaorang boleh carikan apa2 sahaja yang kami mintak. Cuma dengan syarat quantity yang banyak untuk sekali shipping.
Kami pun start la shopee dengan barang yang ada. At first bila tengok shopee orang lain semangat kami berkobar kobar nak achive sale 1k sold macam diaorang.
Kami pun setup kedai shopee kami dengan kemahiran yang ada.
Setakat nak edit gambar guna photoshop simple2 kitaorang tak da masalah. Letak frame bagi seragam. Letak video slide show sikit2. Buat logo simple2 guna apps dalam phone.
Then done. Kami pun tunggu la untuk orang beli or view our product. 1 hari…. dua hari…. 3 hari….. Aduhh… jangan kata orang beli, orang view pun tak ada.
Kemudian kami betulkan nama2 setiap produk. Agak2 kena dngan perkataan yang orang selalu search. Edit description bagi gempak2 sikit..
Kami tunggu… 3 hari.. 4 hari… masih tak da orang beli.
Then kami start tanya orang, lain, tanya kawan2, google, tengok youtube.. end of the day kami faham. Kami tak bayar iklan.
Actually agak impossible untuk start bussines shopee tanpa sebarang ads. (Ikut pengetahuan kami setakat ni la)
So kami buat ads, seperti yang di jangka, order mula masuk. Bukan 20 30 40 order. Tapi adalah dalam 5-6 order. Itu pun dah excited. Bungkus2, wrap balut2 biar selamat.
Start Print order dari shopee dalam pukul 9 pagi. Balut2 tape2, wrap semua dalam pukul 1 siap.
Lepasa tu pergi la pos dekat jnt/ pos laju. Shopee senang je. Letak je, ada bakul khas biasanya. Letak dalam tu then done job.
Balik happy. Masa tu kami letak shopee ads RM100. Kira kos marketing kitaorang la tu.
Dan RM100 tu memang habis dalam 2 hari je. Kiranya untuk dapat 6 order barang baru, marketing kos dia RM100 juga la.
Then customer tunggu la 2 3 hari, sementara customer nak terima barang. Risau gak barang rosak, ke tak sampai ke.
Alhamdullilah, 5 sampat elok, rating 5 star, ada yang tunjuk video kucing dia. Serius happy. Customer satisfy dengan barang.
Cuma ada satu order makanan kucing tin, sampai kemek and pecah. Customer macam upset skit.
Aku pun buat postmortem. Kos barang contoh makanan dalam tin kos dia RM2.90. Dekat shopee ada lebih 20 peniaga jual benda sama. Paling murah jual 3.30. Dan number dah sold dia memang banyak.
Kami pun fikir. Dia ada 1.5k sold jual harga RM3.30. Kita jual RM3.90 number sold 1. Konfem2 orang beli kat dia.
Then aku buat kira2, kos RM2.90, balut wrap beli kat cowboy. Tolak kos wrapping dengan tape, print waybill, tolak Commission shopee amik, tolak duit minyak pergi pos.
Macam tak ada untung. Belum tolak ads marketing lagi. Dengan barang tiba2 hilang. Customer mintak refund. Barang kemek ke.
Mungkin ada cakap kami tak pergi kelas jual shopee. Actually kami setakat ni dah tahu la juga tentang button Boost. Ads guna keyword. Apply free RM300 ads from shopee Discount Promotion. Shocking sale.
Setelah hampir setahun setengah dengan shopee ni. Aku boleh akui kami rugi. Kami amik barang direct china, tak ada orang tengah. Pun agak susah nak kaut untung.
Makin ramai orang jual murah, makin rosak kitaran harga bussiness tu.
Makin susah orang baru nak join bussines.
Nak sewa kedai pun tak berani, asyik pkp.
Kalau ada orang cakap untung gila niaga shopee tu. Kami teringin betul nak tahu dia jual apa.
Setakat ini sahaja laporan kami. Kalau ada salah boleh la tegur2. Kami budak baru belajar. Moga2 Allah tunjuk jalan.
Sekian.
– Jojo (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit