Budak Office Terlalu Mesra

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Aku kenalkan diri aku, Ainul. Telah berkahwin dan mempunyai anak 3 orang. Juga seorang yang bekerja.

Kewangan bukan masalah utama kami tapi cara pergaulan di office adalah masalah terbesar.

Dipendekkan cerita selepas 7 tahun berkahwin aku baru boleh terbuka hati untuk menerimanya (walaupun tak sepenuhnya. Kenapa? Sebab aku ada sejarah yang menyebabkan aku susah nak buka hati sayang kan orang).

Selepas aku dapat menerima dia, macam-macam dugaan datang. Mungkin bagi orang lain. Alaa, small matter la. You ni terlalu skema A.

Sensitif..

Aku ni bila dah start sayang orang, aku tak nak kongsi2. Haha. Dasar kedekut. Husband aku dengan geng2 office dia sangat rapat. Tak kira laki or perempuan. Dah macam family. Ok yang ni aku boleh terima

Ceritanya bila aku dah start sayang, aku mula ambil tahu pasal husband aku. Dengan siapa dia bergaul, dia kerja macam mana, siapa staff dia.

Lagi banyak aku ambik tahu, makin bertambah cemburu, kesedihan aku. Aku tak boleh terima!

Aku tak boleh terima cara dia bergaul. Contoh, meeting dalam 1 bilik menginap dengan staff perempuan bila outstation.

Kalau ramai-ramai aku tak tak kisah, ni berdua2an. Slamber berkongsi straw atau cawan (bagi aku ni indirect kiss tau. Haha) dengan staff perempuan lain.

Car-pooling dengan staff perempuan berdua-duan. Kadang2 pakai kereta aku weii! Take care too much dengan geng office dia, sampai aku rasa terpinggir bila aku join aktiviti office dia.

Peluk2 dan sentuh2 antara laki n perempuan itu biasa. So far yang ni aku dapat dari observation aku selama sebulan.

Bila aku perhatian geng2 office dia, Yes memang hampir semua pergaulan macam tu.

Aku tahu budaya macam ni biasa pada zaman sekarang tapi bagi aku, aku tak boleh terima. orang lain nak buat, buat la. Tapi aku tak boleh.

Aku dah slow talk dengan husband aku yang aku tak selesa dengan cara dia. Yela, dalam islam pun kata tak boleh kan.

Aku bukanlah alim solehah sangat, aku ni jahil. Mungkin korang anggap aku ni close minded person, kolot, tak boleh terima perubahan semasa.

Tapi bab2 macam ni memang aku tak boleh.

Korang tahu apa jawapan husband aku bagi?

Dia cakap kitorang semua dah macam adik beradik, macam family. Percaya each other. Tahu masalah setiap orang. Dan aku ni tak faham berapa eratnya relationship antara staf2 kat office dia.

Fine! Tiap kali aku talk pasal geng2 office dia, end up kitorang akan bergaduh. Dan nampak aku yang salah sebab tak faham.

Minggu lepas aku ada join family trip company dia. Ada seorang staff perempuan (aku tengok dia sangat baik, setia pada suami, syang keluarga) tapi aku terkejut bila hampir setiap tengah malam dia akan keluar dengan seorang staff lelaki berdua2an.

Bila aku tanya husband aku, dengan selamber dia kata, diorang tu memang rapat.

Dan laki n bini diorang pun tahu dan SIAP minta izin nak keluar bersama dan surprisingly seluar baju (spender aku tak tau laa. Haha) semasa outstation si perempuan tu yang basuh iron bagai. Dah jaga macam laki sendiri.

Perghh dahsyat. Ni baru sebulan aku observed.

Husband aku pula, pernah la satu hari tu kitorang plan nak keluar makan bersama.

(Aku siap minta balik kerja awal sebab nak ready on time) tetiba dapat message yang staff perempuan dia terpaksa balik sendiri sebab husband dia tak nak pickup dia kat office.

Boleh husband aku kata nak pergi ambik dan hantar perempuan tu balik DAN before hantar balik nak ajak keluar makan sekali dengan kitorang. Terkedu aku.

Alasan kesian dan bagitahu aku yang husband staff perempuan dia tu jenis tak memahami. Lepastu boleh kenal dengan staff dia tu skali.

Serious aku tak boleh hadam!

Btw, geng2 office laki aku ni hampir semuanya ada masalah dengan pasangan sendiri.

Ada bini yang dah tak ambil peduli pasal kerja laki, asal nafkah terjaga. Bini mintak cerai. Ada dalam proses cerai. Ada yang dah kawin 2 3 kali. Laki tak redho bekerja.

So aku dengan rendah diri aku nak sangat korang semua bagi nasihat, pandangan pendapat kat aku. Patut ke aku terima je dengan cara pergaulan dia macam tu.

Sekarang aku dah mula nak menjauhkan diri dari laki aku balik. Aku dah tak nak ambik tahu pasal laki aku. Buat sakit hati aku. Kalau jodoh kitorang tak panjang, aku tak de la sakit sangat kan.

– AINUL (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *