Assalamualaikum. Thank you sebab jadi medium untuk aku luahkan apa yang aku dengan suami alami ni. Sebenarnya perkara ni baru saja berlaku kelmarin & aku decide untuk kongsi sebab aku rasa aku dan suami perlukan pendapat ramai. Aku dan suami dah lama berkahwin tapi belum rezeki ada anak. Tapi bukan tu yang aku nak ceritakan kat korang.
Aku dan suami pindah masuk ke rumah pertama kami sebelum puasa tahun lepas. Kiranya belum sampai setahun pun kami duduk. Rumah teres dua tingkat. Rumah kami rumah nombor 1. Aku tak ada jiran depan depan rumah sebab rumah kaki bertentang dengan jalan besar. Rumah nombor 2 milik seorang Cina, tapi dia tak duduk situ. Dia sewakan ke orang. Rumah nombor 3 pula owner Melayu sepasang suami isteri dengan 3 orang anak. Anak-anak dia kecik lagi, yang paling tua aku rasa darjah 1.
Selepas dapat kunci, aku dan suami masuk agak lewat sebab kami renovate dalam rumah. Tapi rumah 2 dah ada sepasang suami isteri baru berkahwin menyewa & keluarga rumah 3 dan seterusnya dah mula masuk. Kami masuk rumah tu hampir 9 bulan selepas jiran-jiran kami dah masuk. Hampir setahun kami tinggal di rumah tersebut memang tak ada apa-apa yang berlaku. Aku pun jenis yang tak kisah tinggal seorang even waktu malam kalau suami kerja malam. Sebab aku rasa rumah aku memang selamat.
Awal bulan 3 haritu bila jiran rumah 2 pindah sebab rumah yang dia beli dah siap. Dan selang 2 minggu lepas tu ada family Melayu pindah masuk. Suami isteri dan seorang anak lelaki berusia 6 tahun. Seminggu selepas mereka pindah masuk, dia ada maklumkan kepada kami yang anak dia nak sakit appendiks kena operate. Kami pun sekadar wish dan doakan urusan pembedahan dipermudahkan. Lepas tu tak ada pun tanya khabar. Kami pun jarang jumpa, yela kami keluar kerja awal pagi, balik dah nak maghrib. Weekend pulak balik rumah parents.
Kisahnya seram ni bermula kelmarin (Isnin, aku tulis confession ni Rabu). Suami aku biasanya akan sampai rumah dulu dalam 6.15pm dan aku akan sampai dalam 6.40pm. Bila sampai rumah je suami ajak keluar, nak carik barang katanya. Aku cakap tunggu la lepas Maghrib, aku pun sempat la kalau nak masak. Dia kata tak payah. Kita makan luar je. Masa borak-borak kat living hall tu dengar bunyi orang campak-campak barang. Disebabkan aku ni selalu optimist, tak ada apa pun bagi aku.
Aku & suami menuju ke Sunway Pyramid. Dalam kereta suami tanya.
“Perasan tak rumah sebelah dah kosong”
“Aah. Tak balik kerja lagi kot”
“Tak, diorang dah pindah”
Aik, pelik jugak aku. Sebab tak sampai sebulan lagi. Suami aku pun mula bukak cerita. Katanya dia sempat jumpa jiran kami tu masa dia baru sampai rumah. Alkisahnya, anak dia yang kononnya appendiks tu bila dibawa ke pakar, pakar cakap anak dia OK je. Padahal bila bawak balik rumah je anak dia akan muntah-muntah yang teruk. Si ayah dah suspect ada sesuatu yang mistik, balik je rumah dari hospital tu dia pergi rumah 3. Rumah 3 cakap masa dia mula-mula masuk rumah tu (sebelum taman tu penuh) memang anak-anak dia pun kena ganggu. Tapi sekarang dah tak dah.
Jadi ayah rumah 2 ni pun bawa anak dia ke Darussyifa untuk berubat. Nak tau tak apa ustaz tu cakap — Memang ada seorang budak perempuan duduk kat rumah dia tu. Dan budak tu sebenarnya asalnya duduk di rumah 3. Tapi disebabkan rumah 3 dah halau dan pagar rumah maka dia duduk di rumah 2.
Terus terang aku bagitau, selama ni memang aku dan suami duduk tak pernah rasa atau kena gangguan. In fact, bila jiran 2 tu bagitau yang budak perempuan tu ada kat area belakang je (dapur & belakang) aku serius tak pernah rasa apa-apa pelik. Sebab hobi aku masak jadi bila ada masa terluang memang aku akan spend banyak masa kat dapur cuba resepi itu ini. Ngeee. Jadi masa tengah jalan-jalan kat Sunway Pyramid tu serius kitorang macam tak keruan. Suami cakap nak beli apa ambik je sebab dia pun tak boleh fikir straight dah. Huhu. Tapi kami end up keluar dengan tangan kosong sebab bila fikir/cakap pasal isu ni meremang jadinya.
Kalau ikutkan hati nak je tidur kat rumah mak mertua aku tapi memikirkan esoknya nak kerja, kami bergerak balik jugak. Kami singgah satu kedai makan & masa tu suami pun telefon jiran lama kami yang dah pindah awal dulu.
“Eh, apa cerita ye rumah korang duduk dulu tu” — suami start bertanya selepas bertanya khabar dan suasana rumah baru.
Jiran lama kami tu bagitau dia pun OK je. Mereka suami isteri kan tak ada anak jugak lagi dan mereka sendiri tak pernah lagi diganggu sepanjang duduk rumah tu. Dia pun ada jugak kerja malam dan isteri dia pun OK je tak pernah mengadu kena ganggu and what not. Sama macam situasi aku la maknanya. Jadi kami buat konklusi disebabkan benda ghaib tu budak jadi mungkin dia nak berkawan dengan budak ataupun memang anak jiran kami tu yang memang lemah semangat. Suami aku bagitau sebenarnya bunyi yang kami dengar sebelum keluar tadi datang dari rumah sebelah. Tapi dia tak nak cerita kat aku masa kat rumah risau aku takut.
Lepas makan kami terus pulang ke rumah. Balik tu kami buat semua benda sama-sama. Bila masuk tidur subhanallah panasnya. Walaupun dah bukak aircond & kipas. Tapi kami lalui malam tu tanpa apa-apa gangguan.
Dah beberapa hari ni alhamdulillah tak ada apa pun yang kami alami (sama macam sebelum ni). Aku agak mungkin makhluk budak perempuan tu memang hanya berminat dengan budak-budak. Tapi aku yakin ‘dia’ memang ada. Mesti dia perhatikan je aku buat kek la, brownies la sekarang ni… uhuk uhuk uhuk. Tapi aku sendiri dah tak berani dah nak tidur rumah sorang. Malam tadi bila suami pergi main badminton pun aku balik tidur rumah mak aku.
Aku sebenarnya tulis sebab nak minta pendapat/kalau-kalau ada nombor ustaz-ustaz area Shah Alam, tapi disebabkan aku rasa budak ni langsung tak kacau aku directly, maka aku rasa aku patut buat macam biasa je. Dia pun makhluk Allah jugak. Kan?
– Kak Long
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit