Assalamualaikum, Terima Kasih pada IIUM confession if menyiarkan luahan hati dan penulisan aku yang tak seberapa ada ni.Aku rasa terpanggil nak buat luahan ni sebab aku tengok faktor sekeliling aku kebanyakannya ,mengalami benda yang sama iaitu dipandang serong oleh masyarakat berkaitan bidang pertanian.
Aku sebenarnya alumni student pertanian daripada sebuah IPTA, aku rasa korang yang baca dah boleh agak aku daripada IPTA mana kan. Dulu masa mula2 aku start belajar ramailah kawan2 aku yang dapat sambung belajar dekat lain2 IPTA serata Malaysia ni dan aku adalah antara yang dapat tawaran belajar di sini dan aku belaja setakat diploma jerr.Start dekat situ kawan2 dan orang sekeliling dah mula pandang rendah pada orang yang belajar pertanian macam aku ni, sebenarnya kawan2 lain yg ambik bidang yg sama turut mengalami situasi sama.Aku rasa orang sekeliling memandang kami hanya sebelah mata sebab antara salah satu metaliti mereka adalah “Alahh pertanian je pun, tak payah belajar tinggi2 pun boleh jadi petani”,”Korang mesti belajar pegang cangkul, cabut rumput, tanam sayur dan ternak ayam, lembu dan sebagainya”,”Nanti mesti korang susah nak dapat kerja sebab bidang pertanian ni terhad hanya kepada betani saje” and yang paling deep “tak de class langsung”
Aku nak bagi pencerahan, dekat sini sebenarnya kami belajar 3tahun utk diploma, 4tahun untuk degree dan lain2 pangkat dalam jurusan pertanian ni bukan semata mata angkat cangkul, tanam sayur, bela lembu je, kalau korang yang “tak faham” tu nak tau, walaupun kami dalam bidang pertanian tetapi semasa pembelajaran, kami didedahkan dengan pelbagai bidang dan bukan khusus pada pertanian sahaja, kami yang bidang pertanian ni jerrr, wajib mengambil subjek untuk sains (Biologi,kimia,fizik),Add math,Account,Kejuruteraan,Komunikasi,Islamic Civilization,Pemasaran, teori dan amali untuk setiap subjek dan banyak lagi.
Kami didedahkan dengan pelbagai bidang walaupun kadang2 tu stress.Oleh tu aku berani untuk bagi tau yang bidang pertanian ni boleh jadi macam2,contohnya guru,Accountant,kerja di bidang kejuruteraan, penyelidikan selain hanya bercangkul dan cabut rumput dibelakang rumah.Paling penting boleh pratikkan dalam kehidupan seharian.Dan untuk maklumat tambahan student diploma disini adalah hanya di Bintulu,Sarawak sahaja bukan di serdang, so budak semenanjung perlu naik belon(kapal terbang dlm bahasa Sarawak) untuk kesana, so sapa kata senang?
Yang paling penting setiap subjek yang saya sebutkan tu wajib diambil oleh setiap pelajar yg menuntut di sini walaupun tak ada basic2 tersebut waktu sekolah menengah dulu, kawan2 aku dulu ramai jugaklah yang repeat sem,paper and ramai jugak yg drop and berenti belaja.Pointer untuk dekan pulak jangan cerita, mestilah melebihi 3.7 baru dikira dekan, so siapa kata pertanian ni senang jerr? .
Kalau korang dan makcik2 nak tau kebanyakan jutawan diseluruh dunia adalah berkaitan bidang pertanian dan yang paling penting kalau tak ada orang pertanian, sumber makanan sayur,daging,beras yang penting tu pun belum tentu cukup untuk bagi korang makan.Orang2 macam kamilah yang menghasilkan teknologi2 baru untuk peningkatan hasil tanaman dan sumber makanan Negara.Kami sebagai student pertanian ni berbangga sebab jurusan kami bukanlah sebarangan .Jurusan lain juga penting pada Malaysia, itu tak dinafikan tapi kat sini aku cuma nak bagi pencerahan berkaitan bidang pertanian yang orang pandang serong.
Alhamdulillah, aku sekarang dah bekerja sebagai pegawai penyelidik tanaman dan gaji 3k+,dan rata2 kawan aku kebanyakannya dah bekerja dalam lain2 bidang Swasta/Kerajaan.Oleh itu, aku nak korang alumni or budak pertanian yang sedang mencari pekerjaan janganlah mudah berputus asa dengan kata2 orang lain, sebab banyak ruang2 kosong yang ada dekat Malaysia ni untuk korang,contohnya Mardi,Felda,Felcra,Industri Asas Tani,Jabatan Pertanian,Ppk dan banyak lagi untuk sektor swasta yg bermacam macam. InshaaAllah, yang penting kena usaha sampai dapat dan jangan memilih.Rezeki ada dimana mana.
Sekarang masalah umum untuk semua graduan adalah peluang pekerjaan yang semakin sedikit berbanding jumlah graduan bagaikan cendawan yang ada sekarang, ramai graduan2 yang bersaing dalam mencari pekerjaan tak dapat dinafikan dan sangat sengit dan ramai jugak yang mengutarakan tentang permasalahan ini sejak kebelakangan ni, ada pulak statement “Graduan Phd belum tentu dapat kerja”, aku bacalah dekat komen2 orang negatif berkata”baik macam aku spm je pun dah kerja bagus takpayah berhutang keliling pinggang”,”Belum tentu belajar tinggi2 berjaya”,”belagak belajar tinggi2 last2 tak da keja” dan banyak lagi kate2 negatif yg lain.
Aku rasa komen2 diorang seolah olah bagitahu yang pendidikan tu tak penting dan bukan penentu kehidupan seseorang.Untuk pengetahuan korang yang negative tu, pendidikan zaman sekarang ni penting, kalau bukan untuk masa ini, mungkin untuk masa yang akan datang siapa tahu.Maklumlah orang pandai sekarang ramai takkanlah kita nak berada pada takuk lama dan hanya berdiam dan itu merupakan usaha kami untuk mencapai impian yang lebih baik, Allah pesan pada hambanya untuk berusaha dan selainnya serahkan pada Allah.
So pada korang yang tengah belajar sekarang ni, teruskan usaha korang sampai ke tahap yang korang nak, jangan dengar mulut2 negatif ni, oleh tu sampai sini saje pencerahan dan pandangan aku pada korang, terima kasih pada yang sudi baca confess aku sampai habis.Semoga Berjaya dengan apa yang sedang anda lakukan yang penting jangan lupa pengorbanan ibu ayah. Sekian Terima Kasih.
– Sister Pertanian
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit