Aku harap sangat admin dapat siarkan luahan aku. Aku sebenarnya tengah down ni. Mungkin sebab baru balik kerja dan mungkin sebab banyak soalan yang ada kat otak aku. Sekarang ni aku tengah praktikal di satu jabatan kerajaan. Minggu ni dah masuk minggu ke-2 lah aku praktikal. Untuk makluman pembaca semua, aku sorang je budak praktikal kat sini. Alasan aku praktikal dekat dengan rumah sebab aku nak dekat dengan family, dan ibu ayah pon risau lah anak dara dorang ni praktikal jauh-jauh. Duit sewa, makan pon tak payah pikir.
Hari pertama overall okay lah. Biasa lah hari pertama takde kerja sangat. Alhamdulillah start hari kedua aku dah mula ada kerja sampai lah harini. One thing yang aku bersyukur sangat adalah pasal penyelia aku. Dia baik dan sangat memahami. Walaupun dia pegawai and of course banyak kerja tapi dia tak pernah marah kalau aku tanya soalan simple yang orang boleh cakap “tu pon tak tahu ke”. Serius dia penyabar dan sangat cool.
Masalah yang aku hadapi ialah officemate yang lain. Kat department aku ni pekerja tak ramai mana pon. Rata-rata umur bawah 40. Mula-mula aku happy lah sebab mesti boleh masuk air dengan dorang. Tapi, dah masuk ke harini aku masih ada masalah nak sesuaikan diri. Kalau di universiti, aku memang terkenal di kalangan kawan-kawan dengan sifat ramah dan banyak senyum. Tapi bila di tempat praktikal ni aku macam culture shock. Aku banyak diamkan diri dan hanya buat kerja. Aku start rasa awkward bila dapat layanan acuh tak acuh dari officemate. Cakap pon nak taknak dengan aku plus nada yang nak marah.
Aku sedih tau. Sebab aku expect aku akan make a circle of friends yang bila aku pergi kerja aku akan happy. Dapat tambah ilmu. Ni bila nak pergi kerja je aku jadi sangat stress dan rasa agak tertekan. Bukan semua orang yang macam tu tapi segelintir. Dan boleh aku kata mostly perempuan yang macam tu. Tapi, dengan staf lelaki pon aku takdelah rapat mana. In case kalau dorang ajak sembang, baru lah aku cakap. Mungkin salah aku jugak sebab tak cuba approach baik-baik tapi aku dah cuba. As praktikal student takkan lah tetiba dorang membawang aku pon nak ikot jemah sekali. So aku banyak diam je lah time dorang membawang.
So kat sini aku nak mintak pendapat korang mengenai masalah aku. Kalau boleh nak mintak tips jugak macam mana nak bercampur dengan officemate dan juga macam mana nak handle officemate yang “alah, kau budak praktikal je”. Aku doakan yang membalas confession aku ni akan diberkati Allah dan dipermudahkan urusan.
– Budak Praktikal
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit