Untuk adik-adik yg bakal menjalani internship ataupun sedang menjalani internship, kalau ko rasa ko nak elaun, nak kerja senang memanjang, nak markah pernuh utk praktikal tapi kerja zero, mohon abaikan post ni.
Aku pun pernah belajar, pernah praktikal dan Alhamdulillah dapat rezeki kerja sebelum grad. Ini bukan kisah aku, cuma aku buat observation zaman aku praktikal dan zaman budak2 yg praktikal tempat aku. Sepanjang aku kerja, dah 2 kali pengambilan budak2 praktikal kat sini. 2 kali tu, dua2 hancusss. Sebab apa? Meh aku list.
1) Niat ko masuk sekadar nak menjalani internship supaya ko tak sangkut utk grad atau utk masuk semester seterusnya. Ko takde niat langsung utk cari pengalaman bekerja yg sebenar. Ataupun mula2 je ko acah2 bersemangat, lama2 ko jadi lemau. Sebab tu bila dapat kerja luar dari expectation ko, ko mula lah bising. “Kenapa aku kena buat benda ni? Ahhh, cepat lah habis trikh praktikal..” Bila stress je mula buat counting days utk hbis intern kt status wassup ko. Kemon la. Budak2 betul. Ko intern dalam kandang lembu sekalipun, belum tentu lembu nk terima ko.
2) Pemalas. Mana2 sektor pekerjaan dalam dunia takkan terima orang mcm ko. Aku bagi contoh budak tmpat praktikal aku. Aku assignkan dorang utk buat artikel dari last week lagi, tapi sampai sekarang tak submit. Padahal aku dah mintak benda tu. Bila pergi site, turun saje site, buat muka ketat sebab kena angkat barang. Ye, aku tahu korang cun, tapi ko angkat barang takkan menjadikan muka ko berubah nampak macam lembu pun. Dah balik ofis, sepatutnya buat report, tak buat report. Tapi ko dok layan fb n youtube. Bila aku tanya kerja dah siap ke belum, ko dok buat alasan penat, tak sihat. Buat muka macam malaikat maut ada kt sebelah nak tarik nyawa ko. Kalau malas, cakap je malas. Sebab aku pun jadi malas. Malas layan orang mcm ko yg tak mendatangkan manfaat utk company pun.
3) Terlalu banyak merungut. Aku faham ada dalam kalangan korang yg outspoken, budak dekan, dan overconfident. Tapi semua tu ada batas. Jangan sampai pendapat boss pun ko nak pertikaikan. Semua tak kena kat mata ko since ko rasa ko budak pandai. Ada satu kes, aku suruh budak praktikal aku shoot event. Balik dari shooting, visual dia memang tunggang-terbalik. Bila aku tanya kenapa ko tak tanya cameraman lain yg dtg shoot? Dia boleh jawab sebab dia tak kenal dorang. Lagipun dia org baru, so mcm mana dia nak tanya org lain. Aku bgi sedebik kt dia. Ko org baru, siapa yg kena start conversation dulu? Org lama ke org baru? Ko kena sedar, bila ko msuk alam kerja sebenar, takde istilah siapa muda, siapa tua. Tapi siapa yg paling lama dlm bidang tu sbb confirm2 dia dah bnyak pengalaman. So bila jumpa org lama, itu lah peluang ko utk tanya sebanyak mungkin. Faham ke faham?
4) Alasan tak pandai. Aku faham bila ko tak pandai sebab apa yg kita blajar memang tak dinafikan banyak bezanya bila kat real work place. Nak2 lagi bila ko praktikal kat tempat yg lari dari bidang ko. Takpe, semua org start dgn zero. Tapi bila dah masuk dua bulan ko buat alasan tak pandai lagi, itu agak melampau. Au dulu time belajar amik bidang design kulit buku, praktikal aku terjun pulak dlm bidang editor buku dan sekarang bila dah kerja aku pulak yg mengarang buku. Cuba tanamkan diri ko utk kutip sebanyak ilmu yg boleh. Bukan nak kutip markah saje.
5) Asyik nak cuti. Takde masalah pun ko nak cuti kalau itu company ko sendiri. Tapi bila ko kerja bawah orang tolong faham yg ini bukan company ko. Weekend je lesap walaupun kdg2 weekend ko kena kerja. Aku faham kepenatan kerja tapi cuba belajar utk korbankan masa cuti ko sbb bila ko dah btul2 kerja mmg akan ada masanya ko kena kerja lebih. Aku sendiri pun dah dekat 2 bulan tak dapat balik jumpa family sebab asal weekend je ada kerja kena cover. Once ko dah pilih utk msuk bidang kerja yg kerja tak tentu masa, ko sepatutnya prepare diri, masa dan mental ko. Jangan expect sama mcm wktu ko belajar. Asal weekend je nk keluar dating, asal hujung minggu je nk vacay situ sini. Berhenti jadi budak2 yg membuang terlalu banyak masa dan duit. Dah tiba masanya ko didik diri jadi org yg lebih dewasa. Jangan nanti bila ko dah habis belajar, baru ko nak menggelupor cari kerja sedangkan waktu praktikal dulu ko bnyak ruang dan peluang utk tunjukkan prestasi yg cun.
6) Malu tak bertempat. Aku faham malu itu sebahagian dari iman. Tapi kalau ko malu utk ke hadapan waktu kerja, tak ke mana lah ko. Duduklah ko dalam zon malu acah2 dalam iman ko tu. Takde siapa pun suruh ko tanggalkan baju time kerja. Kat ofis takde buat tarian tiang pun. Kalaupun kerja yg ko dapat tu tak kena dengan taste dan standard ko hingga mendatangkan malu, sila lah bukak company internship ko sendiri. Banyak cantek muka ko. Lembu pun lagi cantek dari ko.
Aky list 6 je. Banyak lagi sebenarnya. Nasihat aku, jangan buat 6 benda yg aku mentioned tu. Kalau ko buat jugak, ko lagi teruk dari lembu. Kurang2 lembu tu banyak jugak manfaatnya pada manusia. Manfaatkanlah waktu praktikal ko sebaik2nya. Niatlah ko nak tambah ilmu baru dan tambah pengalaman. Plus, usaha dan sejauh mana ko boleh adapt dengan kerja tu. Insya Allah, cukup dengan benda2 tu ko boleh survive tak kisah lah ko kerja dalam apa jua bidang pun.
Zaman sekarang susah nak dapat kerja dik oiiii. Sudah2 lah jadi budak manja asyik mengharapkan orang nak suap ko je. Bila ko praktikal, jangan anggap diri ko budak praktikal. Tapi anggap lah diri ko staff dlm company tu. Maksud aku dari segi komitmen kerja. Bukan dari segi ke-diva-anssss.Sumbangkan sebanyak mana yg ko boleh sumbangkan utk majukan company. Aku yakin yg boss pun akan nampak usaha ko. Dan aku sebagai staff pun tak perlu fikir panjang utk rekemenkan ko kat boss. We need a worker like you!
– Temah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit