Assalamualaikum guys…
Aku student Medic tapi aku tak pandai macam classmates aku yang lain.
Kadang-kadang (selalu jugak sebenarnya) rasa down gile, tak confident, b*d*h nak-nak waktu Dr tanya soalan then tak boleh jawab.
Tengok orang lain mulut masing-masing jawab macam tengah berzikir. Rendah diri jugak tengok classmates.. mak ayah diorang Dr, takpun kakak abang makcik pakcik. Aku? takde sesapa pun.
Aku terfikir jugak sesuai ke aku dengan bidang ni walaupun aku dah nak habis study pun. Taktau la.
Dulu aku rasa medic bukan minat aku tapi slow-slow aku develop memandangkan aku dah taktau nak pegi bidang mana. Lagipun mak ayah aku letak harapan tinggi dekat aku.
Somehow lama-lama aku rasa Medic ni best. Tambah pulak dengar cita-cita orang lain yang nak membantu ummah, nak join aktiviti sukarela dekat negara-negara luar.
Tapi aku? setakat cita-cita nak habiskan degree je.
Engkorang mesti pelik pebenda la point budak ni confess kat sini kan? Hahaha.
Sebenarnya aku nak luahkan je apa yang aku rasa selama aku belajar Medic ni.
Kalau nak cakap stress, aku percaya semua course ada tahap stress nye masing-masing. Cuma nak engkorang tahu yang tak semua budak Medic pandai, genius, excellent.
Tambah stress ada otak lembap macam aku. Orang lain baca sekali imbas je dah simpan dalam memory. Aku? Study punya study sikit je yang ingat. lepas tu esok kat kelas rasa bodoh and the cycles repeat.
Aku tak salahkan sesiapa. Lain orang lain dugaannya. So, aku harap engkorang doakan aku dapat habiskan degree ni dengan bebudak batch aku. Taknak repeat ke apa ke.
So, mungkin ada senior/ super senior/ junior nak share cara korang study dan nak hilangkan rasa b*d*h dalam diri aku ni. Tazkirah dialu-alukan.
Thank you guyss..
– Budak (bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
dik, ini pesan Tun Mahathir, sentiasa baca berulang kali, dh pandai pon baca lg. kamu ambik bidang medic ni, bakal doctor kan? kamu kene la master dalam apa yg kamu pelajari sbb bidang kamu ni melibatkan nyawa org. just bayangkan, kamu rawat ahli keluarga sendiri, tp kamu salah rawat, membahayakan nyawa ahli keluarga kamu, mcm mana??
jika kamu dah tau kamu x sepandai org lain, kamu kene la gigihkan diri utk ulang apa yg kamu x ingat.
sy doakan kamu rajin baca, dan master dalam apa yg kamu pelajari. jadilah org yg hebat dlm versi kamu sendiri, bukan utk bertanding dgn org lain.
Dalam ramai2 kwan awk yg amk bidang medic ni, xkan xde sorang pon yg rapat dgn awak.. cuba tanya kat diorang, mcamane diorang ‘handle’ cara diorang blajar, selain dari minat shj..? Saya juga ada sorang adik yg dah bergelar ‘doktor’.. asalnya sya rasa pelajaran nya agak sederhana shj, tapi ‘semangat’ & disiplin diri dia sgt kuat & antara faktor dia berjaya menamatkan course dgn gred yang baik.. bayangkn, sebelom waktu subuh, dia dah bangun tido, (of coz mlm sbelom nya dah tido sbelom pkul 10 mlm), study sebelom n slepas solat subuh, di samping tu dia ada ‘study group’ dia sendiri, n slalunya sbelom end up sesuatu perbincangan, dia akan ‘wrap-up’ apa yg diorang dah bincang sbelom tu.. at times, dia akn ‘volunteer’ utk ‘mngajar’ kawan2 nya di atas white-board yg sedia ada, so scara x langsung, dia akn ingat apa yg disebut, berbanding jika hanya mendengar dari org lain.. dari segi disiplin, dia sangat ‘patuh’, cth nya mlm tu giliran dia utk ‘basuh pinggan’, dia akan set time yg betul, supaya x ganggu waktu blajarnya, begitu juga dgn waktu ‘rehat’nya dari blajar.. jika dia dah set, tengok tv hanya 10 mnt shj, dia akn patuh jangkamsa tersebut, klau dah ckup 10 mnt, dia akn masuk bilik, walau dlm keadaan apa pon, atau cerita di tv tu lg 5 mnt shj akn tamat, dia tetap patuh waktu tu.. sya mngatakan sebegini, sbb saya melihat cara dia blajar semasa dia dlm pengajian Medic tu.. walau apa pon dugaannya, jgn patah semangat, sbb kejayaan itu amat ‘manis’ walau pon jalan yg dilalui berliku2.. wallahu a’lam