Budak Zaman Sekarang Lembik?

Salam PKP 2.0 semua. Harapnya semua sihat dan amalkan SOP tau! Sama-sama tolong frontliner untuk kawal COVID-19 InsyaAllah.

Oh ya hari ini aku nak cerita pasal budak zaman zaman sekarang. Nak kata manja, macam serba salah. Nak kata lembik pun entahlah. Nak kata pemalas nanti dikata judmental pulak.

Korang nilailah sendiri apa yang aku nak share ni. Benda ni dah lama berlaku cuma aku tiba-tiba terfikir balik nak dengar pendapat korang pula macam mana.

By the way aku kerja kat satu syarikat di Johor (JB). Baru nak masuk 4 tahun. Sederhana saja tapi aku happy.

Walaupun COVID-19 buat syarikat kami di hujung tanduk, Alhamdullilah kami dikurniakan majikan yang baik. Dalam tegas ada baik and bijak dia handle kerugian syarikat. Syukur sangat tiada yang kena buang kerja.

Masa hujung 2019 dulu, aku pernah diberikan arahan untuk handle budak intern. Mereka akan jadi pelatih selama 6 bulan. Ketika tu ada 3 orang baru masuk iaitu mahasiswa daripada sebuah universiti bumiputera.

Okey kemudian, hari pertama tu masa brief kerja yang perlu dibuat dalam bilik meeting, satu kepelikan berlaku.

Ketiga2 orang ni tiada langsung bawa buku untuk catit briefing. Aku ingat mereka mungkin rakam guna phone agaknya, tapi memang masing-masing cuma berpeluk tubuh.

Briefing tu sangat penting and kena take note semua benda yang aku cakap. Jadi ofc we expect untuk diaorang alert apa yang kita jelaskan.

Aku pula yang macam segan sebab diaorang tiada apa2 hatta pen/ sehelai kertas. Im not gonna say it but semua jenis pakai iphone and baju berfesyen.

Takkan buku note tiada? Atleast untuk catit apa yang perlu? Yes, mereka jawab tiada. Bayangkan aku ambil kertas A4 dan berikan pen OMG adakah ini sekolah tadika ke hmmmm entahlah.

Jadi aku pun biarkan jela and explain macam biasa. Seperti yang aku expect, hari seterusnya mereka start tanya banyak benda. Bagi aku semua ni normal. Banyak tanya and buat silap adalah proses pembelajaran.

Aku tiada masalah nak mengajar pun. Malangya setelah hampir sebulan, mereka ni memang banyak kali buat silap.

Buat silap tiada masalah bagi aku. Tapi ia menjadi masalah apabila kesalahan itu adalah mistakes sama yang berulang-ulang. Sudah diajar berkali2 masih lagi berlaku. Senang cerita, mereka acuh tak acuh saja buat kerja.

Tapi bila ditegur atau diajar, masih lagi tidak take note. Jangan kata rakam guna phone, tulis pun tidak. Aku tak tahulah kenapa. Mungkin budak zaman sekarang anggap tulis kat buku tu macam NOOB? SKEMA? POYO?

Tapi bagi aku buku notes semasa kerja amatlah penting. Buku tu akan jadi guidelines penting supaya kita boleh keep on learning from mistakes. But i dont know what they think la.

Masuk pertengahan 3 bulan jadi intern, masalah yang sama masih berulang. Sampai bos aku pun perasan bahawa mereka bertiga ni ada sikap yang tak bagus. Tapi aku selalu backup & maklumkan kesalahan tu benda biasa.

Bukan apa, tak nak bos marah pula kan. Tapi masalahnya, kesalahan mereka ni telah mengundang isu lebih besar. Macam-macam cara aku dan leader lain buat untuk bantu.

Tapi situasi ni ibarat tragedi jatuh gaung. Kita bagi tangan nak tolong tarik naik atas, tapi tiada yang nak menyambut. Tapi bila jatuh gaung, kau salahkah orang tak selamatkan kau.

Cuba slowtalk tak jalan. Bincang baik-baik tak jalan. Guide satu-satu dah kadang aku rasa macam mengajar anak sendiri. Lebih teruk apabila mereka sengaja melambatkan kerja.

Yes we know it. Lebih pelik lagi, kami cuba minggle dengan mereka. Ajak keluar makan dan lepak bersama tapi semua menolak.

Ajak makan di office pun mereka suka menyendiri. Biasanya mereka akan lepak bertiga sahaja. Menyendiri 3 orang. Kalau ada gelak-gelak pun semua dian nak taknak saja.

Bila jadi macam tu, aku rasa masing-masing tak pandai berdikari sebab apa-apa semua nak bertiga. Apa-apa berkepit sahaja sampaikan tiada perkembangan daripada segi relation building dengan staff sekeliling. Semuanya bertiga rely on each other.

Serius aku tengok diaorang dah macam budak-budak yang taknak berpisah. Naik kepala pun sama-sama bertiga. Mana la tak pening kepala kami.

Ingat tak PKP 1.0 dulu? Dekat sini keadaan jadi makin teruk. Kita simplekan cerita ni eh. Bila bekerja dari rumah, masing-masing sukar sangat berkomunikasi. Hanya menggunakan telegram/ google meet.

Prestasi mereka menurun dan disiplin sangat teruk. Misalnya tak siapkan kerja. Kerja meleret sampai seminggu sedangkan sebelum PKP kami dah ajar and mereka dah praktik semua.

Mungkin bila berada di rumah kita tak nampak mereka, jadi susah nak kawal. Ada juga progress kerja yang terpaksa dibuat balik from scratch sebab kesalahan kecil tersebut.

Benda ni sedikit sebanyak beri tekanan pada kamilah. Kami cuba tolerate tapi masing-masing pijak kepala. Bila habis intern, kami tak bersua sebab masa itu masih lagi PKP.

Jadi sudah menjadi ‘ritual’ wajib aku, aku akan mesej seorang demi seorang dan minta maaf jika ada salah sepanjang mengajar mereka jadi pelatih. Tu memang cara aku dari dulu.

Tapi aku agak malulah, sebab seorang pun tak reply. Hahahah beria seorang diri rupanya. Hanya double tick saja.

Keesokan harinya bos mesej dalam group kami semua dan amat mengejutkan, pensyarah mereka sampaikan sesuatu yang cukup membuatkan kami terkilan.

Kami diburukkan, profesionalisme kami diburukkan. Macam-macam mereka mengadu pada pensyarah dan perkara itu disampaikan kepada bos semasa perbincangan ketika pelajarnya nak habis intern (penilaian).

Lecturer itu tidaklah cakap direct tetapi bos faham apa penerangan yang cuba dimaksudkan.

Bos sendiri nampak apa yang jadi di depan mata. Macam mana progress setiap bulan. Ada juga data melalui peratusan disiplin & kualiti kerja.

Di situ memang tak boleh menipu. Tapi bos pun berlaku jujur dengan lecturer tersebut macam mana cara kerja pelajarnya dan kemudian dia meminta maaf semula.

Beberapa bulan kemudian kami jumpa lagi dengan intern yang seakan-akan sama. Mereka jenis yang apabila kita tegas, dikatakan menindas sedangkan apa yang ditegur adalah untuk improvement diri.

Tidak apalah mungkin mereka masih muda, darah masih panas. Kerja nak senang tapi markah nak tinggi.

Ada juga yang sampai tahap masuk kerja lambat atas alasan tak munasabah. Ada pula yang menipu MC. Ada juga yang bercakap besar tapi hasil kerja zero.

Ada yang suruh mak telefon untuk minta application intern. Ada yang suruh bapak hantar resume. Ada yang membawa parents masuk ke bilik interview.

Allahu adik. Awak dah besar sampai bila nak rely pada semua tu. Redha ibu memang penting tapi sampai masa, kita semua kena belajar berjalan sendiri.

Jika ada salah jangan segan nak belajar lagi. Tapi hormatlah pada orang sekitar seperti mana kami menghormati semua. Janganlah sendiri cari pasal, sendiri mengamuk.

Asyik menyalahkan orang tanpa menilai semula kekurangan diri kita. Ada juga yang terlebih manja. Apa-apa siap beritahu mak ayah, mak ayah call syarikat. Benda sangat simple dan remeh tapi jadi isu besar pula.

Allahu apakah ini semua adik-adik. Matanglah, dah sampai masa awak terbang sendiri daripada sarang.

Tidaklah hendak pukul rata. Ada sebilangan kecil mereka yang sangat bagus dan berkualiti sehingga kami tawarkan menyambung kontrak sebagai pekerja di syarikat kami. Ada juga pekerja lama yang teruk sikapnya. Itu tidak dinafikan.

Cuma pesanan saya kepada ‘adik-adik zaman sekarang’, kentalkan hati. Bersedialah untuk keluar daripada zon selesa. Ada yang mental apabila terpaksa bekerja dalam company yang toxic.

Jadi jika mendapat syarikat yang baik-baik, syukur dan hargailah sebaiknya selagi awak ada peluang mencari rezeki di sana.

Bercakap pasal susah nak adapt masa bulan pertama kerja, memang betul. Kadang hari pertama dah rasa nak berhenti. Tapi carilah daya untuk sesuaikan diri.

Jadilah macam benih yang dicampak ke mana-mana pun boleh hidup. Ketepikan sebentar kemanjaan anda. Belajarlah benda baru., Keluarlah daripada zon selesa. Barulah boleh terbang jauh!

Korang ada pengalaman kerja dengan budak zaman sekarang?

– Razif Nazmi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *