Assalamualaikum semua
Thank you kalau confession ni sudi di siarkan. IIUM confession adalah medium terbaik utk saya bkongsi pendapat yg dah lama terbuku di hati saya, yg saya kurang bkenan dgn perilaku masyarakat skrg.
Oh ya, before proceed. Saya bukan student IIUM. Saya student dari U lain di area KL.
Seperti tajuk yg tertera, saya prasan mmg org ramai skrg ni x kisah lah melayu ke bangsa lain ke, islam ke non-muslim ke, slalu saya nampak perbuatan kiss baby dari mulut ke mulut. Saya faham anda cuma nak bermain n bmanja2 dgn baby tu. Tapi saya agak kurang senang dgn perilaku ni. Sebab2 nya adalah:-
1) Bukan budaya kita
Cium2 mulut ni kan ke budaya barat. Salah satu perbuatan yg boleh merangsang seks. Mungkin ada yg kata ‘alah baby, bukan ada nafsu pun’. Ye mmg lah baby xde nafsu. Tapi org dewasa yg kiss baby tu mesti la ada nafsu. Zaman skrg ni byk pedophile. N slalunya pedophile ni dari kalangan keluarga mangsa sendiri.
Lagi satu, mesti ada yg akan kata ‘alah time baby je kita buat mcm ni, dia dah besar xyah lah’. Ye mmg lah. Tapi didikan baby tu bermula dari kecik lah. Bila dari kecik dah dibiasakan dgn cium2 mulut mcm tu, bila dia dah besar dia akan anggap yg it is fine to kiss people lips-to-lips since keluarga dia pun buat mcmtu, dari kecik pun dia boleh buat xde siapa yg larang. Lagipun, baby ni pejam celik je dah besar. Kita pun x sedar yg baby kita tu membesar dgn cepatnya. So kalau dari awal x ditegah, mmg bila dah besar makin menjadi2 lah. Agak kurang molek lah budaya cium2 mulut ni dilihat berlaku dlm kalangan masyarakat kita, terutamanya yg Melayu dan Islam
2) Punca penyakit
Korg tau tak yg sentuhan bibir ke bibir tu boleh dtg mcm2 jenis penyakit? Lebih2 lagi kpd baby yg sgt sensitif dgn penyakit. Kdg2 ada yg aku tgk bgurau2 dgn baby, kiss2 dgn keluarkan lidah lagi. Amboi, french kiss dgn baby ke apa. Air liur tu lagi lah boleh dtg mcm2 jenis penyakit kat baby. Bukan baby je, org besar pun. Sedangkan share sudu, straw dgn org pun boleh bjangkit penyakit mcm2. Even kalau kau pegi kedai mekap mcm sephora ke apa, try2 lipstick kat bibir pun boleh bjangkit penyakit. Silap2 boleh dpt penyakit Hepatitis tau. Entah org sebelum kau yg try lipstick kat sephora tu jenis yg mengamalkan seks oral, pastu kau pegi try pulak lipstick bekas dia tu kat bibir kau, pastu kau pegi mkn minum share sudu straw dgn kwn kau, pastu kwn kau pegi kiss pulak husbang/wife dia, pastu pegi kiss pulak baby. Nampak tak rantaian penyebaran penyakit tu mcmana. Nak share sudu sesama keluarga tu xpe lah, cuma diantara kwn2 tu berwaspada lah sikit. Ini bukan fakta yg aku reka ye kwn2 sekalian, ini fakta yg aku dgr sendiri dprd 2 org doktor dan seorang medical student, salah seorg doktor tu dah berpuluh tahun dlm bidang kedoktoran ni.
So korang boleh nampak sendiri kan yg cium2 mulut ni mmg satu medium yg sangat besar utk jangkitan penyakit kpd baby atau pun budak kecik. Nak bermesra dgn babh byk cara, cium pipi dahi ke boleh, peluk boleh. Bukan dgn cium mulut. Aku berharap sgt yg korg semua boleh ambil serius dan tingkatkan kesedaran tentang isu ni.
Sbb ini bukan setakat isu jangkitan penyakit sahaja, tapi tentang pembentukan akhlak, mentaliti, peribadi budak2 tu jugak bila diorg membesar nanti.
I’m so sorry kalau ada yg offended, but this thing have to change and someone need to speak regarding this tiny matter. Kita kena sedar, mengekalkan adat ketimuran kita ni bukan saja2, ada sebab dan kebaikan dia yg tersendiri. Yes, tidak dinafikan utk maju ke hadapan, perubahan perlu dilakukan. Tapi perubahan itu utk memperbaiki yg lama, bukan utk menggantikan. Dlm apa2 perubahan, ada perkara lama yg harus dikekalkan. Iaitu adat ketimuran kita.
Sekian. Terima kasih sudi membaca
– Jejaka Melayu Terakhir Sangat
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit