Assalamualaikum, aku Seroja (bukan nama sebenar). Aku nak cerita tentang budaya keluarga mertua aku yang buruk.
Aku dah 7 tahun berkahwin. Masa awal perkahwinan, aku diminta tinggal bersama keluarga mertua untuk tengok tengokkan mak dan ayah mertua sedangkan adik beradik suami semua tinggal di rumah tersebut dan semuanya menganggur.
Aku malas nak panjang cerita terus setuju dengan permintaan tersebut sebab keluarga aku pun jauh di luar negara. Mereka hanya pulang dua atau tiga kali setahun ke Malaysia.
Jadi aku setuju sebab kononnya dapat la menumpang kasih dengan keluarga mertua. Rupanya hanya serabut yang aku dapat.
Baik, kita terus ke cerita. Keluarga mertua aku ni jenis kalau makan dorang amalkan budaya “siapa cepat dia dapat”. Maksudnya sapa makan dulu, dia boleh makan banyak mana dia nak walaupun orang lain belum makan. Jadi sapa yang lambat tu tak dapat apa2 makanan.
Aku ingat lagi masatu bulan puasa dan aku tengah mengandung. Tengah berbuka tu aku tiba-tiba rasa mual jadi aku terus masuk bilik untuk ke tandas. Suami pun menyusul ke bilik lepas dia habis makan. Lepas selesai muntah, aku kembali ke meja makan.
Makanan habis! Makanan dalam pinggan aku pun habis. Mak mertua siap ketawa lagi “hahaha lambat habis la”. Korang bayangkan aku rasa macam mana. Tengah lemah tahan alahan mengandung bila nak makan, makanan kena rembat.
Aku masuk bilik terus menangis. Suami kelam kabut keluar cari makanan untuk aku. Rumah mak mertua di kawasan kampung yang agak dalam. Jadi sedikit susah nak cari makanan lagi2 masa waktu berbuka. Jarang ada orang jual lagi.
Tapi nasib baik suami dapat juga beli saki baki nasi goreng yang tak habis dijual dari jiran kami yang merupakan seorang peniaga. Dapat la aku alas perut.
Buat yang bertanya, ya, makanan berbuka tadi tu semua aku yang masakkan tapi satu suap pun aku tak dapat makan.
Tu cerita bertahun lepas. Sekarang aku dan suami dah duduk di rumah sendiri di tengah bandar bersama anak kami.
Baru-baru ni keluarga mertua (mak mertua dan 3 orang adik beradik suami) datang ke rumah kami. Datang pun main terjah je tanpa maklumkan. Datang pula nak bermalam di rumah kami.
Aku paling tak suka orang datang tak bagi tau. Macam tak ada adab. Nak kata tu budaya orang kampung pun tak juga. Tok dan nenek aku orang kampung juga tapi elok je call dulu sebelum datang.
Bak kata nenek aku, islam suruh kita memuliakan tetamu tapi macam mana nak muliakan tetamu kalau tetamu main terjah je. Tak sempat kemas rumah, tak sempat sediakan sedikit juadah, tak sempat siapkan diri.
Pada siapa yang kata orang datang rumah tak bagitau sebab taknak susahkan tuan rumah ni tak valid ya. Lagi menyusahkan ada lah.
Tambah2 lagi jenis tetamu yang suka judge dan bawak cerita. Tau2 dah sampai cerita dekat sedara mara yang kita ni tak masak, tak kemas rumah, belum mandi, tak hidang makanan dan lain-lain.
Jadi tolong la call sebelum datang. Lagi2 kalau rumah tu ada anak kecik. Setiap pagi bersilat ya nak uruskan anak. Nak uruskan rumah lagi. Spoil mood bila kita tengah busy uruskan macam2 benda ada orang datang.
Berbalik pada cerita, aku yang tak sihat ni terpaksa terima juga kunjungan mereka. Haritu aku masakkan untuk mereka sebab bahan masak pun memang dah ada sebab anak aku dah lama teringin nak makan nasi ayam aku. Jadi baru haritu aku ada masa nak masak.
Cumanya aku minta suami beli ayam tambahan sebanyak 3 ekor sebab orang yang nak makan semakin bertambah. Aku cadang aku nak masak banyak2 dan lebihan ayam nanti aku nak masukkan dalam peti ais dan panaskan je kemudian bila nak makan.
Jadi aku pun masak sorang2 dari siang sampai petang baru siap. Lengkap semua dari nasi sampai la ke ayam, sup, sayur, kicap, cili dan sedikit cucur bawang. Siap je masak, badan memang berpeluh habis. Anak aku pun berpeluh sebab main kejar2 dekat luar.
Jadi aku bawak anak aku naik atas untuk mandikan dia dan mandikan diri aku. Suami aku pun naik sebab nak uruskan kain yang baru dikeringkan. Dalam sejam lepas tu kami turun.
Kau tau apa kami nampak? Makanan atas meja makan habis licin tanpa seketul sayur pun. Terkejut kami macam mana makanan yang banyak tu boleh dihabiskan oleh 4 orang sahaja.
Mak mertua aku tanpa rasa bersalah nya cakap “kenapa turun lambat sangat, habis dah makanan.” Terkesima aku bila dia cakap macam tu. Makanan tu berjalan masuk sendiri dalam mulut dia ke sampai dia tak boleh berhenti makan dan tinggalkan makanan untuk orang lain.
Anak aku mata dah berair. Terus aku naik atas balik, siap2, terus bawa anak keluar. Mak mertua aku tanya “pergi mana tu?”.
Aku tak jawab terus start kereta dan jalan cari kedai makan untuk bagi anak aku makan. Sedih anak aku. Nasib baik dia okay balik lepas aku rasuah dengan fast food. Lepas selesai makan kami terus balik.
Sampai2 rumah dah tak ada dah batang hidung keluarga mertua aku. Aku tak tau suami aku cakap apa dengan dorang. Yang aku tau sebelum aku bawak anak makan, suami aku nampak marah sangat dekat family dia.
Sekarang ni dah dua minggu kejadian berlaku. Aku tak tau apa yang keluarga mertua aku cakap pasal aku. Tapi adalah haritu dia post video pasal anak lelaki yang lebihkan isteri dekat status dia.
Itu baru satu je budaya buruk family dorang yang aku cerita. Ada banyak lagi yang aku nampak sepanjang duduk dengan dorang. Dengan pengotornya, peti ais dorang kalau korang tengok mesti tak lalu nak makan seminggu.
Mesin coway tu pun sentiasa berdaki bahagian tempat tadah air tu. Dorang tunggu abang coway yang cucikan. Sian abang coway.
Pinggan kotor berlonggok dalam sinki. Jenis makan tak basuh. Lepastu malam2 baru nak cuci. Itupun kalau dorang rajin cuci. Ada masa tinggal je berhari hari. Awal2 dulu rajin jugak la aku basuhkan tapi malas aku jadi bibik. Aku basuh pinggan aku je.
Rumah pun awal2 aku kemas tiap hari tapi tak sampai seminit kemas dah kotor balik aku fed up. Aku kemas bilik aku je start dari tu.
Pada yang cakap kenapa aku tak tolong cucikan, kemaskan, bersihkan mai sini aku cabai mulut sorang2. Yang pertama aku dah cuba bersihkan awal2 dulu tapi tak berubah pun keadaan.
Sapu lantai, mop, kutip pinggan mangkuk kotor. Tak sampai berapa minit kotor balik. Dorang jenis makan tumpah2 tak lap balik. Bila tangan berminyak main kesat je dekat sofa. So takda point pun tolong bersihkan kalau orang dalam rumah ni tak reti kekalkan kebersihan tu.
Yang kedua, belajar la jadi pembersih tanpa mengharap orang lain yang tolong bersihkan semua benda untuk kita. Kalau masing2 pembersih, takda masalah nak jaga rumah.
Nasib baik kejap je tempoh menetap dengan family mertua. Lepas 6 bulan suami sendiri ajak duduk asing.
Pada yang tertanya suami macam mana. Ya, masa baru kahwin suami pun ada buat cara mak dia sikit. Masa first time makan kat rumah family aku, terkejut mak ayah aku tengok suami aku habiskan makanan.
Tapi alhamdulillah suami dah okay lepas terima didikan dan teguran aku. Sebelum aku kahwin aku tak sangka orang macam ni wujud. Tapi dunia ni besar kan. Mesti la orang2 nya pun pelbagai jenis.
Pada sapa2 yang rasa dia ada buat perkara yang aku nyatakan dekat atas ni tolonglah berubah. Tak normal hidup dalam keadaan kotor dan tak normal hidup tanpa common sense.
– Seroja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ya Allah, ni dah memang tahap common sense hilang dilaut dalam dah ni.. siap pakej pengotor. eeeee menakutkan la :'(
saya suka sis ni sebab dia berani tunjuk perasaan, tak berdiam lalu menangis dibucu katil sendirian, hihi keep it up sis,. jangan bagi muka dipijak,
perut diaorg tangki apa laa ye.. hmm
teruknya perangai. buruk lantak
Pelik…
OMG.. serabutnya…. i tak leh terima keluarga yg camni.. kalau perlu hadap, i lebih rela tidur hotel berhari2, kalau time makan pun makan kat luar baru balik umah mertua.. pastu tapao la kuih2 sikit2 utk mertua.. kalau dah tapao banyak pun habis, baik tapao sikit je, habis juga kan.. i setuju dgn u pasal kebersihan.. kalau masing2 dah takde kesedaran, buat apa kita diperbodohkan utk jadi bibik, kan.. semoga sis kekal waras dan kuat hadapi keluarga mertua awak ni.. asalkan suami ok, lain2 tu tutup mata je la…