Dengan perkembangan teknologi dan penggunaan internet yang meluas masa kini sedikit sebanyak telah membantu merubah corak kehidupan rakyat kita. Inovasi dihujung jari dapat membantu meringankan beban dan tugas seluruh bidang perkerjaan.
Dalam banyak-banyak kesan positif perkembangan teknologi ini, seiring pembaikan dari segi penyampaian maklumat melalui whatsapp, fb, twitter dan seangkatan dengannya, yang paling jelas sekali adalah penerapan budaya membaca kepada setiap lapisan masyarakat. Dari kanak hinggalah warga emas. Jika dilihat golongan ibu bapa dikampung juga kini makin up-to-date dengan info-info dan berita-berita dari seluruh negara. Jika satu masa dahulu pergantungan kita hanyalah seratus peratus dari media massa dan media cetak seperti berita di tv dan surat khabar. Kini dengan beberapa saat ianya tersebar dengan meluas.
Adalah sangat bagus jika dilihat bagaimana cepatnya maklumat tersebar melalui medium-medium ini. Dalam beberapa jam, orang yang hilang berjaya ditemui. Info kesesakan trafik dapat membantu kita merancang perjalanan. Perkongsian maklumat-maklumat jenayah dapat meningkatkan kesedaran dan menanamkan sikap berhati2 dikalangan penduduk. Tidak dinafikan betapa pentingnya medium-medium ini untuk zaman sekarang.
Tetapi, dalam penularan dan perkongsian maklumat tersebut, apa yang tidak bagusnya adalah, masing-masing berlumba untuk menjadi yang pertama menyebarkan berita sehingga tidak menghiraukan kesahihan sesuatu info tersebut. Ini sebenarnya menunjukkan yang masyarakat kita masih lagi kurang sikap membaca. Tanpa usaha mencari fakta, maklumat disebar hanya untuk tujuan mendapat pujian dan bilangan ‘like’.
Perlu diingat, penyebaran maklumat tanpa kesahihan boleh juga menimbulkan huru-hara dikalangan masyarakat. Lebih-lebih lagi bila melibatkan isu-isu seperti status halal produk dan rawatan-rawatan kesihatan.
Sebagai contoh, dikatakan tumbuhan A mampu merawat penyakit B. Dan penyataan ini hanyalah dibuat berdasarkan testimoni beberapa individu yang telah mengambil rawatan menggunakan tumbuhan A, tanpa bukti kukuh dan ujikaji makmal yang sahih. Perlu diingat, sistem badan manusia adalah teramat kompleks. Setiap individu boleh react dengan cara berbeza terhadap sesuatu rawatan. Jangan lah terlalu mudah percaya dan sebarkan info seperti ini, mungkin ada pesakit yang terlalu taksub untuk sihat akan mencuba dan keputusan yang terjadi adalah sebaliknya disebabkan komplikasi yang lain yang mana tiada pada individu sebelum ini.
Adalah lebih baik sekiranya kita serahkan hal-hal yang diluar bidang kita kepada pihak yang sepatutnya. Janganlah kita merumitkan kerja mereka yang sememangnya telah rumit. Ada yang sampai sanggup mempersoalkan bidang tugas pihak lain hanya berdasarkan cerita yang dibaca di media social tanpa usul periksa. Andai kita tidak tahu selok belok sebenar sesuatu bidang dan beban kerja yang mereka tanggung, adalah lebih baik kita berdiam diri. Tiada manusia yang akan gembira bila mana kredibiliti professionnya dipersoal.
Berbalik kepada budaya membaca dalam kalangan masyarakat, marilah kita tanamkan sikap ingin tahu dalam diri. Tiap kali menerima sesuatu berita, adalah lebih baik kita cuba mencari fakta dan kesahihan berita sebelum menyebarkannya. Jadilah masyarakat yang bijak yang boleh membezakan antara fakta dan auta. Jangan terlalu taksub untuk menjadi masyarakat yang up-to-date dengan berita semasa tetapi sebenarnya mentality berada ditangga terbawah.
– A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit