Assalammualaikum, hi. Thanks admin tolong siarkan post. Dah lama aku follow iium confession ni tapi ada satu yang aku rasa amat mengecewakan. Bila confessor post kat sini, mesti tak kiralah macam mana positifnya post tu mesti ada orang yang bagi negative feedbacks.
Berbalik pada tajuk budaya mengecam ni sebenarnya tak kira dekat iium confessions page sahaja, malah di Twitter pun banyak kes kes seperti ini. Banyak sungguh kes kes mengecam atau “bashing” ayat orang sekarang.
Jap jap. Sebelum post ni pun ada yang bash bagi aku terangkan dulu point point aku.
1. Kalau orang tu nak post anything, boleh tak let them live their life? Jap bang spare me your thoughts. Ye memang kalau dekat media sosial ni ada orang post benda yang tak berfaedah. Contoh korang kata budak wechat suka upload status bodoh. Atau kau marah bila ada yang suka tunjuk kekayaan, satu carpet pun tak penuh untuk letak barang mekap. Sedihnya, dia tak guna duit awak sesen pun. Tapi awak bash dia. Sis bro, kalau benci sangat boleh tak cakap elok elok? Boleh tak cakap tu macam orang ada manners sikit? Tiba tiba “inilah confession paling bodoh yang aku pernah baca” atau “pergi mampos la ingat dia je bagus kot”. Ironinya majoriti yang comment macamni tak letak gambar sebenar. Keyboard warrior, anyone?
2. Kesan kesan yang kau sendiri taktahu. Lain orang, lain cara didikan, lain persekitaran dan lain tempat belajar. Apatah lagi lain keadaan keluarga. Kalau kau rasa kau cakap tu takde apa makian pun setakat “bodoh” je. Kau tahu tak apa kesan terhadap orang yang kamu bash tu? Okay tak cakap “bodoh” tapi perlian kau tu. Mungkin bukan niat dia nak buat kau rasa jengkel, niat dia untuk berkongsi pendapat, berkongsi pengalaman di media sosial tapi kau? Yang negatif kau ambil yang positif? Oh lupa, kau takde sebesar zarah pun positive vibes kan? Kau tahu tak selepas dia baca caci maki perli kau dia duduk fikir “oh aku ni teruk, ke?” You will never know if u actually the cause a person sleep thinking that she’s/he’s a horrible person.
3. Jangan pernah ingat kita ni bagus. Sebab kita tak, kalau all we ever see is bad in everyone. Aku tulis mix English ni pun kejap lagi ada yang bash, betul tak? Sebelum kita nak tegur orang, ye betul tu tak ada salahnya sebab itu tugas kita sebagai khalifah, tapi tegur yang berhemah. Yang mendoakan. Bukan yang tiba tiba melenting. Macam orang tak ada tamadun. Tegur sebaiknya jangan dekat public, biasa dengar kan, istilah dm,pm?
Okay lah, penat dah nak taip panjang panjang. So last. Aku nak cakap aku takde niat nak bunyi macam sarkastik sangat, dan taknak pun educate sesiapa. Aku cuma bosan tiap kali ada berita, ada post, mesti wajib harus ada sahaja yang komen berbaur negatif. Aku tahu aku pun tak mampu nak basmi sebab dettol nak basmi kuman pun tak sampai 100% inikan nak basmi orang yang negatif thinking 24/7 ni. Aku pun tak sempurna, cuma aku harap kita semua boleh buat dunia maya ni tempat yang lebih baik. Kadang kita mengeluh kenapa kita tak dapat apa yang kita nak, tapi kita tak sedar mungkin ada salah silap kita yang orang susah nak maafkan. Tiap hari istighfar, dan sebelum tidur maafkan semua orang. Kalau tak ada benda yang baik nak keluar dari kita, lebih baik diam. So tak ada sesiapa yang sakit hati.
– Ann
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit