Aku baru je habis sertai program bina semangat dan sales planning untuk tahun seterusnya dengan kumpulan di sebuah kem selama 2 hari. Tamat dan balik dari kem, aku terus capai laptop untuk nukilkan pengalaman dan pengamatan aku sebagai pemerhati dan penilai kualiti program ni.
Oh, untuk permulaan, industri yang aku berkhidmat ni adalah industri kewangan. Untuk program ni, aku dijemput oleh leader program. Kerja utama aku adalah bahagian sales juga. Cumanya di sini aku nak ceritakan pengalaman dan tahap professionalime berbeza diamalkan ikut darjat dalam industri ni.
Datang je dalam ni, aku disambut dengan baik oleh kumpulan. Kumpulan yang sangat menjaga ketrampilan dan diorang sangat bertenaga dan positif. 2 elemen yang aku tak nafikan sangat penting kalau korang ada cita cita untuk berkecimpung dalam perniagaan. Cumanya yang aku nak ceritakan di sini adalah ‘sisi buruk’ kalau kita bersikap ekstrem dalam sesuatu. Yess, dalam 2 sifat tu pun sebenarnya ada buruknya kalau diambil secara berlebihan. Leader tak mendengar masalah orang bawahan lalu wujudnya amalan bodek dan bermuka muka.
Tamat je program, aku diberi peluang untuk bercampur dengan pimpinan bawahan bawahan. Pengurus unit yang aku jumpa rata rata tak setuju dengan program yang dilihat tak membina professionalisme anak anak buah diorang dalam sales. Sebab pengurus pengurus unit ni tahu diorang tak naik pangkat dan sales diorang dengan aktiviti aktiviti tadika yang diorang kata bersifat keanak anakan ni.
Boleh bayangkan yang dah besar gajah berumur 20 -50 an disuruh bernyanyi nyanyi tepuk tangan, berdiri atas kerusi macam anak anak tadika bawah 5 tahun..haha. “Ini semua amalan CULT MLM untuk tundukkan ego anak anak buah jadikan diorang macam zombi, sebab kalau you bekerja bahagian sales korporat, takde pun benda benda merepek ni.. Bahagian korporat dan training sales sangat pentingkan professionalisme. Tapi tak sangka, belakang belakang diorang kena buat benda bodoh macam ni!”
Aku tanya balik kat diorang, takkan takde siapa pun bantah pengisian bodoh bodoh ni? Tak ada, diorang jawab. IRONI..sebab dalam teamwork korang ya ya berkeras komunikasi sangat penting tapi untuk rangkakan pengsisian simple macam ni pun dah gagal. Semuanya sebab apa? Berpura pura POSITIF. Bangkang sikit saja dianggap NEGATIF. Aku cuma mampu menggeleng kepala. Akibatnya wujud lah budaya cakap cakap belakang, bodek membodek dalam kenaikan pangkat dan tak mampu beri idea bernas dalam mesyuarat. Produktiviti? Macam tu jugalah setiap tahun. Bila anak anak buah tak perform, salahkan diorang bukan kepimpinan.
Betul! Ikut pengajian dan pengalaman aku dalam bidang sales, anak anak buah kena dibimbing secara professional dan diorang bukan alat untuk digula gulakan senang senang. Buat yang terlibat dalam industri ni, baru atau lama, aku tahu korang tahu bidang spesifik kewangan mana yang aku maksudkan. Yang faham tu fahamlah. Eh silap..yang terlibat tu fahamlah. Tak ada harapan banyak, cuma biarlah coretan ni dapat dijadikan panduan untuk yang berorganisasi
– Penilai Kecewa
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit