Prank atau dalam erti kata lain-gurauan.
Saya tak bermaksud nak kupas maksud, pengenalan atau sejarah asal-usul prank tu dalam topik ni. Korang google lah sendiri mengenai tu. Tapi lebih pada nak share mengenai budaya prank kat malaysia di alaf ini.
Prank ni macam satu bentuk lakonan dan gurauan nak kenakan seseorang dengan niat gurauan semata2 tapi sometimes could go wrong. Saya pasti korang mungkin pernah ada pengalaman kena prank atau prank orang.
Tak kisah lah dengan kawan2, ahli keluarga atau kenalan. Saya pun pernah terkena tapi cuma prank biasa saja. Tak menarik pun kalau nak share.
Back to the topic about prank ni, saya bagi 2 contoh situasi. Yang pertama, prankster (tukang prank) prank sorang ni dengan cabut tayar kereta dia, konon macam tayar si polan ni kena curi. Tapi bila diperiksa, rupa2nya itu tindakan kawan sendiri.
Yang tak best nya, si tukang prank ni tak tahu nak pasang balik empat2 tayar tu. Dah mangsa pula kena keluarkan duit sendiri untuk pasang balik tayar tu. Memang kena maki lah si tukang prank.
Yang kedua, si tukang prank buat2 mengamuk, macam gangguan emosi, tengah serabut dan guna pisau dan darah palsu buat macam tertikam diri sendiri. Buat kawan2 dia menggelabah. Rupanya cuma lakonan.
Korang boleh bayangkan tak, kalau kita ada dlm situasi yang jadi mangsa prank tu. Bukan semua orang kuat emosi dia boleh hadapi benda2 macam tu.
Bukan semua orang boleh bertenang, bukan semua boleh rasional. Silap2, akan ada kecuaian dan bila things go wrong, end up boleh jadi tragedi.
Setakat ni, memang lah belum ada tragedi disebabkan prank kat Malaysia ni, tapi di luar negara, Di Amerika sebagai contoh, memang ada. Nak tunggu jadi ke baru nak tular bahaya prank tak beringat ni?
Di Malaysia buat masa ni, memang prank yang dibuat berpada, ada batas, sebab kita masih ada nilai agama dan budaya timur. Prank lebih kepada gurauan secara berbatas.
Cuma untuk suka2 tapi prank yang ekstrem macam di negara barat sememangnya mengundang kecaman. saya bagi contoh.
Kalau korang pernah tahu dan ingat prank orang berpakaian badut, atau meniru watak dalam filem ‘The Nun’ lepastu kejar orang awam untuk buat mereka takut.
Benda tu sumpah tak kelakar. Tak tahu ke kalau orang tu ada penyakit jantung, atau rosak emosi yang memungkinkan trauma.
Di Malaysia, ada banyak juga medium melalui youtube, tiktok, dan lain2. Tak perlulah saya bagitahu nama influencer.
Antara prank yang saya ingat, seperti buat macam tercicir duit, nak buat eksperimen sosial kononnya, prank flash mob pun pernah tular dulu.
Ramai2 bergerak and kaku pada masa yang sama. Prank di Malaysia menarik dan boleh dilayan lagi kerana tak terlalu melampau.
Saya cuma nak highlight sedikit isu berkenaan budaya prank ketika ni. Tolong hormati adab bergurau iaitu tak berlebihan dan perasaan mangsa terlibat.
Contoh macam situasi pertama tadi. Kalau dah sampai baraikan harta orang, pasang lah semula. Biar ada perasaan tanggungjawab bukan main lepas tangan saja!
Boleh kalau nak bergurau, tapi jangan berlebihan sampai menghina orang lain.
Seterusnya, prank tu kalau boleh, biarlah ada unsur pengajaran. Dalam berhibur, biar ada sesuatu yang kita boleh belajar. Nilai yang kita dapat sekurangnya boleh bantu bina peribadi diri.
Contoh macam jujur ke, berani ke, bermaruah dan lain2. Kalau buat prank b*doh saja nanti cuma dapat gelak jela. Tapi penonton tak belajar apa2. Rugilah nanti.
Yang terakhir, prank tu pun perlu lah atas dasar memberi pengajaran. Niat tu untuk penonton dapat pengajaran. Dapat something valuable supaya masyarakat tahu baik dan buruk. Jangan lah menyesatkan lagi.
saya malas nak bagi contoh sebab ni pun dah zaman teknologi di hujung jari, gunakan lah kemudahan tu secara berhemah.
Semoga ada sesuatu yang anda dapat atau ingin kongsikan di ruang komen mengenai budaya prank di Malaysia ni. Terima kasih.
– Bekas Mangsa Prank (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit