Bujang dan Komitmen

Hai semua. Nama saya Nana (bukan nama sebenar) berusia pertengahan 20 an. Sebelum tu terima kasih kepada admin sekiranya post saya diterima.

Saya dah berkerja dalam syarikat swasta sejak umur 21 tahun. Rezeki saya lepas habis praktikal, menganggur selama seminggu kemudian dapat kerja yang stabil di ibu kota. Saya tak biasa guna saya jadi saya akan bahasakan aku ye.

Apa yang aku nak highlight dekat sini adalah bujang dan komitment. Selalu kita dengar kan bila ada orang dah kahwin, sama ada baru atau dah ada anak akan cakap,

“Ala kau bujang takde komitment pun, aku ni dah kahwin nak bayar tu bayar ni” atau kalau kita balik kerja awal, tak lah awal tapi ikut waktu kerja la, mesti ada mulut cakap “kau balik awal bukan ada laki bini kau nak jaga” berasap jgk dengar..

First of all – bujang tak semestinya takde tanggungjawab atau komitment.

Second , kau yang pilih untuk kahwin dan setiap perbuatan dan keputusan kau kena terima dan redha. Sama macam aku, aku bujang so aku terima aku masih belum ada keluarga sendiri, mungkin aku hanya fikir untuk diri sendiri.

Btw, aku anak sulung tau. Bapak aku dah pencen tapi sebab dia swasta, dia cuma berharap kepada bantuan zakat. Mak aku suri rumah sepenuh masa.

Aku ada adik adik yang masih sekolah. Kami masih ada rumah yang berbaki untuk bayar pada bank. Jadi bila bapak aku dah pencen, tanggungjawab bayar rumah beralih kepada aku memandangkan aku sorang saja berkerja.

Belum campur aku ada komitment kereta, ptptn, bill rumah seperti bill air api, maintance rumah, unifi, coway, dan bill telefon yang perlu dibayar setiap bulan. Jadi hampir separuh pendapatan aku akan dibayar kepada komitment aku dan keluarga.

Ni belum campur kos beli lauk setiap minggu. Tu pun bila masa aku dapat gaji, ramai ingat aku ni tak perlu bayar apa apa sampai diorang mintak aku belanja macam aku ni takde komitment langsung.

Yelah bujang.. Kena ubah mindset bujang takde komitment. Takkan aku nak cerita semua komitment aku dekat orang, nanti orang kata aku ni attention seeker pulak.

Tapi kadang kadang stress bila orang dok cakap bujang takde komitment, bujang bayar apa saja, bujang tak mcm orang dah berkahwin kena bayar rumah dll. Kadang kadang nak saja jerit tapi kena sabar. Dia macam nak marah tapi kena sabar…

So point aku kat sini, kita taktahu kesusahan yang dialami oleh orang lain, nampak dia okay dan bahagia tak semestinya dia bebetul okay dan bahagia.

Cuma dia tahu apa erti tanggungjawab dan dia sorang saja tahu apa komitment dia, tak perlu pun dihebohkan.

Doakan aku murah rezeki, semoga aku dapat bertahan dan kuat.

– Nana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *