Assalamualaikum dan salam sejahtera. Haii. Nama aku Limah. Sudah tentu nama samaran. Mana mungkin aku kenalkan diri aku dengan nama sebenar. Haha.
Pada awalnya aku minta maaf kalau ada yang tak puas hati dengan confession aku. Ini sekadar luahan dan pandangan aku berdasarkan pengalaman hidup aku sendiri.
Aku seorang wanita bekerjaya. Dah berkahwin selama 4 tahun namun masih belum dikurniakan rezeki zuriat. Akan tetapi. Rumahtangga aku ni dah dikurniakan seorang anak syurga. Aku pernah keguguran di usia kandungan masuk 3 bulan.
Ok itu sekadar intro tentang diri aku…
Dari sekolah rendah, menengah, sehingga universiti. Aku ni tak pernah bercinta. ‘Crush’ pada someone tu ada jee.
Tapi niat aku time tu. Aku akan pastikan aku dapat kerja tetap baru aku nak fikir soal cinta cintun ni.
Sepanjang belajar. Tipulah kalau aku cakap aku tak rasa nak bercinta. Of course aku teringin. Tapi disebabkan tak nak pesongkan niat asal aku. Aku bersabar dulu.
Sehinggalah aku bekerja tetap di sebuah syarikat dan mempunyai pendapatan tetap aku sendiri. Di sini aku mula membina kerjaya. Dan di sini juga aku mula jatuh cinta dengan seorang lelaki.
Status lelaki itu duda anak satu. Isu penceraian mereka aku tak nak cerita kat sini. Dalam tempoh bercinta bagai nak rakk.
Sehinggalah masuk 2 tahun usia perhubungan kami. Kami decide untuk berkahwin. And yess! Aku bersedia untuk menjadi ibu express.
Which means. Ibu tiri pada anak dia yang baru berusia 4 tahun ketika itu.
Dalam sibuk mencari dan menyiapkan persiapan perkahwinan. Hubungan kami semakin hari semakin dingin.
Segala persiapan semua aku yang uruskan. Dari persiapan kecik² sehingga segala persiapan yang besar².
Bila aku tanya pendapat. Hanya ‘okay’ yang aku terima. Makin hari makin hambar. Sudahnya kami bergaduh besar sebab tetiba dia suarakan untuk tangguhkan atau batalkan je terus.
Masa tu aku pun agak meroyan juga. Hahaha. Biasalaa penangan bercinta dengan duda ni lain macam sikit kasih sayang yang dia berikan. Orang dah berpengalaman katakan. So, ok fine!
Aku hormat keputusan dan batalkan je terus niat tu. Setelah hampir setahun aku putuskan hubungan dengannya. Datang lagi seorang jejaka bujang. Yang betul-betul serius nak jadikan aku isteri.
Pelbagai usaha dia gunakan untuk memujuk hati aku yang dah hancur disebabkan lelaki pertama tadi. Dengan usaha dan keyakinan yang dia tunjukkan. Aku terima.
Segala majlis perkahwinan aku juga yang siapkan dengan bantuan keluarga sebelah lelaki. Mana laki tadi?? AKA tunang aku?? Bizi keje nookkk! Okay aku faham dan cuba faham.
Tiba hari perkahwinan semua mudah dan selesai dengan jayanya.
Pada awal perkahwinan ni. Semuanya manis. Lagi² aku merupakan wanita pertama dalam hati dia setelah arwah ibunya. Mana tak berbunga² hati aku ni.
Time tu juga aku rasa aku ni insan yang beruntung. Dia tak pernah bercinta dengan mana² wanita. Kami bercinta pun selepas kahwin.
Tahun pertama kahwin lagi kami PJJ. Dia di Sabah dan aku di Perak. Bila soal bab anak. Sabar jelah dah PJJ kann so hadap jelah. Jumpa pun hanya 2 kali setahun. Mana nak lekat?? Huhuhu.
Tahun kedua perkahwinan alhamdulillah aku mengandung. Tapi seperti di awal cerita tadi. Aku keguguran.
Disebabkan kami jarang jumpa. Ia diibaratkan sebuah keajaiban dari Allah SWT kurniakan kami malaikat kecil dalam rahim aku ni. Of course zuriat ni yang sangat² kami nantikan.
Tapi malangnya dari awal tahu aku mengandung sehingga aku keguguran. Suami aku langsung tak balik jenguk aku. Sekadar bertanya khabar melalui whatsapp.
Episod gugur aku ni merupakan bermulanya episod penderitaan yang aku alami sehingga sekarang ini.
Sudahlah suami tak balik. Dituduh curang pula dengan lelaki lain. Sehingga zuriat yang aku pernah kandung itu disangsi oleh orang sekeliling. Hmmm.
Isu tuduh menuduh kecurangan aku tanpa bukti sehingga suami aku sendiri percaya bulat² tanpa usul periksa.
Aku fikir. Dia merupakan seorang suami yang mampu melindungi aku. Malah sama naik menuduh aku curang.
Bermula jugalah episod bergaduh sana bergaduh sini sehingga hilang kepercayaan antara kami. Pada ketika itu. Suami aku sendiri block aku sehingga 3 bulan lamanya tanpa khabar berita.
Aku terpaksa menanggung sendirian sehingga aku disahkan menghidap ‘Major depressive disorder’. Kehilangan disebabkan keguguran, tuduhan tak berasas orang sekeliling, tuduhan dari suami sendiri. Menambah² tekanan yang aku hadapi.
Kekecewaan aku ni berterusan sehingga sekarang walaupun hubungan kami suami isteri sudah berbaik. Tetapi aku tetap dibiarkan sendirian.
Setiap kali sedih, kecewa, sakit, susah. Hanya mampu menanggung sendiri dan rawat diri sendiri. Suami??
Semakin hari semakin tidak peduli dengan hidup aku. Aku juga dikelilingi dengan rakan² wanita yang bekerjaya dan membujang sehingga sekarang.
Terkadang, aku bertanya pada mereka tentang isu jodoh. Bagi mereka untuk apa bercinta kalau hidup rata² wanita sekarang teraniaya. Kita bekerjaya. Kita mampu berdikari. Untuk apa lagi ada lelaki yang hanya menambahkan beban pada otak kita.
Aku percaya. Mereka ini rata² wanita yang pernah ‘broken’ suatu masa dahulu cuma nasib mereka tak sehingga ke alam perkahwinan.
Dari situ jugalah hati aku sering memujuk. “Lebih baik bujang kalau hidup aku diabaikan seperti ini…”
Aku cemburu melihat gelak tawa rakan² sekerjaku yang bujang tadi. Sepertinya langsung tiada masalah dalam perhubungan.
Mungkin disebabkan aku dah dikecewakan buat kali kedua sehingga aku nekad untuk kembali bujang. Aku tak takut pada title ‘JANDA’.
Namun, aku lebih takut pada title ‘isteri derhaka’.
Betul cakap mereka. Aku bekerjaya. Aku mampu berdikari.
Untuk apa hadirnya lelaki yang hanya seperti tunggul dalam hidup aku? Adakah aku ni memang sejenis yang tak bersyukur dikurniakan pasangan?
Sedangkan orang lain berusaha untuk tamatkan zaman bujang.
Atau… Adakah aku ni seorang wanita yang pentingkan bahagia aku sendiri tanpa memikirkan hati dan perasaan orang sekeliling?
Tapi.. Bila aku diabaikan oleh suami sendiri seperti ni? Kahwin tapi seperti janda.
Salahkah aku pentingkan kebahagiaan aku sendiri? Entahlah.
Itu hanya pandangan aku berdasarkan pengalaman aku sendiri.
Bujang lebih baik!
– Limah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit