Bujang Tapi Duduk Dengan Family

Assalamualaikum. Terbaca confession pasal kisah si bujang yang duduk dengan parents tapi still banyak guna duit untuk family. Hye brother/sister, we’re in the same shoes.

Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/kau-tak-kahwin-lagi-tak-apa-lah/).

Aku bujang berumur pertengahan 20 an, anak sulung, mempunyai kerjaya yang stabil dengan income bulanan around 2.5k sebulan, duduk dengan parents, tiada komitmen PTPTN sebab dulu dapat biasiswa, tiada loan kereta atau rumah, tapi still I’m broke walaupun duduk dengan parents.

Why? Let me list my commitments here :

1) Duit gaji aku itulah aku buat bayar bil air, bil api, bil astro rumah parents aku. Parents aku cuci tangan tak payah bayar bil apa-apa.

2) Bil untuk diri sendiri, aku cuma bayar bil handphone je Umobile RM 50 sebulan unlimited data & free call to all line.

3) Aku pergi kerja pakai motorsikal yang aku beli cash dulu. Jangan tanya jenama moto aku apa, sebab aku beli yang paling murah, yang paling tak stailo sebab aku beli sekadar untuk memudahkan aku pergi kerja.

4) RM 500 setiap bulan aku akan bagi pada setiap parents aku. Means here RM 500 untuk mak aku, dan lagi RM 500 untuk ayah aku. So total RM 1000 dari gaji aku memang dah tolak awal-awal sebagai sedekah bulanan untuk parents. So parents aku memang simpan duit yang aku bagi tu dalam Tabung Haji diorang, sebab kami target nak pergi haji sama-sama nanti sekeluarga.

5) Ada family member aku yang ada penyakit tenat yang mana dia memerlukan kos rawatan bulanan yang banyak. So setiap bulan tanpa gagal aku sedekah RM 200 kat dia. Still sedara aku, darah daging aku, aku yakin sedekah dekat orang yang dekat dengan kita lagi bagus dari sedekah kat orang jauh.

6) Aku sekat semua keinginan aku untuk beli makanan sedap-sedap, untuk pakai baju mahal, untuk melancong tempat mewah, sebab aku ada komitmen yang lebih besar untuk family aku. Orang luar takkan faham, sebab keutamaan aku adalah family.

7) Duit saving pula aku simpan secara direct debit ke Tabung Haji sebanyak RM 200 sebulan. Lagi RM 100 aku simpan dalam akaun Bank Islam. So aku takkan usik duit ni.

8) Lagi RM 100 aku akan sedekah setiap bulan dekat tempat berlainan. Contoh : bulan ni aku sedekah kat tabung masjid. Bulan depan aku sedekah kat maahad tahfiz. Bulan next aku sedekah kat pondok. Dan begitulah kitarannya, akan rotate.

9) Lagi RM 200 aku simpan buat emergency fund, just in case ada something urgent nak guna duit ke.

10) Lagi RM 300++ aku bagi mak aku untuk beli barang dapur dan lebihan tu untuk isi minyak kereta ayah.

Memang duit simpanan aku tak banyak. Aku pun takde harta macam orang lain. Tapi aku happy sangat duduk dengan family aku, sebab aku boleh berbakti kepada mereka. Bila mak aku sakit, aku boleh rawatkan mak aku. Kalau ayah aku tak sihat, aku boleh jaga ayah. Kalau mak ayah aku bosan, aku boleh bawak jalan-jalan round sekitar bandar.

Aku bersyukur sangat dapat kerja dekat dengan family. Memang dulu aku doa panjang lebar minta Allah bagi aku kerja dekat dengan family, supaya aku boleh berbakti dekat parents aku.

Aku akan sentiasa cuba untuk spend time dengan family aku. Setiap malam kami akan dinner sama-sama. Masa dinner tu lah kami bersembang sesama family. Bonding time kata omputeh.

Setiap weekend aku akan cuba juga bawak parents aku jalan-jalan. Tak jauh pun. Dalam negeri yang sama jugak, cuma still diorang boleh cuci mata tengok pemandangan indah.

Sesekali bawak diorang ziarah sedara mara. Setiap kali ziarah sedara aku akan cuba jugak sedekah paling sikit RM 100 kat sedara yang kami ziarah. Aku percaya, budaya ziarah menziarahi ni banyak kelebihan dia. Selain merapatkan ukhuwah sedara mara, aku percaya benda ni menambahkan rezeki aku dan keluarga.

Mungkin asbab aku tak kedekut dengan parents, dan tak berkira untuk selalu hulur duit kat sedara mara, Alhamdulillah aku rasa rezeki aku sangat murah. Ada je orang yang nak belanja aku makan time kerja. Ada je orang bagi hadiah walaupun bukan time birthday.

Setiap kali birthday aku, aku sentiasa dapat hadiah yang banyak dari kawan-kawan aku. Aku rasa disayangi oleh semua orang. Alhamdulillah. Mungkin faktor personaliti aku jugak yang suka senyum dan peramah. Mungkinlah.

Tapi aku percaya semua kebaikan yang aku terima tu Allah yang bagi, asbab dari doa parents aku jugak. Setiap hari aku remind parents aku supaya jangan lupa doakan kebaikan untuk anak-anak. Dan aku sendiri siap ada skrip panjang lebar untuk baca selepas solat. Sebab aku taknak tertinggal satu pun nama orang yang aku sayang dalam doa aku.

Aku percaya, doa kena spesifik. Aku belum jumpa jodoh, tapi aku selalu berdoa supaya aku dikurniakan pasangan yang sejuk mata memandang, suka senyum, penyayang, baik akhlaknya, baik agamanya, jaga solat, pandai mengaji Al quran, mempunyai kerjaya yang stabil dan boleh wujudkan uswah hasanah untuk family kecil aku nanti. Yang paling penting, dia boleh sayang parents dan family aku sama macam dia sayangkan aku.

One more thing, aku selalu sebut dalam doa supaya suami aku tu nanti sempurna fizikal dan mental, setia kepada aku hingga hujung nyawa, mencintai aku sepenuh hatinya, romantis dan sentiasa buat aku tersenyum dan bahagia. Ye doa aku sangatlah panjang, sebab aku yakin doa yang spesifik itu lebih baik dari doa yang general.

Apa yang baik dari aku, korang ambil lah. Yang tak baik tu, tak payahlah ambil. By the way tak payahlah kecam sebab aku single. Ramai orang ingat aku loaded sebab single dan gaji pun ok tapi realitinya komitmen aku 90% untuk family aku.

Andai ditakdirkan aku tidak ada jodoh di dunia, aku redha. Mungkin Allah ingin aku berbakti kepada orang tuaku hingga akhir hayat.

Akhir kalam, janganlah membanding-bandingkan orang yang single sebagai senang sebab belum ada komitmen walhal orang single ni lah yang banyak support family.

Nak hidup lapang dan tak sempit rezeki, sedekahlah kepada parents tanpa gagal setiap bulan ikut kemampuan. Kalau mampu RM 5 je sebulan untuk parents, beri sahajalah. Sebab nilai yang sedikit itu tidak penting, yang penting ialah effort kita untuk sedekah kepada parents kita setiap bulan.

Dan cubalah sedekah kepada sedara mara setiap kali ziarah. Oh by the way bila last time korang ziarah sedara korang? Jangan cakap time raya je eh. Selain raya pun kena ziarah.

– Bujang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *