Bujang Terlajak Perlukan Nasihat

Assalamualaikum kepada pembaca semua. Aku perlukan pendapat pembaca tentang persoalan yang aku hadapi sekarang.

Sebelum tu, aku perkenalkan diri aku sebagai A berumur 35 tahun keatas dan bekerja bertaraf “level executive” di sebuah private company. Merupakan anak bongsu dari tiga orang adik beradik lelaki. Ibu bapa aku sudah meninggal dunia.

Cerita bermula apabila perasaan suka aku berputik semula dengan seseorang yang aku panggil si B. Umur si B sama dengan aku.

Masa tu aku terserempak dengan si B di stesen minyak sebelum bulan puasa tahun ni. Si B tidak perasan aku tapi aku kenal dia.

Sebenarnya si B adalah crush aku dulu masa lepas spm. Waktu tu aku ada 2 crush iaitu B dan C.

Waktu tu aku telah meminta seseorang untuk dapatkan no telefon si B dan berjaya. Tapi disebabkan waktu tu lebih tertarik dengan si C jadi aku abaikan la si B.

Namun seperti pepatah orang tua yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Si C telah pun kahwin dengan orang lain.

Disebabkan kecewa, aku tidak fikir langsung pasal jodoh sebab kena lebih fokus jaga ibu bapa aku waktu tu yang tidak berapa sihat.

Namun siapa sangka ajal kematian ibu bapa telah sampai. Ibu aku meninggal dunia dahulu masa aku berumur 30 tahun dan selang setahun bapa aku pula menyusul.

Jadi sudah hampir 3/4 tahun aku beraya sendirian walaupun ada adik beradik tapi tetap tidak sama dengan adanya ibu bapa sendiri.

Sepanjang aku single and available, mak saudara aku ada cuba untuk nak “match” kan dengan seseorang siap bagi no telefon sekali.

Tapi disebabkan sifat aku yang kepala batu, orang lain tidak boleh tentukan hidup aku. Jadi aku abaikan calon-calon terbabit.

Prinsip aku buat apa nak contact kalau tidak suka walaupun pun untuk berkenalan saja.

Jadi aku selitkan sikit pesanan pada perempuan bujang diluar yang cuba dikenenkan oleh mak saudara ni kena ingat kalau lelaki tidak ada usaha untuk “contact” atau sunyi sepi selepas dibagi no telefon dah boleh fikir next move dengan abaikan dan jangan berharap.

Sifat lelaki kalau dia suka dia akan kejar sampai dapat tapi kalau dia tidak suka bagi percuma pun tidak pandang.

Berbalik pada cerita aku, raya tahun ni memang rasa sunyi sesangat. Sejurus selepas peristiwa terserempak dengan si B, aku terus cari info pasal si B. Rupa-rupanya si B pun belum berkahwin.

Untuk dapatkan kepastian tentang status si B, aku cuba dapatkan info dari kawan2 dia dan sah memang si B belum ada apa-apa ikatan sama ada bertunang atau berkahwin. Kalau berkawan itu aku tidak tau la. Jadi aku dah bergembira untuk bahagian tu.

Selagi belum jadi tunangan orang aku masih ada harapan. Seingat aku si B ni seorang yang introvert jadi untuk memulakan perkenalan agak susah sebab dah lost contact lama sangat. Aku beranikan diri mesej dekat IG tapi tidak dibalas malah seen pun tidak.

Nak putus asa tidak boleh sebab aku dah suka si B. Jadi aku tetap teruskan sampai sekarang dan aku berpegang pada pepatah orang tua usaha tangga kejayaan. Usaha tanpa meminta pertolongan dengan Pencipta tiada guna.

Jadi solat istikharah dan doa semua aku dah buat sepanjang bulan puasa. Makbul atau tidak terpulang atas izin tuhan. Orang kata kalau dia jodoh kita akan nampak muka masa bermimpi. Tapi aku tidak nampak.

Yang aku bermimpi cuma orang ucap tahniah. Tahniah pasal apa aku pun tak jelas dalam mimpi tu.

Namun rasa give up tetap ada sebab macam rasa tiada kemajuan. Jadi aku cuba selidik pula keluarga si B dan aku terjumpa FB bapa si B.

Disini la bahagian yang aku perlukan pertolongan dari pembaca sekalian.

Patutkah aku personal mesej dengan bapa si B tentang hajat aku untuk jadikan si B sebagai isteri??? Maksud aku tak de la gelojoh terus nak kahwin tapi untuk nak berkenalan dulu.

Kalau dari segi kemampuan untuk berkahwin aku rasa dah mampu sebab aku dah ada kerja yang stabil, rumah dan kereta sendiri cuma tidaklah mewah.

Berdasarkan daripada situasi ni akan ada pro dan cons. Soal reject atau tidak aku dah tidak kisah sekurang-kurangnya aku dah cuba dan usaha.

Pada aku kalau takut memang tidak akan kemana baik aku redah saja. Walaupun keputusan tu aku dah “firm” cuma belum laksana saja lagi tapi aku masih perlukan pendapat pembaca lain. Jadi patutkah aku teruskan dengan next move aku tu??

Sekian…

– Bujang Noobb (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *