Assalamualaikum. Terima kasih sebab siarkan cerita ini. Nama aku Adleen. Semestinya bukan nama sebenar. Cerita aku berkaitan dengan seorang kawan aku yg bernama Ain (bukan nama sebenar). Ain ni kawan aku zaman sekolah lagi. Aku, Ain dan Fatin (bukan nama sebenar) agak rapat juga masa zaman sekolah. Lepas sekolah masing-masing membawa haluan masing-masing sebab sambung belajar. Ain belajar business management, aku sambung IPG dan Fatin sambung engineering. Walaupun lain-lain tempat belajar, kami rajin juga berjumpa bila semua cuti.
Sekarang aku bekerja sebagai guru sekolah di Melaka, Ain bekerja sebagai Management Exercutive di sebuah company contruction international yg besar dan kukuh di KL. Fatin pula surirumah. Aku dan Fatin dah berkahwin. Kami kahwin dalam tahun yg sama (2016). Rezeki kami juga dapat anak pada tahun yg sama (2017). Fatin sebenarnya sebelum berkahwin,dia bekerja sebagai seorang Project Engineer di sebuah company yg supply barang-barang station minyak di Nilai. Fatin selalu travel untuk melawat site. Fatin lasak. Drive 6jam tanpa henti pun relax je. Tapi selepas dia mengandung 6 bulan, suami Fatin di transfer ke Melaka dengan short notis. 2minggu sahaja notis.
Terpaksa la Fatin sorang-sorang di Nilai dengan saratnya. Suami Fatin tak sanggup nak tinggal lama, dan minta Fatin berhenti kerja walaupun masih belum mendapat kerja di Melaka. Seminggu selepas Fatin berhenti kerja, Fatin dapat interview dan mendapat jawatan yg dipohon kerana pengalaman kerja Fatin. Tetapi company tersebut meminta Fatin untuk buat check up termasuk X-ray. Fatin pun meminta tidak X-ray kerana mengandung. Tapi manager tersebut terkejut dapat tahu Fatin mengandung kerana dia tak perasan perut Fatin semasa interview. Fatin ni kurus. Mengandung pun kurus. Aku jumpa dia tengah nak tunggu hari bersalin,tp aku nmpk perut dia kecik macam baru 4bulan. Padahal Fatin pakai baju kurung. Jadi,cerita nya Fatin tidak dapat kerja itu.
Smpai la Fatin bersalin, Fatin cuba mencari kerja tapi belum rezeki dia. Sekarang anak Fatin hampir setahun. Setahun la Fatin menjadi surirumah. Aku bersalin 3bulan lepas Fatin bersalin. Tp aku punya badan macam mengandung kembar 3. hahaha.
Berbalik kepada Fatin. Suami Fatin seorang Engineer. Tetapi, Engineer sekarang gaji xbesar. Suami aku Engineer juga. Kalau aku tak kerja,mungkin pun tak dapat nk selesa macam sekarang. Dengan anak yang semakin membesar,memerlukan sumber kewangan yang kukuh juga.
Nak di jadikan cerita, Fatin whatapps secara “private” dengan si Ain bertanyakan jika company Ain ada jawatan kosong Engineer. Cerita ini Fatin sendiri cerita dekat aku. Si Ain bukan hendak jawab ada atau tidak. Jauh sekali untuk offer diri tolong hantar resume Fatin,malah di ceramahnya Fatin kerana ingin bekerja sedangkan sekarang sudah “selesa” menjadi surirumah. Fatin terdiam dan terus tidak meminta tolong lagi. Terasa hati dengan Ain kerana Ain berkata “dah ada ank,duduk rumah jaga anak sahaja. Cari duit tanggungjawab suami”.
Mungkin si Ain ni tak puas hati dengan Fatin sebab tidak balas whatapps dia tetapi aktif di group whatapps kami,Ain terus sound si Fatin di group whatapps. Pada awalnya aku pelik juga kenapa si Ain tiba-tiba nak bash suri rumah yang nak bekerja semula. Tapi aku diamkan sebab tiada kena mengena dengan aku sampai la si Ain ni mention Fatin dalam group whatapps. Aku pun tanya la Fatin apa yang berlaku.
Mungkin sebab terlalu geram dengan Ain, akhirnya Fatin pun lawan balik kenyataan Ain dalam group whatapps. Ain : tak paham aku, dah duduk rumah. Relax-relax jaga anak, nak kerja pulak. Tak sayang anak ke? Orang lain semua kalau boleh nak jadi suri rumah. Jaga anak.
Fatin: Ain, jadi surirumah bukan macam yang kau sangka. Boleh relax-relax. Jadi suri rumah sebenarnya penat. Kena jaga anak, buat kerja rumah. Time mood dia tak baik, satu benda pun kau xboleh buat.
Ain tetap tidak puas hati dengan kenyataan Fatin. Pada Ain, jadi surirumah tu melepak je dekat rumah. Macam-macam dia balas untuk pertahankan pendapat dia. Tapi Fatin sudah malas nak layan dan buat tidak tahu sahaja. Sampai la kes Adam Rayqal yg dipercayai dibunuh oleh pengasuh tu. Ain sibuk bash Fatin cakap xsedar lagi. Ada peluang jaga anak tapi nak kerja. Tapi 1 ayat Ain yang aku juga turut terpalit “Tak paham aku ape yg penat sgt buat kerja rumah. Masak,kemas rumah,sidai kain buka susah pun”. Masa ni dalam hati aku mendidih dah. Buat kerja rumah memang tidak susah. Tapi bila ada anak kecil, tidak mudah. Terutama bila berdua sahaja dengan anak. Bila mood dia tengah tidak ok, terpaksa sidai baju sambil dukung anak. Masak smbil dukung. Belum lagi bila nak solat,anak tarik telekung. Tiba-tiba datang baring di tengah tempat kita hendak sujud. Jujur aku kata tidak mudah. Belum lagi bila anak merengek time demam. Xsenang duduk jadi. Baru kemas, anak sepahkan balik. Tengah buat kerja tiba-anak panjat meja dan jatuh. Menangis. Tengah masak,anak pun tiba-tiba tangan nak mencapai pisau.
Bukan mudah sebenarnya. Aku kesian dengan Fatin yg di bash teruk oleh si Ain, aku pun backup Fatin. Aku guru dan tinggal serumah dengan mak mertua aku. Anak aku,mak mertua aku jaga. Balik kerja memang penat. Dengan nak layan anak lagi. Memang pada mulanya aku rasa best juga jadi surirumah. Mungkin xsepenat ibu bekerja. Sampai la cuti sekolah 2minggu baru-baru ni. Mak mertua aku pergi umrah dan aku seorang menjaga anak. Baru aku tahu bertapa penatnya menjadi suri rumah sepenuh masa. Stress dia lain. Dulu, bila balik kerja, aku makan dulu. Mak mertua tolong tengok anak sekejap. Nak solat mak mertua jaga anak sekejap. Tapi bila sorang-sorang. Nak makan pun kena laju-laju. Masak pun kena tunggu anak tidur. Kalau dulu,hujung minggu or cuti, aku masak,mak mertua jaga anak.
Sebabkan aku ada pengalaman penat jaga anak seorang, aku pun cerita dekat Ain. Tapi dia sentiasa ingin menang. ” Ala, kau baru 2minggu jaga. Tak biasa lagi. Kalau dah setahun tak biasa lagi pelik juga aku. Dah tahu anak meragam xboleh buat kerja, tidurkan la. Aku yg belum kawin pun tahu cara nak tidurkan budak. Aku selalu tidurkan anak buah aku”.
Ada sahaja jawapan si Ain. Aku pun terangkan dekat Ain yg zaman sekarang ni, dua-dua perlu kerja. Banyak nak guna duit. Seorang kerja tidak cukup. Terus si Ain bidas “Lain kali nak kahwin, pilih suami betul-betul. Zaman sekarang ramai lelaki tak tahu hukum. Cari Nafkah ni tanggungjawab suami. Tanggungjawab isteri duduk rumah, didik anak”. Semua ahli group whatapps tu terdiam. Mati akal. Tidak tahu nak terangkan macam mana lagi dekat Ain. Walaupun betul apa yg Ain kata, tanggungjawab cari nafkah tanggungjawab suami. Tapi kita perempuan pun nak juga bagi duit dekat mak ayah. Tak kan nak mintak duit suami untuk bagi dekat mak ayah kita. Perasaan malu tu ada. Tapi Ain tidak faham. Ain dengan bangga berkata “aku,kalau siapa nak kawin dengan aku, aku cakap siap-siap lepas kawin aku nak jaga anak dekat rumah”.
Siapa yang tahu macam mana lagi nak terangkan dekat Ain bahawa sebenarnya kahwin tidak mudah. Banyak perlu dipertimbangkan. Jujur aku kata, kalau suami aku kaya, terlebih mampu, aku pun nak berhenti kerja. Duduk rumah, jaga anak. Mintak suami orang gaji seorang untuk buat kerja rumah. Aku rasa Ain banyak sangat baca novel dan tengok drama dekat TV.
– Adleen
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit