Buka atau Pendam Aib?

Assalamualaikum & Hi semua pembaca iiumc. Nama aku Sofea dan aku akan ringkaskan cerita ni seringkas yang boleh. Aku rasa buntu sekarang dan nak minta pendapat pembaca atau doa korang semua.

Please tolong aku ya. Okay cerita dia macamni, mungkin ada yang rasa aku yang jahat sebab buka aib keluarga sendiri tapi aku buntu sangat.

Kisah dia tentang kakcik aku sendiri, umur dia sekarang nak masuk 30 dah, lepas je dia habis belajar dia dah ada teman lelaki. Masa dia study nun jauh dulu, dia dah banyak kali dikecewakan.

Lagi satu kalau korang semua rasa boleh cari pakwe time universiti memang stop la angan angan tu sebab dekat uni ramai je lelaki yang tak boleh percaya.

Okay stop pasal tu, sambung balik pasal pakwe baru kakcik aku ni. Aku tak kenal pakwe dia tapi aku rasa okay je cuma taraf pendidikan dia lagi rendah dari kakcik aku.

Fast forward, kakcik aku nak kenalkan pakwe dia dekat mama aku. Mama aku tahu jugak la pasal background lelaki tu, education dia apa semua tapi mama aku tak cakap apa pun.

Kakcik aku ada bawak datang rumah tapi entah kenapa lepas je mama aku jumpa pakwe kakcik aku tu dia seakan macam tak suka and terus tak nak dengar pasal lelaki tu dah.

Tapi kakcik aku terus jela berkawan dengan dia and sebab dia tahu mama aku tak suka so dia banyak la menipu. Dia tipu dia keluar dengan orang lain padahal dengan lelaki tu, then dia kuat melawan and tak buat kerja rumah semua.

So mama aku bengang jugak la, dia tak la tak suka lelaki tu sebab education dia ke apa tapi more to macam sebab bila kakcik aku kawan dengan dia, perangai dia lagi teruk.

Aku ada jugak tanya kenapa mama tak suka lelaki tu first time mama jumpa dia? Mama aku cakap sebab dia nampak yang lelaki tu muda (lelaki tu muda setahun) and dia macam tak ready nak jaga kakcik aku.

Then, fast forward ada la something jadi and mama aku confront lelaki tu suruh dorang break sebab mama aku memang tak restu.

So dorang break tapi sekejap je lama lama tu aku dapat tahu dorang on balik. Aku terkejut lah kenapa macamtu? Dia tak tahu ke mama memang tak restu?

Tapi dia cakap dia memang nak sangat lelaki tu and setiap kali aku cuba nak berbincang mesti akan gaduh je dengan kakcik aku so aku pun diam jela.

Then lepas dah setahun dua still no progress, sebelum ni ayah aku pun tak suka lelaki tu sama dengan mama aku tapi entah kenapa tiba tiba dia okay pulak.

Alasannya sebab umur kakcik aku dah lanjut and takut kalau dia tak kahwin. Jadi mama aku macam bengang juga lah sebab ayah aku macam tak tetap pendirian. Aku ada je cuba cakap dengan mama aku, restu jelah kakcik aku tu senang.

Sebab aku nampak banyak baiknya kalau mama aku restu. Contohnya, tak akan ada perbalahan, mama ayah aku tak akan gaduh dah, mama dengan kakcik aku pun sama sekali dengan aku dengan kakcik aku.

Kalau mama aku still insists tak restu, macam banyak permasalahan yang akan timbul. Aku cakap je dekat mama aku berkorban la demi kakcik aku, restu je hubungan dorang, dorang yang nak kahwin.

Then mama aku cakap hati dia sampai sekarang masih tak sedap sedangkan hari hari dia doa untuk Allah bagi petunjuk and dia cakap kenapa mesti dia yang berkorban untuk kakcik aku?

Dulu dari zaman sekolah sampai uni banyak yang mama aku dah uruskan dah tolong dia semua. Kenapa bila sekarang dia masih kena berkorban perasaan dia? Tak boleh kalau anak yang berkorban untuk mak dia?

Aku terdiam dalam masa yang sama aku masih pelik kenapa hati mama aku ni masih berat nak terima.

Sebab aku rasa lelaki tu okay and yang peliknya even mama aku tak restu tapi hubungan dorang smooth je macam takde masalah langsung dah hampir 4 tahun, masing-masing setia jadi aku tak nampak apa masalahnya.

Sampai lah satu hari, kakcik aku guna laptop aku nak isi something and bila aku nak guna aku ternampak whatsapp web dia.

Aku memang nak delete terus tapi entah Allah gerakkan hati aku untuk baca convo dia dengan pakwe dia. Mungkin ada yang rasa aku ceroboh privacy dorang, entahlah aku pun kalau boleh nak putar balik masa sebab aku menyesal bila dah tahu.

Bila aku bukak convo dorang kantoi yang selama ni kakcik aku memang tak pakai tudung sebab dia send gambar and vc free hair. Sumpah aku terkejut sebab aku ingat dia bukan tahap macamtu.

And lagi teruk sebab aku terbaca convo dorang memang sangat lucah and aku ada ternampak kakcik aku save promo and gambar hotel bajet etc.

Aku memang takde bukti yang menunjukkan dorang dah berzina ke apa tapi memang fishy sangat, aku bersangka baik jelah mungkin dia nak check in hotel dengan kawan perempuan dia even hotel yang save tu dalam negeri yang kami duduk ni juga.

Memang nampak sangat lah dia bukan lelaki yang baik, kalau dia baik dia takkan biar kakcik aku buat macamtu.

Kalau nak diikutkan kakcik aku ni pemalu sikit dalam family kami ni and aku bukan nak judge dia tapi tiap kali dia keluar pakaian dia tu memang mama ayah aku selalu tegur.

Macam biasa la pakai tudung tapi baju tudung pendek apa semua. And kalau nak cakap pasal solat pun aku perhati banyak yang dia lopong kan.

Kadang kadang tu dia balik kerja terus tidur and kalau dia tak kerja pun saja je dia biar waktu solat tu berlalu macamtu je.

Aku ada je tegur tapi dia iyakan jela buatnya tidak. Bagi aku selesai lah tugas aku dah tegur dia kan. Tapi sumpah aku tak sangka dia boleh free hair dengan lelaki yang mama aku tak restu pun sebab maksudnya peratus dorang akan kahwin tu memang rendah lah kan.

Baru aku faham mungkin sebab ni hati mama aku tak sedap dah berat sangat. Jadi sekarang ni aku buntu apa perlu aku buat?

Mustahil aku nak cerita semua dekat mama aku, dia makin berumur dahlah sebelum ni kalau cakap pasal kakcik aku mama aku memang sakit hati, ni kan pulak aku nak cerita benda macamni. Takut mama aku lagi susah hati and bertambah sakit je nanti.

And mustahil jugak untuk aku confront kakcik aku sebab dah sah sah aku invaded privacy dia. Dan tak semudah tu nak tegur kakcik aku tu.

Dah banyak kali sangat kami bergaduh bila cakap pasal ni, dia memang keras kepala and hati batu. Dia memang tak kisah pun hati perasaan mama aku. Kalau dia kisah, dia takkan buat sampai tahap macamtu.

Dalam pada masa yang sama aku sedih dan sakit hati sangat. Seolah aku tahu aib dia tapi aku taktahu nak buat apa. Hadap dia dekat rumah hari hari dengan fake feeling yang aku terpaksa buat.

Aku jugak kesian dekat mama aku. At the same time aku tak tahu nak rasa apa dekat kakcik aku.

Mulanya aku memang kesian dengan dia sebab sampai sekarang dia masih kerja dengan yang setaraf pun dengan pendidikan dia. Sampai aku terfikir sebab ni ke rezeki dia macam tak melimpah?

Tapi aku tak tahu la dia terfikir ke tak benda ni. Mungkin sebab dia masih sakitkan hati mama aku, solat tak penuh apa semua penyebab Allah sekat rezeki dia? Entahlah tapi aku tak tahu apa yang patut aku buat.

Kalau takde solution untuk aku buat, aku harap Allah akan bagi petunjuk untuk selesaikan masalah yang makin menyerabutkan ni.

Kalau ada pembaca yang boleh bagi cadangan atau komen, sangat dialukan dan mohon doa kalian untuk kami sekeluarga. Harap doa yang baik baik akan melantun kembali kepada kalian semua.

Terima kasih.

– Sofea (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *