Bukan 1steri Yang Baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih pihak IIUM Confession jika post ini disiarkan.

Saya Qisya seorang ibu kepada 4 orang anak, suri rumah dan isteri kepada seorang tauke jual perabot. Berumur pertengahan 30an.

Nak dijadikan cerita perniagaan suami baru je berkembang 3 tahun kebelakangan dan mungkin dah taboo ke what ever terms, asal dah berduit mula lah berskandal.

Ketika saya mengandungkan anak ke 4, suami saya kantoi bercinta dengan staffnya sendiri.

Aktiviti mereka sering di update oleh staff itu di whatsApp status tetapi hanya di tujukan untuk suami sahaja. Bercuti atau makan2 bersama.

Dan banyak lagi aktiviti mereka kantoi selepas itu. Dan ketika juga saya tanyakan suami jika benar dia mahukan staffnya itu, dia perlu lepaskan saya disebabkan beberapa faktor.

Tak mampu dan hutang yang agak banyak. Bukan tak sayang suami, tapi memikirkan masalah yang akan datang bila beristeri lebih.

Tapi dia memilih kami 5 beranak. Walaupun dengan staffnya itu macam2 dia janjikan. Antaranya akan memujuk saya untuk menerima dia satu hati nanti maybe. Mesej ini ditunjukkan sendiri oleh staffnya ya.

Staff ini agak berani expose dengan saya disebabkan sikap saya yang agak cool dan diam sahaja.

So, tibalah hari saya melahirkan. Layanan suami okay sebelum dan selepas kantoi. Masih melayan anak2 dan masih melayan saya dengan baik.

Suami berjanji tak akan berhubung dengan staffnya dan staff itu telah bertukar tempat kerja akibat skandal ini.

Tetapi keadaan menjadi teruk apabila saya ternampak status terbaru staff ini sedang berpegang tangan dengan suami bercuti di suatu tempat.

Sebelum ini saya hanya marah2 sahaja disebabkan letih dengan mengurus kan anak2 dan rumah.

Tak mahu juga terlalu tertekan dengan situasi ini. Namun kali ini, kesabaran saya sampai ke penghujung.

Semua carutan yang tak pernah saya sebut telah pun saya hamburkan ke suami dan tamparan berkali2 juga saya bagi.

Kali ini hati saya betul2 hancur dengan pengkhianatan setelah kemaafan saya beri sebelum ini. Kesibukan suami dengan kerja hanya wayang semata.

Pengorbanan masa dan kesanggupan saya hanya berbakti di rumah tanpa cuti sia2.

Dalam keadaan marah saya bertanyakan video berkenaan juga ke suami. Dia cuma menerangkan itu adalah video2 lama.

Dia mengatakan dia tak tahu mengapa staff nya mengupload kembali segala gambar2 dan video mereka ketika berskandal dulu.

Dia menyakinkan saya mereka sudah tiada apa2. Itu adalah kesilapan dia. Dan tujuan staff nya itu mungkin untuk menyakitkan hati saya sahaja. Entah la. Agak sukar nak mempercayai. Sebab segala bermula dengan penipuan.

Cerita terlalu banyak dan panjang untuk dikongsi, tetapi ini sahaja saya mampu karangkan untuk bertanya kan pendapat pembaca.

Untuk maklumat, hubungan kami agak tegang akhir2 ini disebabkan saya minta dilepaskan berkali2.

Dia masih okay walaupun tak bercakap, bekerja dan melepak dengan kawan2. Saya masih disini kadang2 menangis kadang2 terasa sunyi tiada tempat untuk meluah.

Wajar kah lagi saya memberi peluang? Apakah cara saya perlu buat untuk melupakan kejadian ini? Terlalu buntu membuat keputusan sendiri.

Berikan kata2 yang boleh saya yakinkan diri. Terima kasih semua.

– Qisya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *