Bukan Aku Gadis Pilihan

Hai aku nak cerita tentang crush aku zaman universiti.

Btw aku memang ramai crush dari dulu and memang jenis perempuan yang admire dari jauh je mampu, haha. So aku just anggap ni adalah one of the crush yang biasa je lah kan.

So nak dijadikan cerita laki ni kita namakan dia A, jadi fasilitator untuk minggu orientasi aku waktu universiti.

Pertama kali aku nampak dia, aku macam Ya Allah heloknya. Tinggi, kacak, semua lah lengkap. Pendek kata, dia ni cukup perfect di mata aku.

And sepanjang minggu orientasi tu nothing happened pun, macam biasa aku hanya tengok dari jauh. Tapi ada sekali tu, aku ternampak dia melepak dengan student perempuan. Bukan seorang tau, ramai perempuan.

Like dia ada geng girl best friend lah kot kan hmm. Adalah beberapa orang lelaki lagi tapi aku tetap rasa tak sedap mata memandang.

Then sejak tu aku mula tak berkenan dengan dia. Aku akan automatik turn off kalau lelaki yang aku suka tu terlalu rapat dengan perempuan. Aku tak percaya lelaki dan perempuan boleh berkawan biasa tanpa ada rasa suka.

Seminggu lepas tu, minggu orientasi pun habis. Aku pun dah tak nampak A dah. Oh btw aku ada senior yang jadi fasilitator jugak and kebetulan dia adalah kawan A.

So aku akan ternampak lah muka A ni kalau aku tengok story senior aku tu. Rasa suka tu muncul balik weh.

Aku sampai beranikan diri untuk request nak follow instagram A ni. Agak lama untuk dia approve aku punya request tapi akhirnya aku berjaya, haha.

Aku pun mulalah stalk instagram dia, dia ada teman istimewa ke belum? Haa itu je persoalan yang ada dalam kepala aku sebenarnya haha.

So lepas stalk aku pun simpulakan yang yaa dia belum berpunya. Aku pun rasalah yang mungkin aku ada harapan walaupun dia tak pernah kenal aku sebelum ni. Mungkin dia tak pernah nampak pun aku haha.

Dan tiba-tiba ada satu malam, aku jadi rasa macam nak confess dekat A. Entah mana datang keberanian tu, aku pun tak tahu. Aku nak tanya dia, dia betul ke tak belum berpunya ni.. Sebab kalau belum, bolehlah aku cuba nasib.

Btw ini adalah kali pertama ya aku buat first move dekat crush aku. Sebelum ni penakut haha. Aku dm dia di instagram. Fuh berpeluh tangan rasa, nervous tau!

Dan aku pun mulakan dengan pantun, ew cringe pulak rasa. Pantun empat kerat yang bertanya direct kepada dia, “boleh saya tahu awak dah berpunya ke belum?”

Dan baru aku tau betapa seksanya nak menunggu jawapan pulak dari dia. Dan tak lama lepas tu, naik notification instagram, dia balas confession aku!

Tapi aku menjerit dulu sebab aku rasa teruja, pelik kan? Hanya sebab dia balas mesej tu pun aku dah gembira, belum baca isinya lagi haha. Aku readykan diri dulu baru aku buka mesej tu.

Dia balas “yaa sekarang dia already have someone” dan saat itu hati aku rasa macam sakit betul. Mata aku berair jugaklah sebab ini dah lah kali pertama aku beranikan diri nak buat first move, tup tup kene reject.

Lepastu aku pun nak cover malu, aku balas dengan pantun jugak yang mengatakan aku akan undur diri.

Tapi bukan in sad way, tapi aku cuba buat pantun tu bunyi macam funny. Macam ahh aku tak terkesan sangat pun padahal dalam hati Tuhan saja tahu.

Tapi aku tak mintak maaf pun sebab tersuka dia haha sebab rasa macam tak perlu. And with that, aku pun cuba untuk move on.

Tapi aku takdelah pergi block dia ke, mute ke apa semua tu, sebab nanti nampak macam aku lah yang terpaling broken sekali, haha.

Satu yang aku simpulkan dari kisah aku ni, kalau kau bukan perempuan yang dia nak, sampai bila-bila dia takkan pandang kau.

Kepada perempuan yang berjaya tambat hati A, saya doakan awak berdua bahagia.

Sekian, dari perempuan yang bukan pilihannya.

– Keisha (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *