Bukan Anak Emas

Assalamualaikum..Terima kasih admin kerana menyiarkan luahan hati saya ni..

Okey sedikit pengenalan saya berusia 25 tahun dan merupakan anak bongsu daripada enam beradik. Ayah saya dah meninggal dunia

Sebenarnya saya ada baca confession anak emak. Bertuahnya anda sedangkan saya dah usaha macam2 untuk mak saya sayangkan saya.orang kata anak bongsu ni paling disayangikan?? Tapi diri saya tak.

Saya tak tahu nak mula macam mana tapi saya tulis je la..kalau tak berapa nak faham maaf la ye..hehehe..

Saya ingat lagi waktu kakak saya dapat keputusan UPSR, saya nampak mak saya peluk cium kakak saya dengan penuh gembira sebab kakak sy dapat 2 A . Waktu tu saya kurang rapat dengan mak sebab saya lebih rapat dengan arwah ayah. Bila saya nampak mak saya peluk kakak saya tu saya tanam azam dalam hati yang saya akan dapatkan keputusan lebih cemerlang. Alhamdulillah saya dapat 3A dalam UPSR..balik rumah saya excited nak beritahu mak. Tak sabar nak tengok reaksi nak mak peluk & cium saya dgn bangga..tapi kat lain dari apa yang saya bayangkan..sebakul saya kena bebel sebab tak dapat 5A..lepas mak bandingkan saya dengan anak jiran yang dapat 4A. Kecewa sangat. Saya tanam azam untuk buat lebih baik dalam peperiksaan PMR dan SPM. Saya tetap ingin buat mak bangga dengan saya.

Waktu PMR keputusan saya agak jatuh.Biasanya saya mampu skor 5A keatas tapi waktu PMR saya hanya dapat 3A je . Sebab waktu tu arwah ayah baru meninggal. Saya pulak terpaksa ponteng sekolah sebab jaga mak di hospital. Abang dan kakak saya ada tapi mereka jauh dari rumah. Susah nak cuti.Mak alami depresi atau tekanan perasaan yang teruk lepas arwah ayah meninggal. Mak masa tu umpama patung hidup. Lansung tak bercakap dan bergerak.Sepanjang tempoh mak sakit saya banyak jaga mak. Tidur di lantai hospital setiap hari dah jadi rutin saya.

Masuk ke tingkatan empat, saya dapat tawaran ke sekolah teknik. Agak jauh dari rumah. Tawaran tu saya tolak sebab memikirkan masalah kewangan. Saya tak nak bebankan mak dan abang saya. Mak saya tidak bekerja dan lepas pemergiaan arwah ayah, abang saya memegang tanggungjawab menyara saya, mak dan kakak2 saya. Lepas mak dapat tahu saya tolak tawaran tu teruk saya dimarah. Saya ingat kata2 mak “berambuslah dari rumah ni. Pergi jauh2. Ada kau pun buat serabut perut aku je. Buat sakit hati aku je.” Setiap hari mak membebel marahkan saya dan setiap hari saya menangis seorang diri. Saya sedar waktu tu saya bukan anak yang baik. Selalu buat mak marah dan risau. Tapi mak tak tahu yang salah satu sebab saya tolak tawaran tu ialah sebab saya takut tak ada orang nak jaga mak bila saya duduk asrama. Dalam masa yang sama saya pujuk kakak saya supaya sambung belajar di peringkat ijazah. Saya yakinkan dia yang saya boleh jaga mak. Tak salah kalau saya berkorban sedikit untuk keluarga sendiri.

Alhamdulillah..waktu spm saya memperoleh keputusan cemerlang dan jadi pelajar terbaik disekolah. Teruja sangat nak kongsi kegembiraan dengan mak. Sampai2 kat rumah saya cari mak dan serahkan keputusan pada mak. Saya peluk & cium pipi mak tapi mak macam acuh tak acuh je dengan berita yg saya sampaikan. Kegembiraan saya termati macam tu je. Terus saya masuk bilik dan menangis. Sedih sangat rasa hati. Waktu terima anugerah di sekolah pun saya pergi seorang diri. Mak cakap saya dah besar tak perlu mak teman dah. Bila tengok kawan kawan lain datang bersama ibu dan keluarga masing-masing, saya hanya mampu menangis di dalam hati. Alangkah beruntungnya mereka.

Selang beberapa bulan lepas tu saya dapat tawaran belajar. Saya terima sebab tempat belajar tu tawarkan elaun bulanan. Jadi saya tak perlu bebankan abang saya. Mak hantar saya ke tempat belajar. Tapi lepas balik mak langsung tak telefon bertanyakan keadaan saya ditempat baru. Selalunya jika dengan adik beradik lain mak akan terus telefon untuk tanya khabar bila mereka berada ditempat baru lepas beberapa jam. Sepanjang tempoh saya belajar saya akan telefon mak seminggu sekali untuk tanya khabar. Kadang2 bila terlalu sibuk saya akan telefon dua minggu sekali. 5 tahun saya belajar tak pernah sekali pun mak telefon saya dahulu untuk bertanya khabar. Kadang kadang saya rasa kecil hati sebab sepanjang saya berada di rumah bila kakak atau abang saya tak telefon dalam tempoh seminggu, mak akan terus telefon. Kadang kadang 2 3 hari lepas kakak atau abang saya call mak akan telefon nereka semula untuk tanya khabar.

Pernah saya demam teruk hingga tak boleh bangun. Saya telefon mak beritahu keadaan saya. Tapi mak cuma cakap pergi klinik ambik ubat. Dua hari saya menangis dengan layanan mak pada saya. Saya tahu kalau kakak @ abang saya telefon kata dirinya sakit, mak akan risau. Selang dua tiga jam mesti mak telefon semula untuk tanya khabar. Tapi kenapa susah sgt untuk mak tekan butang ditelefon dan dail nombor saya. Dua minggu saya merajuk dan tak telefon mak lepas tu. Dalam masa yang sama saya berharap mak akan telefon saya untuk tanya khabar seperti mana mak telefon kakak dan abang saya. Tapi hampaa..

Habis belajar of course la convo kan?? Waktu tu saya makan hati lagi dengan sikap mak. Mak tak nak datang convo saya sebab pada tarikh yang sama abang sulung saya balik rumah. Puas saya pujuk mak tapi mak cakap nak pergi macam mana kan long balik rumah. Dua hari sebelum convo abg long sampai. Saya tanya kakak, abang long balik berapa hari. Kebetulan mak dengar pertanyaan tu terus mak marah saya cakap saya kurang ajar. Abang baru sampai dah tanya nak balik bila. Macam macam lagi mak membebel kat saya. Sumpah tak ada niat pun nak kurang ajar. Saya tanya sebab nak tahu dan nak kepastian abang akan ada kat rumah masa saya convo nnt ke. Lagipun saya tak tanya terus pada abg long. Esoknya saya naik bas seorang diri ke KL untuk urusan convo. Dalam hati sedih sangat bila mengenangkan convo saya tak ada family yang hadir. Tanpa disangka pada hari convo abg ngah dtg bawak mak. Tapinya mak duduk dekat luar sebab ruang dalam dah penuh. Bila habis upacara saya salam dan cium mak. Dalam masa yang sama mak cakap kalau bukan sebab saya convo mesti abg long balik rumah lama sikit.

Saya banyak libatkan diri dengan aktiviti hiking. Selalunya saya akan pergi daypack. Setiap kali pergi hiking saya akan bagitau mak pukul berapa jangkaan sampai ke kaki gunung. Baru baru ni saya daki gunung lagi tapi kali ni turun lewat sebab cuaca hujan dan ribut jadinya malam baru sampai ke kaki gunung. Kami lewat empat jam dari masa yang dijangka. Sampai di tempat parking lebih kurang jam 10 malam. Telefon kawan kawan saya penuh dengan panggilan dan whatapps dari parents masing-masing. Parents kawan kawan saya risau sebab hari dah lewat tapi tak ada apa apa update terkini. Tapi telefon saya tak ada langsung panggilan dari mak atau whatapps dari keluarga. Tak apalah saya telefon juga mak beritahu yang dah selamat turun dari gunung dan nak gerak balik terus ke rumah kawan. Jarak tempat mendaki ke rumah kawan lebih kurang empat jam. Sampai rumah kawan saya terus kami tidur kepenatan. Saya stay kat rumah kawan sampai petang tapi mak tak telefon tanya pun kenapa saya tak balik rumah lagi. Masa tu saya rasa terpinggir sebab saya tahu perangai mak dengan anak anak yang lain tak macam tu. Kalau kakak dan abang balik ke rumah masing masing mak mesti kalut telefon bertanya dah sampai ke belum walaupun jarak rumah mak dan rumah abang sejam shj.

Saya selalu tanya diri saya mana silap saya sebagai seorang anak. Saya tahu waktu saya muda saya bukan anak yang baik. Selalu tinggi suara,selalu memberontak tapi lepas belajar dan duduk jauh dari mak saya ubah sikap saya. Saya sedar saya cuma ada mak seorang je. Kalau tersalah tinggi suara saya akan terus minta maaf. Waktu belajar saya tak pernah lupa belikan mak baju raya dengan duit elaun. Saya belajar cari duit sendiri dan survive dengan elaun yang saya dapat sebab tak nak susahkan mak dan abang. Bila dah kerja saya tak pernah lupa bagi mak duit belanja. Bila mak cakap nak makan something saya akan usahakan. Setiap hujung minggu saya akan balik jenguk mak. Bawak mak jalan-jalan. Bawak pergi shopping. Setiap kali mak ada appoiment doktor saya akan teman. Sebulan sekali saya akan ambik ubat2 mak kat hospital. Bila mak tak sihat atau masuk wad saya akan mintak cuti dan jaga mak sampai sihat. Pendek kata sekarang bila dah ada duit dan kereta sendiri saya memang utamakan mak. Mak cakap je nak apa, nak makan apa, nak pergi mana..semua akan saya tunaikan selagi saya mampu walaupun kadang terpaksa ikat perut. Saya tak mintak banyak. Saya cuma nak mak bagi perhatian pada saya sama mcm mak bagi perhatian pada adik beradik yang lain.

– ~Dhia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit