Hai korang, aku tak tahu nak mula macam mana. Aku salah sorang pembaca setia page ni dan kali ni aku nak luahkan apa yang aku rasa. Terima kasih kalau sudi baca.
Dulu aku sorang pelajar yang agak cemerlang dan sekolah di sekolah sains.
Mula-mula masuk semangat berkobar-kobar dengan harapan dapat belajar di luar negara dan ambil medic. Tapi kecundang masa spm. Dapat lah kecaman ‘nama je sekolah sains, tapi tak boleh skor’.
Masuk asasi ingatkan boleh bangkit semula menebus kegagalan masa lalu-tapi aku tetap gagal. Akhirnya tercampak di universiti yang sangat ‘lokal’, yang tak ada dalam senarai upu aku.
Tetapi tetap aku teruskan atas gesaan mama aku even aku tak minat pun bidang tu.
Semester pertama, aku hampir dekan and waktu tu buat aku teringat yang i’ll always have a very good beginning but when it comes to the ending, sama lagi, masih gagal.
4 tahun aku habiskan masa belajar benda yang aku tak minat and benda yang aku pun tak tahu apa aku belajar.
Banyak benda berlaku masa aku tengah buat degree dulu tapi cukup lah aku dah tak nak ingat dah. Perit hanya allah je yang tahu.
After grad, aku dengan yakinnya nak sambung belajar dengan alasan ‘tak sedia lagi nak kerja’. Aku rasa nak lempang je diri aku masa tu. Entah apa la aku fikir. End up master pun tak habis.
Looking back, terlampau banyak peluang yang tersisa and how i wish things could have been different. I havent done my best.
Recently, aku tenggelam dengan masa lalu aku. Satu demi satu kegagalan aku bermain-main dalam kepala. Kalau boleh diputar masa, aku nak buat yang terbaik dalam apa jua yang aku lakukan masa tu.
Tapi bak kata orang, masa lalu hanyalah pengajaran. Jadi aku kena bersedia untuk yang mendatang, untuk buat yang terbaik sebab life is short.
Aku tengok kawan-kawan yang grad sama dengan aku majoriti dah ada stable job, progressive carrier, nice increments. Tapi aku? Masih lagi mencari peluang yang entah bila kunjung tiba.
Hidup ni terlalu singkat untuk meratapi masa lalu tapi entah esok masih ada atau tak. Umur meningkat tapi masih lagi menumpang ihsan mama baba.
Masih lagi terngiang-ngiang dalam kepala aku bila pakcik makcik duk mengata,
‘apa la, belajar lain, kerja lain’ , ‘awak study di ipta? Kalau macam tu memang dah tak ada peluang dah la nak fly overseas’ , ‘apa la belajar tinggi-tinggi tapi tak kerja’..
Banyak lagi kalau aku nak tulis dekat sini. Rupanya buruk betul di mata orang bila kita ni tidak berkerjaya atau ‘kerja entah apa-apa’.
Aku tahu zaman pandemik ramai yang terkesan dan mungkin ramai yang lagi teruk nasibnya dari aku. Aku cuma berharap aku tak terlambat untuk kejar cita-cita aku and will not settle for anything less jika diizinkan Tuhan..
Buat adik-adik yang di tahun akhir, kalau diberi peluang untuk berkerja, kerja la dahulu. Sambil kerja still boleh sambung belajar. Jangan jadi macam aku, semua benda buat tak menjadi. Akhirnya makan diri sendiri.
Buat mama baba, terima kasih kerana selalu ada untuk tetap memberi sokongan. Walau saya tahu mama baba sedih sebab saya tak mampu jadi seperti apa yang mama baba impikan.
Saya minta maaf sebab saya pernah jadi anak harapan satu masa dulu.
Saya berharap sangat semoga Allah berikan peluang untuk saya membalas jasa mama baba dan berbakti kepada mama baba hingga akhir usia.
Maaf kerana selalu menyusahkan mama baba. Segala pengorbanan mama baba tak kan mampu saya balas. Semoga syurga selayaknya buat mama baba insya Allah.
Buat pembaca, tolong doakan aku kuat untuk lalui semua ni. Dan kepada mereka yang susah dan terkesan akibat pandemik ni, semoga kuat mental & fizikal untuk lalui hari-hari mendatang.
Setiap kesukaran pasti ada kemudahan.
– I. U (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit