Bukan Anak Pilihan

Aku M bukan nama sebenar. Anak ke 3 dari 7 beradik : kak long, abang ngah, aku, adik perempuan dan 3 adik lelaki.

Kami 3 beradik perempuan dan aku yang tengah. Kak Long dan adik perempuanku rupa seiras, putih chinese look. Tapi aku berkulit gelap mirip mamak or arab.

Dari kecil perbezaan rupaku sering jadi ejekan dan kutukan family sendiri. Gelaran kicap la, anak kutip la dah biasa sangat hinggap kat telinga aku. Sedih.

Tapi orang luar sering memuji aku. Cantik la, mata besar la, dah besar jadi ratu la. And my mom selalu menjawab “jangan dipuji sangat budak ni nanti besar kepala.”

Aku menangani masalah self esteem ni sendirian, dari seawal usia 6-7 tahun. Aku membesar dengan semangat dan kekuatan diri yang aku bina sendiri seawal usia kanak-kanak.

Aku bukan fav mak. Jadi walaupun mak suri rumah, aku harus melakukan hampir 90% kerja rumah kecuali memasak dari sekolah rendah lagi.

Mak tak akan mengemas rumah dan membasuh pinggan mangkuk. Jadual harianku amat padat. Pulang dari sekolah agama tengahari, aku mesti cepat-cepat mengemas rumah, menyapu dan mencuci pinggan.

Mandi dan bersiap untuk ke sekolah sesi petang pula. Berjalan kaki di tengah panas terik sejauh 5km ke sekolah memang rutin harianku.

Pulang dari sekolah hampir maghrib, cepat-cepat bersiap untuk solat pula.

Selepas makan malam aku mesti mengemas dapur dan mencuci pinggan. Melipat kain seisi rumah kecuali baju-bajuku sendiri sebab mak memang tak akan membasuh bajuku.

Aku hanya akan membasuh baju sendiri di hujung minggu. Selesai melipat dan menyusun kain baju barulah aku dapat duduk membuat homework dan latihan yang cikgu berikan.

Apa yang orang lain buat ketika ini? Mereka bersantai menonton tv. Aku tak boleh mengeluh atau membantah, nanti mak marah. Jadi aku pendam dan buat.

Treatment mak pada aku dan siblings yang lain memang berbeza tanpa aku tau kenapa.

Contohnya : jika aku membuka radio setelah selesai melakukan semua kerja rumah, mak akan datang dan terus off kan radio tu. Sambil membentak “Memekak!”.

Tapi bila abangku datang dan menghidupkan semula radio tersebut, mak ok saja. Kalau terpancar sedih di mukaku pula, mak akan menengking “padanmuka!”.

Jadi dari kecil lagi aku mengajar diri untuk kuat dan sembunyikan kesedihan.

Hampir setiap hari aku dimarah dan dihamun. Airmata jadi teman setia setiap malam sebelum lena. Mak tak suka aku aktif ko-ko di sekolah, tak suka aku ke depan dalam apa-apa acara.

Dia pernah menjerit di telingaku “Setinggi mana pun pencapaian kau, aku tak kan pernah bangga!”. Aku melangkah ke sekolah dalam deraian airmata.

Dari form 1 hingga tamat spm, aku memilik 2 pasang uniform sekolah yang diulang pakai selama 5 tahun. Sampai senteng lengan baju.

Aku pernah meminta mak belikan uniform sekolah baru ketika naik form 3 tapi mak menjawab “Berenti sekolah lagi bagus!”. Since then aku mengunci mulut. Yang penting aku boleh sekolah.

Aku memandang mak sebagai figura dingin yang sukar aku hampiri. Penghibur zaman aku membesar adalah rakan-rakan rapatku. Aku menanam azam untuk berjaya dan pergi jauh. Jauh dan jauh.

Mak selalu membandingkan aku dengan kakak dan adik perempuanku. Betapa mereka baik, pandai dan amat membahagiakan mak.

Abang pula jadi kebangaan mak. Semua abang boleh lakukan sebab dia lelaki.

Aku? Sering disumbat dengan ayat “Sedarlah diri kau tu perempuan!”. At 1 time aku amat benci dilahirkan jadi perempuan. Aku benci jadi lemah.

Semua kepahitan itu jadi pembakar untuk aku berjaya. Aku berazam, andai aku jadi ibu, aku tak mahu jadi ibu seperti mak.

Aku mahu sentiasa jadi manusia pertama yang akan mendorong dan menyokong anak-anakku. Aku mahu mereka tahu aku sayang.

Sampai sekarang aku sering gagal meyelami hati mak. Luka itu memberi parut yang kekal.

– M (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *