Hai semua, nama aku Siti, berusia 30 tahun dan sudah berkahwin. Kisah yang ingin aku luahkan hari ni bukanlah berniat untuk mengaibkan keluarga, tapi sekadar meluahkan perasaan.
Aku anak keempat dari 5 beradik, dua abang satu kakak satu adik. Dalam 5 beradik, aku sering merasakan seperti aku yang paling tidak disayangi dan digemari.
Sejak kecil aku memang pelajar cemerlang. Straight A dari UPSR, PMR dan SPM.
Graduate ijazah dari sebuah universiti awam di ibu kota 7 tahun lepas dan kini bekerja di bidang professional. Aku juga sedang menyambung pengajian di peringkat master.
Pendek kata dari kecik sehingga sudah berumah tangga aku tidak menyusahkan ibubapa.
Sebaik sahaja aku mula bekerja aku sudah menyara diri sendiri dan secara diam2 setiap bulan aku masukkan wang ke dalam acc tabung haji orang tuaku di samping belanja bulanan lain untuk mereka.
Cuma pengalaman aku membesar tidak begitu indah. Sedari kecil aku jarang sekali diberikan pakaian baru, semuanya bekas kakak ku. Termasuklah baju raya.
Belanja sekolah aku jauh lebih sedikit walaupun aku bersekolah di zaman yang lebih terkemudian di mana harga makanan lebih mahal.
Aku masih ingat semasa aku mendapat tawaran ke IPTA untuk ijzah, excited aku menceritakan berita itu kepada ibu, tapi tiada respon. Tiada ucapan tahniah. Tiada bibit gembira. Cuma soalan mengenai yuran.
Maka untuk tidak menjadikannya satu masalah, aku ambil PTPTN dan masih berusaha melunaskan sehingga kini. Ijazah kakak ku dibiaya oleh ibubapaku.
Sepanjang pengajian di universiti, sama seperti zaman sekolah belanja bulanan aku jauh lebih sedikit.. tapi aku bernasib baik kerana abang sulung sering menghulurkan wang tambahan.
Perkahwinanku 100% aku gunakan duit aku dan suami, wang yang dihadiahkan oleh orang2 diambil ibuku dan digunakan untuk membeli gelang emas untuk cucunya (anak kepada kakakku).
Untuk makluman kalian, abang iparku tidak diterima keluarga. Kakak ku sedari zaman sekolah memang bermasalah. Adalah isu yang tidak boleh aku ceritakan di sini, tapi yang pasti suami kakakku tidak pernah diterima keluarga.
Tapi ibuku sering cuba untuk memuji lelaki itu dengan harapan dia diterima. Jadi sepanjang beberapa tahun ini setiap kali kakak pulang ke kampung, hanya dia dan anak2.
Yang menjadikan aku berkecil hati adalah layanan ibu terhadap aku. Kisah2 zaman sekolah dulu aku simpan saja dalam hati. Namun sehingga kini, ibu masih sama.
Contohnya, ketika aku mula2 sambung master, aku diamkan saja kerana suami yang membayarkan yuran. Tapi adik lelaki telah memberitahu hal ini kepada ibu, dan ibu tidak begitu menyokong keputusan aku.
Tapi bila kakak menyatakan perancangan untuk sambung belajar, ibu dan ayah menyokong penuh siap pakej bertanya mengenai yuran.
Sama seperti keadaan bila mana aku terpaksa meminjam wang 2k dari ibu kerana emergency. Habis satu keluarga tahu aku meminjam. Suami sampai berniat untuk menjual motor miliknya kerana malu hutang yang sedikit itu disebut2.
Aku bayar semua hutang tersebut dalam tempoh 2 minggu sebaik saja gaji aku selesai diproses majikan. Tapi hutang kakak ku berjumlah 15k tidak pula dihebohkan oleh ibu? Wang itu dipinjam katanya untuk renovate rumah namun habis begitu sahaja.
Ibu ayah sering memuji kakak kerana menghabiskan banyak wang setiap kali pulang ke kampung, walhal kami semua memang begitu.
Setiap kali pulang memang akan kami belikan apa yang patut. Tapi yang disebut cuma yang satu itu.
Yang ibu tidak tahu, setiap bulan akulah yang memberi pinjam wang kepada kakak kerana income beliau tidak cukup (suami tidak bekerja, 2 anak, rumah & kereta).
Namun masih juga hutang aku yang sekali itu dicanang2, malahan aku dilabel kedekut walaupun setiap kali raya aku yang siapkan segala keperluan mereka.
Aku sayang semua ahli keluargaku tapi kadang2 aku cuma rasa aku dipergunakan. Kadang rasa seperti mahu menyepi dan fokus pada hidup sendiri. Sedih kerana dianggap seperti tidak ada.
Anak yang tersakiti,
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit