Aku malu and aku sedar dan terima aku anak derhaka. Aku kerap melawan ayah aku. Aku jadi macam ni semua sebab ayah aku dengan family dia.
Ibu aku isteri kedua dan bukan warganegara malaysia serta miskin. Maybe ni jadi the main reason kenapa family ayah aku tak suka ibu aku. Diaorang buruk2 kan ibu aku dekat ayah aku, mak tiri aku pun sama, sampaikan ayah aku naik tangan kat ibu aku.
Bukan tangan saja, aku sebagai anak sulung aku dah pernah tengok macam2 cara ayah aku pukul mak aku, dia tarik rambut ibu aku sampai gugur banyak, dia pijak kepala ibu aku, dia hentak kepala ibu aku kat kaca tingkap. Aku dah tengok semua and aku pun dah rasa semua tu.
Aku dilahirkan dalam keluarga miskin, lahir2 duduk dekat rumah setinggan. Ayah aku time tu kerja berganti, mak tiri aku ye la kerja bagus duduk rumah pun kat apartment.
Aku dengan ibu aku duduk rumah setinggan. Ayah aku dah tahu tak mampu masih kahwin dua. Bukan takde anak dengan mak tiri aku, ada.
Aku tak tahu la kisah apa disebaliknya kan. Aku husnozon saja, tapi aku dengan ibu aku dilayan macam sampah. Aku ni makan coklat pun sekali saja time kecik, sampai aku makan taik cicak sebab aku ingatkan tu coklat (ibu aku yang cerita peristiwa ni).
Aku pernah kena pukul dengan hanger, kena sepak, lempang, ditindih dekat pintu macam2 la dengan ayah aku.
Aku dengan ibu aku pernah dihalau dari rumah dengan ayah aku sebab dia termakan hasutan family dia dengan mak tiri aku. Lepas berapa bulan baru ayah datang dekat ibu aku ajak balik. Masa tu ibu aku duduk rumah kebajikan.
Masa mula2 kena halau, aku dengan ibu takde hala tuju, duduklah dekat bustop malam2, then ada pak cik cina ni bagi duit RM10 kat ibu aku. Adik aku yang baru lahir tak rasa sangat plus masa tu kitaorang dah start senang skit duduk rumah flat.
Family ayah aku memang toksik gila b4bi, aku tak cakap semu adik beradik ayah aku, ada certain2 yang toksik but atuk nenek aku memang toksik abadi.
Kau bayangkan dia bukan setakat tak suka ibu aku, dengan aku2 dan adik aku pun dia tak suka. Diaorang selalu banding kan aku dengan cousin aku yang 2 orang lagi (sebab kami sama baya).
Ye la sebab dulu time sekolah aku gemuk hitam and pendek. Cousin aku lawa putih kurus tinggi. Tapi aku tak benci cousin aku sebab diorang baik dengan aku. Atuk nenek aku ye.
Diaorang selalu cakap dekat depan ahli keluarga lain yang aku ni gemuk pendek hitam, ayah aku tak pernah back up aku, ibu aku saja.
Kadang ayah aku pun cakap buruk aku dekat atuk nenek aku. Dia kata NHJ tu susah la suka mengelamun pendiam la apa la, aku jadi macam ni semua sebab ayah aku sebenarnya.
Pernah aku call nenek aku sebab konon rindu, sebab teringin macam orang lain jadi cucu kesayangan. Aku call dia tanya siapa, aku kata la anak ayah (nama) aku.
Dia tanya ayah mana, aku jawab ayah kerja then terus dia tutup call. Aku terasa sangat, sejak tu aku tak call nenek aku sampai sekarang even ayah aku suruh.
Dari kecik sampai menengah aku tak pernah melawan, walau pun aku banyak kali terasa dengan ayah aku dan family dia. Aku diam saja. Ayah aku tak pernah puji aku, malah di ugut aku kalau aku dapat markah rendah dia pukul aku.
Aku minat melukis komik dulu, so pernah la aku tunjuk kat ayah aku lukisan aku dan ayah aku cakap, “heh, lukisan apa macam ni” sampai sekarang aku ingat. Tapi bila adik aku lukis orang lidi saja dia puji woo pndai, nnti boleh lukis orang pulak.
Bukan tu saja, aku pernah menang pertndingan melukis no 1 kat sekolah, ayah aku cakap “lukisan macam ni pun boleh menang ke, sekolah takde bakat lain agaknya, sebab tu kau menang”. Wehh sejak tu impian aku nak jadi pelukis terkubur.
Aku buang semua buku2 lukisan aku. Aku tak melukis sejak tu. Aku tukar cita-cita aku, sebab masa tu aku memang terkesan and percaya aku memang takde bakat.
Dari dulu, aku tahan telinga, bila ayah aku asyik mengeluh ambik/ hantar aku dari sekolah. Dia asyik kata penatlah, penatnya hari2 macam ni.
Sebab kan aku masa tu konon anak baik walaupun disakiti, aku start jalan kaki walaupun sekolah jauh, panas2 weh, hujan pun aku redah saja. Aku sumpah tak mengeluh dekat bapak aku masa tu. Sebab aku innocent masa tu.
Start masuk universiti baru aku buka mata, yang ibu bapa pun boleh buat silap. Sebab dulu aku sumpah noob and innocent, aku tak pernah couple time sekolah, bercakap dengan lelaki pun jarang, malu. Pendiam and pernah kena buli.
Aku percaya yang ibu bapa tak pernah buat salah, ibu bape sentiasa betul. Bila dah dewasa, aku mula berani, confident and defend diri.
Bila ayah aku marah atas salah yang bukan aku buat aku dah boleh cakap aku tak buat, tapi satu aku defend dalam keadaan marah. Bila ayah aku tengking aku, aku tengking dia balik.
Aku sedar benda tu salah tapi aku tak boleh kawal diri aku, perasaan dendam, sedih membuak2 dalam diri aku.
Ayah aku memang lebihkan adik aku dari aku tapi aku tak benci adik aku. Aku benci ayah aku. Ye lah, adik aku lepasan matrik otw ke univerisiti kerajaan. Aku ni swasta saja sebab tak lepas upu.
Ayah aku apa2 dia akan tanya adik aku dah makan ke, and dia akan panggil adik aku untuk makan, dia tak pernah panggil aku makan. Aku pun dah tak banyak bercakap dengan ayah aku, kalau ada benda saja baru cakap. Takde borak2 mesra, takde.
Ada hari, aku masak untuk family, makanan tengahari. Lepas tu teman adik aku pergi bank sampai petang. Balik petang, aku buat goreng pisang, ibu aku suruh. Aku okay saja. Selesai ku masak, ayah aku pnggil adik aku jum makan, dia tak panggil pun aku.
Takpalah aku okay lagi, then tiba2 dia kata kenapa masak pisang macam ni, buka nmacam ni potong apa2 la so on. Aku pun naik darah, aku terus cakap, kalau macam tu lepas ni masak sendiri. Ayah aku diam.
Aku dari diploma sampai degree, aku kerja sambil belajar. Sebab aku tak nak susahkan ibu ayah aku, yelah ibu aku tu cleaner saja, ayah aku pulak ganti2 kerja kejap despatch kejap guard.
Aku sampai demam2 kerja, jadi agent makanan and study at the same time. Aku kerja pun untuk beli pakaian, kasut or beg kelas yang dah lusuh.
Duit part time aku kerap gak aku belanja family makan. Tapi yang ayah aku nampak ni suka membazir. Sebab barang baju kasut and beg yang aku beli kat shoppe selalu datang rumah.
Aku bukan beli barang mahal, aku beli barang shoppe saja yang dari china tu. Bukan aku beli saja2, aku beli sebab beg kelas aku dah putus, kasut aku dah lusuh. Baju sama saja ke kelas, pakaian dalam.
Aku tak nak la barang2 macam tu ibu ayah aku belikan. Biar la diaorang beli untuk adik aku saja barang2 tu. Aku cari duit sendiri. Tapi ayah aku kata aku membazir. Tak pandai simpan duit and perli2 aku kata duit aku banyak.
Wehh, aku kerja part time sejam RM5 saja. Tu pun buka selalu 8 jam, kadang 4 jam sebab ada kelas. Barang aku beli semua barang keperluan.
Kadang aku beli makanan untuk family. Tu pun dia tak cakap terima kasih aku tak kisah sebab aku tahu aplah sangat yang aku bagi dengan dia besarkan aku.
Even dia kedekut orang nya, tak pernah beli pakai minum aku, baju raya setahun sepasang kadang baju raya sama saja. Pakaian dalam aku dulu pun mak aku belikan, ayah aku nak belikan lambaatt lagi.
Aku kerja part time ni nak ringan kan diaorang tu saja, tak boleh ke nampak usaha aku ni sikit saja, tak boleh ke pandang sekejap penat lelah aku, aku tak compare kan dengan diaorang, tak… tapi pandanglah effort aku sekali saja.
Sekarang, aku dah tak boleh kawal diri aku, aku tahu salah and tak patut aku melawan/ tengking or buat muka.
Tapi perasaan sedih aku kesan dulu, macam menghantui aku. Aku sampai fobia nak kahwin sebab takut jumpa lelaki macam ayah aku. Pemalas kerja, kaki pukul and pilih kasih.
Aku takut dapat mertua macam nenek atuk aku. Aku fobia, serius aku fobia nak kahwin. Aku pernah kenal beberapa lelaki tapi tak lekat lama, sebab aku kerap nampak bayang ayah aku dalam lelaki lain.
Aku tahu tak semua lelaki sama, tapi aku fobia. Aku ada masalah trust issue yng tinggi.
Aku kadang nak lari dari rumah tak nak hdap ayah aku, tapi aku masih ada ibu and adik yang baik dengan aku.
Aku masih ada rasa bersyukur sebab masih ada ayah yang walaupun toksik. Masih ada perasaan takut azab Allah, masih ada perasaan sedikit sayang dekat ayah aku even dia tak pernah pandang aku ni macam dia pandang adik aku.
Aku masih ada perasaan nak bahagiakan family aku. Jadi, aku tutupkan perasaan sedih ni, aku simpan perasaan dendam ni, aku pura2 bahagia sampai aku betul2 bahagia nanti. Hmm…
– NHJ (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit