Assalammualaikum WRWB. Kalau la penulisan aku ni admin sudi publish, aku ucap thanks in advance. Anyway, barakallahufikum kepada semua followers IIUMC. Semoga sihat see semuanya.
Topic aku nak ketengahkan ni maybe dah terlalu banyak kali disentuh. Tapi aku harap admin publish sebab masyarakat kita ni ada satu syndrome iaitu “mudah lupa” – sesuatu isu tu panas kejap je…then bila ada sesuatu jadi in between, isu tu kembali hangat dibincangkan..then sejuk semula…tapi pengakhirannya tetap sama – isu tu tetap takde jalan penyelesaian – disebabkan sikap kita yang suka mudah lupa.
Kpop. Yeah. Mesti ramai meluat kan? Honestly aku pun meluat. Tapi aku bukan meluat ngan Kpop. Aku just meluat ngan perangai taksub Kpoppers and at the same time aku also meluat ngan perangai biadab orang yang menghentam Kpoppers dan tak reti menegur cara berhemah.
Bila berlakunya kejadian Kpoppers yang rata-ratanya Muslimat hadiri upacara vigil bakar lilin untuk meratapi artis Kpop yang bunuh diri tu..Aku tak terkejut. Bila ada Kpoppers yang selamba memaki mufti yang sekadar menegur berdasarkan hukum Tuhan…pun aku tak terkejut.
Kenapa aku tak terkejut? Sebab cuba kita rewind semula tak lama dulu… ada Muslimat yang terkantoi merelakan diri dipeluk dicium artis Kpop.
Cuba la pegi mall bila ada fanmeet. Telatah Muslimat termasuk yang bertudung melalak, berteriak macam orang kena histeria, berebut-rebut untuk bersentuhan dengan artis Kpop ni perkara biasa.
Tanya kawan yang keje di airport. Artis Kpop turun Malaysia – berapa jam pun Muslimat kita sanggup menunggu, tak kira siang or lewat Malam.
Tu belum cite perangai di konsert. Konsert tu sendiri dah memang jelas pesta maksiat berhimpunnya jin dan syaitan.
Dan dah bertahun-tahun jugak perangai taksub Kpoppers ni selalu jadi bahan kecaman di media sosial. Beratus screenshots dah dikongsi oleh page troll.
Few years ago ada sorang ustaz berbakat Adnin Roslan tulis satu artikel lengkap dengan dalil sahih tentang keburukan bila taksub dengan Kpop. Reaksi para Kpoppers masa tu almost sama je macam masa Mufti Perak dihentam baru-baru ni just because beliau menegur sikap taksub Kpoppers.
The reason aku mention perkara-perkara kat atas sebab nak bagitau betapa kita mudah lupa. Kita concern sekejap. Then kemudian kita biarkan Muslimat kita terus lalai. Dan hasilnya lihatlah – Muslimat kita berkabung dengan cara yang boleh bahayakan aqidah.
Kpoppers selalu tuduh orang tak adil dan suka aim korang. Tapi in reality ramai orang bukan benci pun Kpop. Artis Kpop yang bunuh diri hari tu – orang takde niat pun nak menghina dia or menerakakan dia. Tapi orang just meluat dan disgusted sebab Kpoppers ni dah over sangat.
Masa Michael Jackson, Amy Winehouse, Paul Walker, Chris Cornell, Chester Bennington dan ramai lagi meninggal dunia – ada nampak peminat diorang yang beragama Islam buat vigil? Ada ke yang baca transcript dan declare “Saya akan join awak di syurga?” Ada ke yang usung lilin dan gambar si mati sambil meratap-ratap?
Let’s face it – majority Kpoppers ni bukan minat muzik pun. Korang layan Kpop sebab nafsu korang pada paras rupa artis tu je. Dan bila nafsu dah kuasai diri – mustahil akal boleh berfikir secara waras. Maybe ni la punca ada Kpoppers sanggup meratap join vigil dan memaki ulama. Sebab nafsu tu dah kuasai akal.
Kalau ada Kpoppers yang minat purely sebab muzik, tahniah, so jangan sentap plak ya. Tapi kalau ada yang triggered dan terasa – then tepuk dada tanya iman ya.
Jadi nasihat aku pada Kpoppers ni, kalau nak orang hormat minat korang.. kalau nak orang berenti biadab ngan korang… Kurangkan la taksub tu.
Dan obviously bila bercerita tentang taksub ni, bukan setakat Kpop je – dengan apa pun kita dilarang taksub. Bollywood ke, bola ke.. tapi dah terlanjur isu ni tengah panas, aku focus la pada Kpop.
Yes, mesti ramai Kpoppers akan bagi alasan “drama Melayu lagi teruk”…”korang layan bola takpe plak”…ni aku nak bagitau, alasan tu dah basi. Orang lain takde lagi yang buat vigil, nangis meratap, maki hina ulama macam Kpoppers buat in the past few days.
Ambil la peluang ni untuk muhasabah diri. Adakah minat korang datang daripada nafsu or daripada appreciation kepada muzik? Berapa jam sehari dihabiskan untuk menonton video, upload gambar semata nak puaskan kehendak menatap paras rupa artis tu. Tu semua nafsu wahai Muslimat sekalian. Korang kutuk laki layan porn, tapi korang memuaskan syahwat korang menghadap artis tu pun serupa je hukumnya.
Tak silap aku – tak lama lagi ada festival Kpop di KL awal tahun depan. Tolonglah para Muslimat, jangan la ada lagi yang terkantoi dan viral buat benda yang bukan-bukan. Kalau bleh, tak payah pergi lagi bagus. Banyak lagi benda bermanfaat boleh buat.
– Mohammad
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit