Assalamualaikum admin & readers semua…
Alhamdulillah, aku seorang wanita 30an sudah berkahwin dan mempunyai anak. Aku bekerja di sebuah mutinational company sebagai senior executive. Suami aku seorang pejawat awam, bukan pegawai dan 10 tahun lagi tua dari aku. Aku ada sarjana dan dia stpm.
Apa yg aku nak cerita ini adalah perbezaan aku dan suami yg buatkan aku rasa perkahwinan aku adalah jalan yg sangat susah nak ke syurga. Aku ni jauh la lagi da dapat title bidadari syurga. Aku ceritakan tentang aku dulu. Aku terpaksa angkat bakul jap, sebab baru korang nampak jelas sedikit cerita aku ni. Aku most of the time, memang org yg positive thinking, masa aku bujang aku mmg workhaholic sampai kena paksa mc oleh doktor, aku naik pangkat agak cepat berbanding orang lain. Bos aku cakap aku matang melebihi usia aku & itu antara sebab aku cepat naik pangkat. Korang faham2 jela attitude aku mcm mana, malas nk angkat bakul lagi..Plus, hubungan aku & staf lain aku je..Meaning attitude aku oklah, bukan lah jenis mengipas ke apa kan…Aku dari zaman belajar sampai kerja, memang aku banyak merantau lah. So aku banyak pengalaman & ramai kawan pelbagai etnik juga. Aku juga banyak diuji dengan pelbagai ujian yg buatkan aku cepat matang. Antara ujian yg agak getir diuji sakit yg agak2 mirip kanser otak, tp alhamdulillah bukan. Diuji ditikam belakang oleh kawan sekerja, diuji break up dan aku just nak selitkan,ujian2 itu mendekatkan aku kepada Nya. Alhamdulillah..
Suami aku pulak, standard lelaki malay gen X yg kerja kerajaan.Bukanlah kerja tak bagus, cuma apa tugas dia, dia wat la…Cuma bukanlah seorang yg proaktif dalam kerjaya( maybe sebab kerjaya ni sesuai utk wanita sebenarnya). Kira bukanlah kategori pekerja rajin lagi berdedikasi. Tetapi takpelah makcik2 bawang kan suka org kerja kerajaan ni.
Aku dan suami ni memang ada masalah dr awal kahwin. Serius cakap, honeymoon aku tak seronok pon rasa, biasa2 je. Honeymoon lepas 4bulan kahwin, aku pregnant masa tu.. Aku rasa lg enjoy bila p vocation dgn bff2 aku. Normal ke mcm ni?Kitorang ada masalah nk sekepala. Contohnya- aku ni jenis simple je, setakat camera tertinggal, takde hal la(aku tak suka sgt bergambar)…Dia pulun nak kamera, dahla pakai duit aku beli kamera baru(sebab aku yg tertinggal kamera). Kat sini aku dah rasa macam-“amboi2, mentang2 gaji aku lebih besar dari ko.”Tapi aku sabar je, diam je…Pastu gaduh pasal sape nak bayar itu ini lah…Eh, aku dah la support kamera, minyak tol sume..Gaduh yg aku igt is pasal bilik hotel. Aku ni asal boleh tidur lena, chalet biasa ok dah bagi aku. Lagipun, bukan duduk dalam bilik lama, sebab banyak tempat nk p jalan2. Tapi suami aku tak puas hati, nk hotel yg ada star. Dah la suruh aku bayar. Aku naik angin gak la, dahla tempat honeymoon tu dia yg pilih.
Aku fikir positif jugaklah, dia ni memang dari family yg agak susah, maybe sebab tu nak merasa tempat mewah sikit kut. Tapi benda ni wat aku rasa tak best.
Ok, habis pasal honeymoon. Pasal rumah pula, dia bagi hint macam nak suh aku sewa rumah yg besar skit dan sewa aku yg bayar. Banyak cantik dia dan siap cakap aku ni kedekut kalau aku taknak bayarkan. Suami aku tu gaji oklah, even staf je tapi dah keja belasan tahun. Tapi dia ni jenis enjoy dan tak menyimpan. Korang bayangkan dia, duit simpanan takde, rumah takde, kereta pun kereta beli second hand yg dah berusia lebih 20 tahun. Duit utk kahwin pun wat loan. 100% depends pd loan ok. Pasal sewa rumah tu, memang aku tak bayar la. Aku suruh cari rumah yg dia mampu bayar sewa, alhamdulillah lega aku…
Dari segi attitude, aku ada cakapkan, dia ni memang tak proaktif. Apa benda keja dalam rumah ni, aku yg kena cakap. Kalau aku tak cakap, dia memang tak kn buat, duduk lepak2 je. Yg paling aku hangin, kalau ada bnda rosak kt rumah ni, memang akan ambil masa lama nk setelkan. Kadang2 aku kena jadi incredible hulk dl, baru dia nk setelkan.
Aku malas nak cerita panjang lagi sebab takut cerita ni tak diapprove. Aku sebenarnya struggle utk perkahwinan ini. Walaupun nak dekat 10 tahun kahwin, tetapi kami masih kerap bergaduh dan sungguh aku sgt penat. Maybe sebab attitude & perbezaan pendapat yg ketara antara aku dan suami aku membuatkan aku rasa penat utk bersabar. Cuma dari pengalaman aku, kat sini aku nak pesankan beberapa perkara pd mereka yg tengah mencari jodoh.
1) usia tidak melambangkan kematangan. Ujian hidup, kesusahan hidup menjadikan seseorang cepat matang. Jika dia belajar dari ujian itu, insyaAllah dia akan cepat matang.
2) Suami perlu tahu tanggungjawab dalam menyara keluarga. Jangan mudah rasa kasihan pada suami. Ini supaya mengajar mereka supaya melaksanakan tanggungjwb mengikut kemampuan bukan mengikut nafsu.
3) Jika sebelum kahwin takde simpanan, berhati- hatilah..Selepas kahwin lagilah susah nk menyimpan. Maksud aku janganlah korang nak harap kewangan yg stabil selepas kahwin.
Aku harapkan mereka yg sudah berpuluh tahun kahwin, kasilah cadangan kt aku macam mana aku boleh bersabar lagi. Banyak lagi benda yg tak cerita kat sini. Aku malas nk cerita panjang lagi, sbb takut admin tak approve.
Tq guys…
– ~Sis cuba sabar lagi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit