Bukan Bidadari Syurga

Aku sebenarnya jenis yang tak bercerita sangat tentang masalah sendiri. Jarang sangat nak mengadu. Sebab aku jenis yang kalau ada masalah, settle sendiri tak perlu melibatkan orang lain melainkan betul-betul perlu.

Aku dah berkahwin, anak ada empat orang. Usia perkahwinan dah menjejak 10 tahun. Aku tak adalah baik sangat, tak juga cantik sangat, tak juga buruk sangat. Average.

Tapi aku jenis yang setia. Kalau dialah dengan aku, maka dialah dengan aku. Tak ada nak usha orang lain. Sebelum kahwin mahupun selepas kahwin.

Ditakdirkan aku terjumpa mesej suami aku kepada seorang perempuan lain, to be exact isteri orang yang dahulu pernah jadi kawan, maybe girlfriend, kekasih, crush, aku tak sure. Aku tak kisah sangat pun.

Tapi … bila dia ‘bidadari syurga’ kan perempuan itu. Walaupun sekadar bertanyakan khabar dengan pembuka kata ‘Hi, assalamualaikum …. bidadari syurga, apa khabar …..” Bila mana isteri sendiri kau tak pernah gelar begitu … korang rasa macam mana?

Aku tak tahu, tapi as for me … ia sangat melukakan. What did she do to you sampai dia layak digelar begitu? Aku isteri kau, aku tak layak ke?

Semasa kau jatuh, aku yang tolong kau bangun. Semasa kau sakit, aku yang jaga engkau. Aku yang tolong sediakan makan-pakai kau. Bukan nak mengungkit, tapi semua itu tak layak dihargai ke?

Aku sampai berhenti kerja, sampai bankrupt berusaha nak majukan diri engkau. Bila kau sakit, masuk hospital, patah kaki, diagnos tumor, isteri ni lah yang bersusah payah, yang sanggup bercuti, yang sanggup tinggalkan kerjaya sebab nak jaga kau.

Please jangan kata, aku tak minta pun kau tolong aku, aku tak minta pun kau jaga aku. Kalau macam itu lah fikiran korang sebagai suami, buat apa aku kahwin dengan kau?

Bukan hamak sangat pun dengan gelaran itu. But then it hurt. Aku, dalam banyak-banyak penyakit, sakit hatilah yang paling menyakitkan. Penat tau nak sembuhkan hati sendiri. Lagi-lagi bila kau tak ada tempat mengadu melainkan Allah.

So, korang lelaki-lelaki, suami-suami di luar sana, yang berperangai seperti ini, aku nak tanya, kenapa korang buat macam ni?

Jangan kata ini benda normal sebab sekecil-kecil perbuatan pun kalau melibatkan orang ketiga (ada hubungan atau tiada) ia sangat melukakan perasaan isteri korang yang hanya ada korang dalam hidup dia.

Jangan salahkan isteri korang yang dulu lemah-lembut, tak pernah ada bad words keluar daripada mulut dia sekarang dah pandai guna 4 letter words, dingin tak memasal.

Evertime pun nak naik angin, sebab bila kitorang sembuhkan hati sendiri, it turns out that kitorang akan semakin hari semakin tawar hati bila korang tak ada effort nak appreciate the things that we do for someone that we care and love.

Kalau ada isteri korang yang tiba-tiba berubah jadi seperti di atas, sila buat sesuatu before it is too late. Sebab bila kitorang dah move on, nak turning back tu agak sukar.

– MS. ANHEDONIA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Laki ni mulut dia manis sgt bila berbicara dgn mana2 wanita…

    Kdg apa yg dia sebut tu bkn itu maksud sebenar.Lebih kpd gula2 je kpd wanita tu..lama2 makin akrab..
    Wanita ni jatuh hati dgn lelaki mulut manis.Itu senjata kaum lelaki.

    Muka x lawa pun puji lawa..itu mmg sikap lelaki yg tak jaga pndgn.

    Tak payah nak berkorban sgt utk suami.Buang masa.Simpan syg tu hnya utk diri sendiri je.Suami tu pinjaman je bila2 ms dia blh berubah kalau Allah nak uji awk.

    Buang la syg awk pada dia…lelaki kebanyakan sampah je ..yg baik cuma 0.01 %

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *