Untuk part I, (https://iiumc.com/bukan-cerita-r0g0l-biasa/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/bukan-cerita-r0g0l-biasa-ii/).
Assalamualaikum. Cerita kali ini pendek sahaja. Aku sekadar nak sambung dan habiskan cerita yang tergantung. Malas nak meleret-leret, hahaha (sentap sis kena kecam netizen). So this gonna be cerita serius sikit ok.
Ida berpantang selama 3 bulan. Tak silap aku, 1 bulan sepenuhnya dijaga oleh kak Lina sendiri (di rumah kak lina) dan kemudian kak lina membawa Ida pulang ke kampung halaman kak lina di negeri AAA. Ida menghabiskan 2 bulan berpantang di rumah ibu kak lina pula.
Dalam tempoh berpantang, ada juga sesekali ida mesej aku. Yelah, dia pun bosan juga kan duduk tidak buat apa. Alhamdulillah memang kak lina, ibu kak lina dan keluarga baik orangnya, menjaga ida sebaiknya. Lega.
Selalu ida memaklumkan azamnya untuk terus dapat menatap wajah anaknya, terus dapat memberikan khasiat susu ibu dan kasih ibu pada anaknya.
Dilema ida samada ingin memberikan anaknya (lets call him Raya sebab dia lahir masa hari raya ok) kepada kak lina, tapi mengenangkan janjinya pada ibunya, nonya mansoor, ida turutkan jua.
Selalu juga ida mengadu dalam doa-doanya agar dapat terus menjaga Raya. Ida terus berdoa agar direzekikan melihat raya membesar dengan sebaiknya, supaya tidak terputus hubungan anak beranak antara mereka.
Aku ingat lagi nyonya mansoor pernah berkata ‘budak ni, kena cepat2 bagi. Kalau tak bagi nanti, mulalah timbul sayang, lepas tu mulalah tak jadi nak bagi orang. Nanti menyusahkan sahaja’ ketika dia sedang sibuk2 mengemas barang baby semasa aku melawat haritu.
Memang betul katanya, setelah beberapa bulan menjaga, sememangnya ida semakin sayang pada anaknya.
Iyalah, anak ini yang meneman ida dalam kesukaran selama 9 bulan, anak ini yang tidak banyak ragamnya, anak ini yang tidak mengidam bukan2, anak ini yang kuat dan lasak sedari dalam kandungan,
Dan anak ini juga yang sentiasa diiringi doa2 dari orang yang menyayanginya walaupun dibenci nenek sendiri. Anak yang cukup istimewa.
Usai berpantang, ida menepati janjinya memberikan Raya kepada kak lina.
Tapi seperti yang diminta oleh ida, ida akan hantar susu ebm kepada kak lina setiap hari/ minggu/ bulan kerana ida ingin melengkapkan anaknya dengan susu ibu sehingga berumur 2 tahun. Gigih ida memerah susu setiap hari walaupun tidak lagi menjaga Raya secara langsung.
Kadang2 ida juga menghantar gambar2 raya kepada aku, kadang2 ida jahit baju, jahit uncang, jahit sarung tangan dan semuanya dibuat untuk raya walaupun raya tidak tinggal dengan ida.
Selalunya aku respond ‘wah cantik, ok ni, bagus, mesti dia happy’ dan skrip2 yang menggembirakan walaupun aku tahu sk1ll menjahit ida memang ke laut dalam. Haha. Takpelah, budak2 kecik bukan ada taste pun. Lagipun anak dia yang pakai, bukan aku, hahaha.
The effort that counts kan, bak kata omputih. Mujurlah kak lina memang seperti malaikat yang dianugerahkan tuhan untuk menjaga raya, sudi menerima barang2 yang ida hadiahkan untuk anaknya sendiri.
Selepas beberapa bulan, ida memaklumkan aku bahawa dia ada menerima pelawaan daripada adik kak lina untuk berkawan atas misi ke arah perkahwinan.
Rupa-rupanya semasa tempoh berpantang di rumah ibu kak lina, semasa itulah mereka berkenalan.aku pun tak tahulah apa yang ida buat semasa berpantang hingga adik dan ibu kak lina bukan main berkenan. Entah apa ida mandrem mamat tu adoi.
To cut it short, ida menikah dengan adik kak lina di rumah orang tuanya, Pak Jebon dalam tempoh setahun selepas ida bersalin.
Aku dan kakak aku (yang kepoh2 dalam siri 1 & 2 tu) turut hadir dan inilah kali pertama aku melihat betapa besarnya rumah Pak jebon & nyonya mansoor, selayaknya rumah ‘somebody’ kan.
Aku bertemu juga beberapa adik beradik ida, abang, adik perempuannya, makciknya yang ustazah itu dalam perkahwinan yang gilang gemilang itu.
Pasal kewujudan abang dia ni memang aku tahu, sebab aku pernah tanya kenapa abang dia tak belasah bapak dia dalam kes dia dengan pak jebon tu. Tapi itulah, abang dia tipikal abang2 yang tak function. Hal adik2 perempuan ida, semua ida yang kena fikir.
Anyway, Saat bertentang mata dengan nyonya mansoor buat kali kedua. Ibarat dari mata turun ke tapak kaki aku rasa. Nak sepak2 pun ada. Aku luahkan :
‘makcik buang anak makcik, tapi masih ada orang yang mulia ‘kutip’ dan sayang anak makcik, yang terima dia seadanya. Makcik tak nak budak ni, tapi makcik tengoklah, kuasa Tuhan, ida kahwin dengan keluarga yang menjaga budak ni juga.
Nak tak nak, makcik tak dapat lari dari melihat budak ni membesar juga.. hahahaha (afdhol gelak macam syaiton sikit guys)’
tapi mana mungkin aku nak cakap macam tu dalam sebuah majlis yang aku lihat ida tersenyum gembira, kan.
Sehingga kini, hasil perkahwinan ida dengan suaminya, ida ada lagi beberapa orang anak (2 ke 3 orang, aku lupa sebab aku jenis susah sikit nak ingat bilangan anak kawan2, anak buah aku pun aku selalu miss calculate juga).
Korang kena faham, aku dan ida ni bukannya jenis berhubung hari2 atau tiap minggu macam tipikal BFF yang berWasap, membawang sembang cerita drama, sembang resepi hampir setiap hari.
Kadang-kadang kami hanya sekadar bertanya khabar sekali dalam 3-4 bulan. Sekadar update kehidupan terkini masing2.
Yelah, jenis aku, kalau kawan aku dah menikah, sebolehnya aku dah tak ganggu lagi kerana aku faham tanggungjawab mereka sudah berubah, tapi aku sedia ada jika diperlukan sebagai tempat meluah perasaan.
Sesekali badai melanda perkahwinan, pasti ida akan hubungi aku. Ada sekali ida hubungi aku menangis-nangis di hujung telefon. Aku cuak juga manalah tahu ida kena dera ke, dan segala macam perkara negatif masuk ke kotak fikiran aku.
Ida mengadu tentang seringkali dia ragu2 dengan suaminya. Kalau dia kebetulan balik lambat dari tempat kerja, tiba sahaja di rumah, dia akan terus cek keadaan anak perempuannya yang dijaga suami (sebab suami dia kerja flexi hours).
Dia takut apa yang berlaku padanya, berlaku pada anak perempuannya. Dia akui dia paranoid dan trauma sehingga perkara ini juga menyebabkan dia beberapa kali bergaduh dengan suami. Aku selalu juga menjadi pendengar setia ida.
Ada juga 1 kejadian apabila ida melihat suaminya ‘tertolak/ terpukul’ anak lelakinya hingga terjatuh dan lebam teruk, lalu ida bergaduh besar dengan suaminya hingga suaminya keluar rumah.
Kepada aku jugalah ida menangis mengadu. Memang orang2 bujang ni selalu jadi tempat kawan2 mengadu ea?
‘Gohan, ada ke dia pukul anak aku. Aku marahlah, aku cakap lepas ni kalau aku nampak dia pukul anak aku, aku memang report polis’
Lepas tu dia kata apa? Tanyaku, melayankan.
‘Dia keluar dari rumah. Dah tak balik ni’ adu ida sambil menangis. Jam menunjukkan sudah lebih pukul 11 malam, masa2 beauty sleep aku terganggu sebenarnya.
‘Jadi, apa ko nak buat?’ soalan lazim dari aku tiap kali ida membawa apa2 isu.
‘Mujurlah doktor kata tiada apa2 yang kritikal, hanya lebam2 biasa, tapi aku memang geram betul dia pukul anak aku. Esok juga aku nak report polis’ Bebel dia lagi.
‘Begini ida, aku puji sikap protective kau pada anak2 . tapi mungkin kau harus ubah cara kau marah suami ko. Suami ko rasa seolah-olah ko tak percaya dia. Itukan anak korang bersama, bukan anak ko seorang.
Instead of kau cakap ‘kalau lepas ni nampak dia pukul anak2, kau report polis. Why not ko cakap, lepas ni kalau antara kita ada yang pukul anak, kita report polis. Ko faham ke maksud aku?’
Ida Cuma diam, khusyuk mendengar.
‘Ko tahu kan, mana-mana mak bapa pun ada posibility memukul anak Cuma bila, how severe dan bagaimana tu, kita tak tahu.
Ko tak boleh rasa macam rasa sayang ko pada anak2 lebih tinggi daripada rasa sayang dia pada anak2. Ko tak boleh rasa macam ‘yakinnya ko tak akan memukul anak2 hanya kerana ko seorang ibu’ hingga ko rasa dia je yang akan pukul dan once dia pukul ko nak report polis.
Lebih adil jika, korang suami isteri sama2 memahami bahawa,
‘Jika antara kita ada yang memukul/ buat perkara buruk kepada anak2 kita, kita kena report polis kerana ini tindakan yang paling tepat. Jangan disimpan buruk laku pasangan kita pada anak2 hanya kerana ingin menjaga air muka.
Buruk laku ini boleh jadi dibuat oleh si ibu atau si ayah. Ibu tidak maksum, apatah lagi ayah. Kedua-duanya ada tendency untuk membuat kesilapan’. Nasihat aku yang bujang kepada ida, seperti selalu.
Macam selalu selepas menelefon aku, ida akan diam, lama berfikir kemudian akan ucapkan terima kasih, dan mohon maaf kerana mengganggu (ganggu tidur aku oiiii).
Nanti selepas beberapa hari, ida akan mesej lagi ‘ thanks gohan, semua ok dah’ as if nothing happened . Nanti lepas 4-6 bulan, mesti ida mesej aku lagi, ada aje yang nak diadukan. Haha.
So, setakat ini jelah cerita ida yang boleh aku sampaikan. Harap ia menepatilah kriteria ‘ happy ending’ yang korang gambarkan. Kalau tanya aku, aku happy dengan apa yang ida ada sekarang. (ni boleh selit lagu barney n friends, happy family)
Maka, termakbullah kan doa ida untuk terus direzekikan dapat melihat Raya membesar di depan matanya. Yelah, setiap kali hari raya, hari keluarga, sambut birthday, ida akan berjumpa Raya.
Kini Raya memanggilnya dengan panggilan umi, dan memanggil kak lina dengan panggilan mama. Amazing kan kuasa doa, kuasa tuhan.
Kepada yang komen nak tahu nasib pak jebon dan isteri, maaf. Aku memang tak tahu. Belum pernah lagi aku mesej ida untuk menanyakan ‘eh, nyonya mansoor dah kena panah petir ke belum?, Pak jebon ke yang masuk berita haritu kena langgar lori 14 kali?’
Setakat jam ini, aku tahu nyonya mansoor dan pak jebon, masih sihat di mahligai indah mereka. Aku ternanti-nanti juga laporan cuaca ribut petir sabung menyabung menghentam mereka berdua. Hahaha.
Aku memang tak pernah tanya pada ida perihal orang tuanya langsung, seperti biasa, aku menunggu dia bercerita.
Aku tahu, dalam hatinya yang mungkin sedih mengenang kelakuan orang tuanya, mungkin masih ada secebis rasa sayang, rasa ingin bertemu mereka lagi di syurga nanti membuatkan dia masih lagi melawat ibunya di kampung, beraya bersama dan beraksi seperti tiada apa-apa.
Kuatkan dia? sebagai kawan, aku menghorm4ti rasa hormat dia kepada orang tuanya itu.
Tapi jika aku tahu apa2 kejadian ‘best’ berlaku pada mereka berdua, aku tulis la kat sini. Boleh kita membawang sama-sama ye tak? Entah2 aku yang m4ti kena panah petir dulu, esok lusa nyonya mansoor tulis confession pasal aku. Ah sudah.
Anyway, seperti aku cerita dari awal siri ini, ini cerita tentang kawan aku yang solehah, seorang mangsa r0g0l yang transform menjadi seorang ibu yang kuat. Sekuat-kuat manusia yang pernah aku jumpa.
P/s : Menceritakan tentang kuatnya seorang ibu, aku pasti terkenang pengalaman menunaikan haji beberapa tahun lepas (baca tak guys?).
Saat aku melakukan ibadah saei, berlari-lari 7 kali antara safa dan marwa, mengenang hebatnya seorang ibu seperti hajar yang sanggup berulang-alik mencari air demi anak sehingga ibadah itu diangkat masuk menjadi sebahagian rukun haji yang melengkapkan rukun islam.
Walaupun ibadah itu aku lakukan di dalam ruangan ber’aircond’ tapi kalau betul2 menyelami perasaan hajar, yang berlari dalam teriknya mentari, mesti korang rasa sedih dan syahdu. Memang menitis air mata sepanjang aku melakukan saei.
Gigihnya Rasa macam bolehkah kita menjadi ibu sekuat hajar, yang sehabis daya berjuang demi anak, bersediakah kita untuk berkorban segalanya (maruah, kerjaya, wang etc) demi anak? Bolehkah kita menjadi ibu yang terbaik dalam menjaga anugerah tuhan ini?
Kepada kaum wanita terutamanya ibu2 dan bakal ibu, berusahalah menjadi wanita terkuat yang tercipta demi anak-anak kalian.
Bersamalah kita menjadi sekuat hajar, maryam dan wanita2 kuat hebat di luar sana! Undilah Gohan sebagai calon menteri pembangunan wanita Planet namek!! (tiber..)
P/s 2 : Yang ni aku nak minta pendapat korang. Ida ada tanya aku soalan ni tapi aku susah juga beri jawapan. Let say ida ada 2 orang anak dengan suami sekarang.
So kalau makcik/ pakcik2 tanya dia ‘ dah berapa orang anak sekarang ni?’ (bunyi macam soalan matem4tik la pula kan)
Kalau korang, korang jawab apa?
‘2 orang makcik’ ke ‘3 orang makcik’
Yelah, kalau jawab 2 orang anak, ida akan rasa bersalah sangat pada dirinya kerana seolah-olah menidakkan kewujudan Raya. ini yang selalu dia berikan jawapan tapi dia akan rasa bersalah sangat2, lepas tu dia akan call aku dan mengadu rasa bersalah dia tu.
Tetapi kalau dia jawab ‘3 orang makcik’ ni nanti confirm soalan ‘eh, anak yang lagi seorang mana?’ jenuh nak menjawab soalan ni dan soalan2 selepas itu. Takkan nak jawab anak yang ‘sulong’ ni sekolah padahal hari cuti.
Jadi, ini dilema ida yang terkini. Kalau sesiapa ada idea jawapan yang best, boleh beri di ruangan komen. Aku pun jadi dilema nak jawab soalan ida ni.
Kalau makcik tu tanya pada aku ‘dah berapa orang anak ni?’ mudah aje aku jawab dengan confident ‘3 makcik, 1 anak tekak, 2 anak mata’. Settle!
– Gohan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit