Bukan Cinta Semata-mata

Saya merupakan graduan dari IPT 2 tahun lalu dan sekarang sudah pun berkahwin dan bekerja berkaitan psikologi. Ketika saya masih dalam pengajian, saya lihat ramai kawan-kawan yang mengejar untuk nikah muda. Ada kawan yang berniat nikah gantung dengan pasangan mereka ketika sedang belajar, ada yang sibuk mencari jodoh. Saya juga tidak terkecuali dengan trend nikah muda, perasaan ingin mendapatkan pasangan sehidup semati bilamana melihat ramai pasangan yang lebih muda bahagia dan menceritakan kebahagiaan mereka kepada umum tapi ramai yang silap.

Perkahwinan saya masih diawal fasa perkenalan dan tiada masalah yang serius dihadapi buat masa kini. Ramai kawan yang berkahwin lebih awal dari saya banyak berkongsi dan meluahkan kisah mereka, ada kawan saya yang hampir mengalami masalah mental akibat tekanan selepas berkahwin.

Kisah pertama kawan saya baru bernikah tidak sampai 3 bulan walau pun sudah bercinta bertahun tapi sekarang dalam proses penceraian kerana tidak persefahaman dan sering bergaduh tentang kewangan. Duit simpanan dihabiskan untk majlis dan tiada simpanan untuk kecemasan.

Kisah ke 2 suami kawan saya lari dari rumah kerana tidak bersedia untuk menjadi seorang ayah, tidak tahan dengar anak menangis waktu malam.

Kisah ke 3, suami isteri boros, tidak pernah ada duit simpanan, meminjam dengan orang terdekat, tidak bersyukur dengan apa yang ada sehingga melibatkan keluarga.

Kita akan nampak bahagia nya perkahwinan mereka, selalu di post dimedia sosial tp kita tidak tahu masalah apa yang mereka hadapi. Zaman sekarang bahagia nak sangat tunjuk tapi masalah nak sorok sangat.

Nasihat saya untuk yang berniat berkahwin muda, buat persediaan diri. Persediaan diri dari segi kewangan, mental dan fizikal. Banyak hati perlu dijaga, banyak persediaan perlu dibuat. Bukan kahwin terus dapat bahagia selamanya, tidak semua mampu pegang tanggungjawab. Cinta semata mata tidak cukup untk bahagia 7 keturunan sekali pun. Suami nak penuhi permintaan isteri, isteri nak jalan kan tanggungjawab, nak solat, bangun awal, jaga anak, komitmen dengan hutang dan sebagainya, banyak perlu dipikirkan. Bukan cinta sahaja. Zaman sekarang makin mencabar dengan godaan dari pelbagai cara dan sudut. Doakan kita semua mampu untuk kuat, sabar,tabah hadapi dugaan yang mendatang :)

– Biey

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit