Hari ni saya nak berkongsi kisah hidup saya. Nama saya Ain. Umur saya sekarang berusia 24 tahun, sudah bersuami, belum mempunyai anak dan sedang melanjutkan ijazah sarjana muda di salah satu institusi pendidikan di Malaysia.
Perkahwinan saya bermula apabila saya mengandung luar nikah sebelum saya dan suami bernikah. Semasa covid 19 sedang melanda, tanpa saya sedar telah hamil 3 bulan. Saya tahu perkara itu pada usia kandungan hampir 4 bulan.
Masa itu suami masih bergelar kekasih, saya bagitahu dia. Dia gembira tapi bukan ini caranya. Kami tahu perbuatan kami salah. Setinggi-tinggi tumpai melompat, akhirnya jatuh ke tanah. Sebulan kami simpan rahsia ini.
Dalam sebulan itu, bermacam-macam usaha kami untuk gugurkan kandungan yang hampir cukup sempurna sifatnya.
Pada usia kandungan 5 bulan, rahsia kami yang kami simpan akhirnya pecah sama seperti air mata ibubapa kami pada ketika mengetahui soal ini.
Ibubapa suami datang ke rumah saya untuk berbincang dengan ibubapa saya lepas solat isyak.
2 hari selepas perbincangan tersebut, saya diberitahu akan ke Kuala Lumpur untuk menggugurkan kandungan. Sejujurnya saya dah mula sayang dengan kandungan saya.
Hanya saya, ibu ayah dan bakal bapa mertua saya pada ketika itu yang ikut ke Kuala Lumpur. Ibu mertua pada ketika itu tidak ikut sama kerana ada perihal kerja memandangkan kedua-duanya masih bekerja.
Sampai saja di Kuala Lumpur, kami terus periksa kandungan bayi saya waktu itu yang sudah cukup sifatnya. Sesungguhnya sungguh kecil tangannya saya lihat melalui skrin hitam putih. Alangkah baiknya jika kami sabar dan tidak ikut nafsu.
Tapi apakan daya, nasi telah jadi bubur. Kami bermalam di salah satu klinik swasta di Kuala Lumpur dan esoknya saya diberitahu untuk minum beberapa biji pil untuk melahirkan janin yang ada dalam kandungan saya.
Tepat jam 7 pagi saya diberi pil-pil tersebut, kemudian jam 11 pagi saya sudah selamat melahirkan “anak sulung” saya yang saya tak pernah lihat dan sentuh dia untuk kali pertama.
Kenapa saya tak vaccum? Sebab usia kandungan saya sudah melebihi had untuk vaccum.
Jadi melahirkan secara normal adalah jalan yang terakhir. Baru sekarang saya faham akan sakit orang bersalin. Itu baru usia kandungan 5 bulan, inikan 9 bulan 10 hari.
Beberapa hari selepas kami pulang dari Kuala Lumpur, kami dikejutkan dengan kematian nenek (belah ayah).
Saya rasa macam itu kifarah. Allah bayar cash. What you did around goes around.
Beberapa bulan kemudian, kami bertunang. Bertunang pada hari kelahiran saya. Pada ketika itu, saya sibuk dengan kemasukan ijazah sarjana muda selepas pkp kedua.
Semester pertama saya bermula dengan online kelas. 6 bulan berlalu, kemudian kami bernikah ketika saya cuti semester yang pertama. Maka bermulalah kehidupan kami suami isteri.
Suami ketika itu baru selesai diploma dan tiada punca pendapatan. Majlis kahwin seratus peratus mak ayah kami.
Memandangkan mak dan ayah mertua saya menjalankan perniagaan selain bekerja, sangat senang untuk menguruskan hal kawin dengan bantuan mereka.
Semester kedua kami hidup dengan ptptn saya dan kami masih tinggal di rumah mak ayah suami.
Alhamdulillah keluarga mertua sangat baik dan memberi motivasi kepada saya setiap hari untuk terus positif dan maju ke depan. 7 bulan selepas kahwin, saya desak suami untuk bekerja.
Akhirnya dapat kerja kilang di Selangor. Tak lama pun, 2 bulan terus balik. Sakit lututnya katanya. Tempurung lututnya sedikit lari dari tempat asal. Asyik cuti saja.
Gaji kilang sangat lumayan tapi jika dibandingkan dengan sakit, sanggup berhenti. Kata ibu mertua, ada tender baru masuk. Dia mahu suami yang ambil alih.
Awal tahun 2022, kami mula bekerja. Walaupun saya masih belajar, tapi tetap bantu suami kerja. Maklumlah belajar pun online. 3 semester “belajar di rumah”,
Akhirnya semua pelajar semester ke 4 diwajibkan kelas bersemuka. Maka tinggallah seorang suami jauh bekerja. Pjj lah kami buat sementara waktu.
Suami saya seorang penyayang, lembut dan hormat pada wanita itu tinggi. Hitam manis kulitnya, senyumannya manis. Saya suka. Suka buat kejutan untuk saya, ikutkan kemahuan saya.
Dia terima apa adanya saya. Saya sayang dia tapi terkadang saya ragu, betul dia untuk saya?
ketika suami bekerja, soal duit tidak ada isu. Minta saja terus dikasi. Cuti semester saya tolong suami bekerja. Masuk semester baru, tinggal lagi.
Tapi kalini lain. Kali ni saya rasa saya menjadi beban kepada suami saya. Adakah sebab dari cara perkahwinan kami? Bila minta duit untuk belanja, diungkit-ungkit. Katanya saya boros.
Macam mana nak boros kalau makan tengahari pun saya limitkan RM10 jee sehari, malam masak di rumah sewa.
Kereta saya bawak isi RM30 je untuk seminggu, kalau tak keluar. Kalau ulang alik dari tempat saya belajar ke rumah, ambil masa seminggu untuk habis. Kalau isi hari Isnin, hari Ahad baru nyala lampu pam minyak. Itu pun tak berkelip lagi.
Sewa RM200, makan sahaja saya hadkan RM100 seminggu campur duit minyak. Pun masih cakap saya ni boros. Atau nak saya puasa sepanjang semester? Minyak isi pakai air, bayar pakai daun.
Katanya dia bekerja, hanya saya saja senang. Bahagian dia untuk senang tak ada. Penat lelah dia bekerja untuk saya boroskan saja duit dia.
Katanya kalau ikut Islam, dua kali setahun perlu baju baru untuk isteri. Itu tanggungjawab dia sebagai suami. Bagi dia, RM100 campur duit sewa rumah itu sudah dikira nafkah saya.
Bukankah itu tanggunjawab dia sebagai suami untuk sediakan semua tu? Sepanjang hampir 2 tahun perkahwinan kami, 2 kali perkataan talak meniti di bibir dia. Tangan dia pernah sekali singgah di pipi saya lepas saya lancang melawan (bagi dia) kata-kata dia depan pekerja.
Walaupun bukan soal uang, ada saja dia mau marah. Caci maki itu sudah biasa di cuping telinga saya. Lepas reda marahnya, dia selalu cakap jangan diambil hati kata-kata dia. Itu hanya kerana dia ingin lampiaskan kemarahannya saja.
Jika aku melawan, dia boleh putar ayat dan akhirnya aku jugak yang salah.
Sekarang kami okay saja, tapi saya jadi ragu-ragu. Gaduh rumah tangga itu biasa, tapi takkanlah semua benda nak diungkit? Saya rasa macam saya nak berhenti belajar. Rasa macam saya ni beban.
Mungkin dengan kehadiran orang baru, baru ada vibe bapak-bapak kot. Saya maafkan perbuatan dia dan saya harap dia berubah suatu hari nanti.
Kalau saya terasa hati dengan dia atau apa sekali pun, saya senyap jee. Sebab nanti saya juga dipersalahkan. Jadi lebih baik saya diamkan saja.
Kepada awak sang suami yang ku sayang, jom kita sama-sama berubah. Saya pun banyak salah, tak sempurna. Kan bagus kalau sama2 berubah kan.
– Ain (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit