Bukan Doktor Saja Yang Teraniaya

Assalamualaikum semua. Aku harap admin dah publish cerita aku ni.

Baru2 ni kecoh 1 malaysia yang HO sekarang dah tak ditawarkan jawatan tetap tetapi hanya kontrak. Kecoh sebab workload diorang tak setimpal dengan pulangan gaji di hujung bulan (Ini dari pemahaman aku, betulkan kalau aku salah).

Apa yang aku nak cerita sekarang ni bukan lah nak kecilkan mana2 bidang. Selain medical, banyak lagi bidang lain yang tak dapat gaji yang setimpal. Dan paling sadis bagi graduan macam aku.

Aku belajar bidang pentabiran di universiti awam. Skeptikal orang malaysia ialah, budak admin akan jadi admin. Hatta degree holder pentadbiran pun akan jadi admin.

Gaji?

Aku start gaji 1500 basic. Elaun 200 Kerja 8-6, 6 hari seminggu. Aku merungut dan cuba cari kerja lain, tapi budak admin ni terlalu banyak persaingan.

Walaupun budak admin ni belajar the whole aspect of business & management & goverment..

Kami kena bersaing dengan budak business management untuk jadi admin exec dalam industri.

Kena bersaing dengan budak akaun untuk jadi acc exec.

Kena bersaing dengan budak hr untuk jadi hr exec.

Tambah skill?

Aku grad dengan pointer 3.61 dalam degree dan 3.48 dalam diploma (bidang yang sama).

Aktif kelab di universiti

Sebut saja program apa, semua aku join.

After 2 years,

Aku kerja dalam bidang teknikal. Gaji? Below 2200. Sepanjang setahun yang lepas, aku job hunt tapi takda rezeki sampai sekarang. Aku dah apply banyak sangat kerja termasuk kerajaan. Tapi semuanya dukacita.

Aku harap kerajaan dengar luahan kami budak2 yang baru nak menapak dalam industri ni. Kami budak admin nak kerja kerajaan, nak sumbang tenaga dan skill kami tapi apa guna kami belajar kalau kami langsung tak dipandang oleh lembaga penapisan SPA.

Dan kami juga nak kerja dalam industri, aku sedih sebab bukan hanya aku, budak2 kelas aku ada hampir 30 orang. Ada kot 3 orang saja yang kerja dalam MNC. Yang lain terpaksa jual insurans, kerja bidang lain, buat bisnea online.

Sekian dari budak admin.

– Kak Admin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *