Hi guys. Tatkala aku menulis ni. Aku baru bangun dari tidur.
Setiap pagi aku bangun, aku selalu kecewa dengan diri aku. Subuh gajah. Badan penat. Gemuk. Nampak tua.
Orang lain dah berpagi lagi tahajud, subuh, sekolah, cari rezeki, dan sebagainya.
Sungguh aku rasa membazir masa, tenaga, duit, ilmu yang aku ada. Rasa hidup tak bermakna.
Bak kata hamka, kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup.
Bukan jalan hidup ini yang aku pilih. Namun ditakdirkan untuk aku lalui jalan ini. Nak tak nak, aku kena hadap kan.
Aku dah sabar. Tapi susah sekali nak redha. Sepertinya aku masih berkalau untuk ubah masa lalu.
Aku tak bahagia. Hanya sekejap sahaja. Bukan gembira dan tenang yang hakiki. Entahla.
Dengan pasangan aku pun, tak dapat aku nak luah tentang kerunsingan aku ni. Biasanya dia akan marah balik. Contoh dialog antara kami.
Aku : Abang, saya rasa penat nak hidup, rasa macam tak bermakna je hidup kita ni, bangun tidur makan, tu je ke sampai mati?
Suami : Awak ni kenapa fikir bukan-bukan? Kan kita dah cukup makan pakai semua. Senang, tak susah. Nak apa lagi?
Aku : Sebab saya rasa tak bahagia. Rasa tak disiplin hidup ni macam dulu. Bangun pagi awal, selalu ada benda nak buat. Ni semua benda tak boleh buat
Suami : Mesti awak tak bahagia sebab kahwin dengan saya kan? Cakap je lah.
Aku : Ke situ pulak. Takpe lah bang. Malas la nak cakap apa2. Bincang topik lain, topik lain pulak jadinya
Macam tu lah selalunya. Adakah memang aku ni terlalu banyak fikir seperti suami aku katakan? Adakah aku terlalu banyak rasa?
Adakah aku ni membebankan diri sendiri dengan benda yang tak patut? Adakah ekspektasi aku terlalu besar untuk diri sendiri dan keluarga ini?
Bagi aku, baiklah berfikir sebelum bertindak dalam hidup. Dari ikut nafsu kan? Entahla, kenapa suami aku selalu ungkit pasal aku ni menyesal kahwin dengan dia.
Aku syukur dapat suami baik macam dia. Cuma kehidupan memang berbeza lepas kahwin.
Waktu tidur paling pening. Suami kerja malam. Pagi rehat. Tak ke terbalik tu? Biasa orang kerja pagi, rehat malam.
Entahlah. Aku tak tahu nak apa dah dalam hidup. Macam takde impian. Macam takde harapan.
Sejak aku fokus pada keluarga, aku macam dah hilang diri sendiri. Mereka sorang2 sudah pergi meninggal dunia, banyak jasa, banyak pengorbanan.
Aku bila meninggal nanti, jasa apa yang aku tinggal? Apa pula yang aku bawa bekal?
Jika aku terus hidup macam ni. Allah redha ke? Sedang Allah bagi banyak nikmat, tapi aku bazirkan. Aku takut nanti ditanya, dihisab…
Tolong bagi nasihat pada aku. Macam mana nak bangkit dari kegelapan ni. Rasa buntu. Sebab setiap kali aku nak berubah, aku gagal.
Nak berubah, gagal. Asyik balik ke takuk lama. Sering jatuh, sampai aku pasrah. Kecewa sungguh dengan diri sendiri.
Dulu ayah aku selalu pesan, ingat lima perkara tu.
1. Muda sebelum tua
2. Kaya sebelum miskin
3. Lapang sebelum sempit
4. Sihat sebelum sakit
5. Hidup sebelum mati
Yang aku takut sampai yang selepasnya dulu. Baru aku menyesal tak sudah.
– Pembazir (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sabar ya puan. Saya cadangkan, Puan guna duit Puan nak pakai dengan bagi orang yang lebih memerlukan. Tp pastikan tidak di scam. Pastu saya cadangkan puan jalan2 sambil tgk org yg kurang bernasib baik