Bukan Ipar Adalah Maut

Hai. Saya Bunga. Semestinya bukan nama sebenar. Kisah yang ingin saya ceritakan ni kisah yang terjadi pada saya beberapa tahun yang lalu.

Baiklah, kita teruskan dengan ceritanya ye. Saya merupakan anak ketiga dalam keluarga merangkap anak bongsu. Dua di atas saya adalah kakak dan keduanya juga telah berkahwin.

Hubungan kami adik beradik dan ipar-ipar sangat rapat dan saling tolong menolong antara satu sama lain.

Saya seorang berperwatakan manja yang tipikal anak bongsu. Sorang yang chubby yang berkulit cerah, bermuka bulat, bermata bundar, mempunyai lesung pipit di pipi kiri dan kanan dan seoarang yang suka senyum.

Saya ni cantik tu tak tapi manis tu ada laaa sikit. Orang cakap skali tengok mesti nak tengok lagi. Hehehehe,

Okey – okey.. Kita sambung yee..

Habis belajar saya dapat keje di negeri di mana kakak saya yang sulung itu tinggal. Kami hanya berlainan daerah sahaja. Setiap hujung minggu saya banyak habiskan masa di rumah dorang untuk bermain dengan anak buah.

Sejak saya berulang – alik dari rumah mereka, saya perasan saya kerap menerima “chat” dari abang ipar..

“Hai, dah sampai rumah ke?”

“Tengah buat apa tu?”

“Dah makan ke?”

Saya ni jenis yang tak reti fikir negative. Setiap kali dia chat saya macam ni, saya pasti akan membalas chat tersebut.

Saya fikir, kalau saya tak balas mungkin dia akan terasa hati sebab saya dan “seen” mesej dia tu..

Bulan berganti bulan, saya sibuk dengan kerja yang bertimbun menyebabkan saya dah jarang ke rumah mereka. Suatu malam, tiba-tiba saya dapat mesej dari abang Ipar..

“Hai sayang, dah lama tak jumpa. Abang rindulah”

Allahu.. mengucap panjang saya. Terkejut. Kenapa dengan abang Ipar aku ni.. lepas tu masuk lagi chat dari dia..

“Abang dah lama suka awak. Sayang awak lebih dari Adik dan abang Ipar”

Sah! Abang Ipar aku dah g*la.

Saya tak reply chatnya. Tapi bila tak dilayannya, makin kerap dia mesej saya. Saya tak tahan. Saya bagitahu dia..

“Kalau kau terus chat aku macam ni lagi, aku bagitahu akak aku tentang hal ni. Aku bagitahu ibu dan aku akan tunjuk mesej kau ni kat dorang!”

Mungkin dia takut, dia dah berhenti ganggu saya dengan mesej yang macam tu. Saya fikir mungkin dia dah insaf dan benda ni berlalu macam tu je..

Ditakdirkan suatu hari tu satu family akak saya termasuk abang ipar ni terkena flu. Semua demam. Anak dia yang nombor 2 kena warded. Akak saya yang jaga di wad.

Disebabkan saya ahli keluarga yang terdekat saya laaa yang berulang alik setiap hari dari tempat keje ke rumah mereka untuk menjaga anak – anak yang lain termasuklah abang ipar saya yang demam tak boleh bangun.

Nampak keadaan agak teruk. Saya ambik cuti dan tinggal di rumah mereka untuk beberapa hari.

Saya laaa yang ulang alik hantar makanan dan barang2 keperluan yang lain untuk akak di hospital. Dan saya jugaklah menjaga anak buah dan abang ipar yang demam di rumah.

Hari ke-3 saya menjaga mereka. Saya tengah memotong sayur di dapur. Tiba-tiba datang abang ipar yang hanya bertuala.. Di tariknya kerusi lalu duduk di depan saya..

“Terima kasih rela ambik cuti untuk jaga abang dan anak-anak kat rumah ni” – Abang Ipar.

“Takpe, dah memang tanggungjawab saya untuk tolong adik beradik” – saya.

Seketika kemudian dia sambung lagi perbualan kitaorang..

“Sebenarnya, abang dah lama suka awak. Sebelum kahwin dengan Akak awak lagi. Abang suka tengok body awak. Abang jadi geram”

Lalu dia pun bangun dan bukak tuala yang dia pakai..

“Tengok ni. Awak suka tak yang abang punya?”

Dia slow-slow jalan mendekati saya..

“Cubalah awak pegang. Cuba awak rasa b*s*r tak yang abang punya?”

Saya terkejut. Ini ke abang Ipar yang saya hormati selama ni..

“Ko ni dah gila ke apa ni hah? Kau buat apa ni? Kau jangan dekat dengan aku! Pakai balik tuala kau! Aku tak nak tengok!

Perasaan takut, marah, sakit hati, kecewa semua bersatu.

“Aku nak balik, ko pandai-pandai laaa jaga anak-anak”

Saya ambik handbag, terus lari keluar dari rumah tu terus call Akak saya.

“Akak, aku balik dulu. Semua dah sihat”

Semenjak tu, saya banyak menjauhlan diri dari akak dan abang ipar.. Mungkin korang tertanya kenapa tak buat report je kan? Entahlah.

Banyak benda saya fikir andai saya laporkan benda ni pada pihak berkuasa. Mungkin abang ipar saya akan hilang kerja disebabkan dia salah sorang anggota beruniform di negara kita ni.

Mungkin jugak keluarga saya akan berpecah kepada dua pihak lepas ni. Satu di pihak saya dan satu lagi di pihak akak dan abg ipar..

Mungkin jugak ada yang tidak percaya dengan cerita-cerita saya nanti disebabkan abang ipar adalah kesayangan keluarga. Dia baik orangnya dan seorang ayah yang penyayang.

Anak-anak buah saya nanti macam mana kalau ayah dorang di penjara dan macam mana pulak hubungan saya dan akak jika saya bawak benda ni ke pengadilan.

Banyak yang saya fikir.. Saya tak nak keluarga saya berpecah belah hanya disebabkan saya.

Akhirnya saya ambik keputusan untuk diamkan sahaja. Biarlah benda ni antara saya dan dia sahaja.

Akak perasan saya dah lama tak ke rumahnya. Saya hanya bagitahu saya sibuk dan selalu outstation.

Saya pun dah lama tak bercakap dengan abang ipar. Hari tu dia ada tegur saya dan tiba-tiba dia mintak maaf. Katanya dia menyesal..

Entahlah. Saya tak tau nak cakap apa. Marah saya masih ada. Takut saya pun masih ada. Mungkin saya dah maafkan dia tapi saya tak kan sesekali melupakan saya yang telah terjadi antara saya dan dia..

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Kekalkan gap…dia minta maaf tu takut alasan je tu utk rapatkan balik. Tindakan awak betul…elok bila dh kawin baru la melawat keluarga akk

  2. Salam cik. Jaga diri dan doa minta perlindungan Allah. Lelaki mcm tu bahaya. Jadi apa-apa, memang boleh buat famili bahagia berpecah belah. Kalau boleh, jangan pergi rumah kakak melainkan berteman. Bawaklah kwan sorg dan payung. Jadi apa-apa, pukul je mamat tu beramai-ramai.
    Lagi satu, jangan percaya kata-kata abg ipar tu. Kalau betul dia suka cik, kenapa dan mengapa dia pilih untuk kawin dengan kakak cik. Semua tu alasan nafsu dia saja tu. Apapun, jaga diri jaga iman. Wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *