Assalamualaikum. Terima kasih admin jika confession ini tersiar. Sepertimana tajuk di atas, akak rasa terpanggil untuk menulis setelah membaca luahan dari confessor berkaitan suaminya yang bermasalah.
Boleh rujuk link ni : (https://iiumc.com/suamiku-
Nama akak, Suri. Tahun ni usia akak 39 tahun dan suami 5 tahun lebih tua dari akak. Sudah berkahwin selama 18 tahun dan punya seorang anak perempuan berusia 16 tahun. Ye. Dah besar panjang pun.
Suami anak tunggal dalam keluarganya dan atas alasan itulah akak seolah2 dipaksa untuk melahirkan zuriat lelaki bagi meneruskan legasi ‘wali’ keluarga mertua.
Sejak dari awal perkahwinan memang kami tiada masalah dalam menjalankan tanggungjawab batin. Biasa lah tipikal orang sekeliling, dah ada anak sorang kena dapat lagi baby boy. Itu la ayat yang seringkali di ulang2 sampaikan akak naik muak untuk menjawabnya.
Sama macam apa yang adik confessor ni lalui, siap sentuh2 perut n bagi macam2 tips untuk akak ‘lekat’ lagi. End up akak cuma balas “in sha Allah.. Doakan ye..”
Apa yang buat akak rasa untuk share kat sini adalah, yang bermasalah in sha Allah bukan akak. Ye. Allah dah izinkan akak untuk bergelar ibu pun.
Masalah berpunca dari suami selepas beberapa tahun anak kami lahir, suami disahkan menghidap darah tinggi dan kencing manis kronik. Belum tahap insulin tapi tetap kena ambil ubat mengikut aturan.
Apa kaitannya dengan cerita akak ni adalah oleh kerana disebabkan penyakit yang suami alami, dia tak mampu untuk menafkahi akak dengan sempurna.
Ye, dalam erti kata lain suami tak mampu untuk perform macam sebelumnya. Bertahun2 tidur kami tanpa bersentuhan. Seboleh2 nya dia akan mengelak dari tidur sekatil dan ini berlarutan hinggalah anak kami menginjak dewasa.
Akak faham. Mungkin asbab ego seorang lelaki dia bertingkah begitu. Kadang2, depan khalayak akak turut disindir suami bila hal ini dibualkan. Walaupun dalam nada gurau, akak tak sanggup untuk menyatakan hal yang sebenar. Aib suami aib akak jugak walaupun dia tak fikir begitu.
Akak redha walaupun kecewa dalam hati. Mungkin ini ujian yang Allah beri untuk menguatkan lagi kasih sayang kami. Usaha akak untuk bantu dia dan usaha dia untuk pulih semula memang ada.
Kerana ego lelaki, suami agak susah untuk berbincang soal ini. Apa lagi untuk bersesi ‘pillow talk’. Walau bagaimanapun, akak tau dia memang sangat menjaga perihat ubat2an yang perlu diambil dengan saranan doktor. Tak pernah putus. Akak tahu dia berusaha untuk pulih.
Untuk akak, memang tak pernah pun akak suarakan masalah ni waima dengan siapa pun. Akak cuma ada dia untuk mengadu. Aku percaya setiap yang berlaku adalah percaturan darinya.
Zikir akak untuk suami tak pernah lupa. Setiap kalinya akan akak niat dan qasadkan dalam hati untuk kesembuhan dia bilamana akak menyebut
Ya Salam (Yang maha menyembuh)
Ya Muhyi (Yang maha menghidupkan)
Ya Barii’ (Yang maha menjadikan)
Ya Mateen (Yang maha teguh)
Mohon dengan sebenar2nya untuk kesembuhan suami dan jalan keluar dari masalah kami. In sha Allah.
Alhamdulillah, kini dia semakin sembuh. Walaupun masih ada pertanyaan ‘bila lagi nak menambah?’ tapi akak benar2 gembira dan bersyukur.
Walaupun jauh kemungkinan untuk akak mengandung semula, sekurang2nya akak dah dapat suami akak kembali. Dia dah pulih sepenuhnya.
Soal untuk peluang dapat anak lelaki atau tak akak serahkan pada dia. Syukur yang teramat sangat. Sesungguhnya dia yang maha menyembuhkan. Walaupun penyakit suami masih ada, Allah dah tunjukkan kebesarannya.
Pengajaran bagi akak sendiri, ujian Allah tu takkan sama kpd hambanya. Berusahalah selagi mampu. Jaga aib suami selagi boleh. Yang Allah nak tengok, niat n hati kita dengan Dia. Jangan pernah putus harapan.
Untuk adik confessor, akak doakan adik dipermudahkan jalan untuk menimang zuriat sendiri. In sha Allah, adik tak keseorangan. Ramai lagi yang diuji lebih hebat dari kita.
InnaAllaha maas sobirin..
– Suri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit