Hi pembaca IIUM Confession, aku terdetik nak menulis lepas baca kisah Dahlia bertajuk Isteri Yang Nusyuz (https://iiumc.com/isteri-yang-nusyuz/), baru-baru ni kerana aku juga seorang perempuan dan seorang isteri.
Seperti Dahlia, aku pun seorang isteri yang bekerja. Kisah Dahlia bukannya sesuatu yang nadir pun, in fact di tempat aku bekerja sekarang pun ada.
Tapi just because it happens everywhere doesn’t mean it’s normal and morally acceptable. Tak ada agama mana pun yang menghalalkan hubungan antara isteri orang dan suami orang, kecuali ajaran sesat kot.
Berbalik kepada aku, semasa awal perkahwinan aku dan suami PJJ. Nak nak pulak masa tu baru start PKP dan suami diberikan cuti tanpa gaji, hanya aku yang bekerja.
Jumpa pun berapa kali je sebab balik-balik sekatan pergerakan so hubungan kami agak berantakan walaupun baru berkahwin.
Dan pernah beberapa kali juga kami tak berhubung selama hampir sebulan dalam setahun lebih kitorang PJJ. Orang kata jauh bau bunga, dekat bau t***, tapi aku dengan suami terbalik pulak.
Nak dijadikan cerita, kat tempat kerja aku ada sorang mamat ni, aku namakan dia Jebon. Bezanya Jebon bukan suami orang. Macam Dahlia, mula-mula kitorang tak rapat tapi disebabkan ada tugasan yang kami kena buat bersama so kami pun jadi rapat.
Tapi aku takde perasaan kat dia ye. Cuma aku perasan makin lama dia suka sangat datang dekat meja aku. Setiap hari ada je benda dia nak bincang, ada masa sampai sejam lebih.
Dan setiap kali aku try cut off pandai je dia drag. Sebab hobi membawang dia ni lah jugak lah aku selalu kena stay back sebab kerja tak siap, kengkadang bila dah geram betul aku halau je dia suruh balik ke tempat dia.
Oh, by the way, si Jebon ni dah ada girlfriend jugak kat tempat kerja yang sama. Kadang-kadang girlfriend si Jebon ni yang datang panggil Jebon suruh balik ke meja dia.
Honestly aku tak tau kenapa dia macam tu, cuma aku tak selesa bila orang start usik kami berdua macam ada sesuatu walaupun dorang tau aku dah kahwin.
Malu wehh, aku rasa macam dah curang dengan suami walaupun aku tak pernah layan si Jebon melebihi batas rakan sekerja.
Walaupun hubungan aku dengan suami tak stabil, tapi sebagai seorang wanita yang memegang title isteri, tentu ada rasa bersalah bila jadi begitu. Aku ada maruah kot.
So, aku decide untuk resign sebab aku takut kalau lama-lama stay kat sana aku akan hanyut dalam bisikan syaitan. Jebon ada rupa, tinggi, berkulit cerah dan soft kelakar orangnya. Berbeza dengan suami aku.
Suami aku macam lagu Mas Joko tu yang lirik dia ‘berkumis tipis si hitam manis, tak jemu-jemu aku memandangnya lalalalalala~~’
Tapi dimata aku suami aku lebih hensem, yelah sebab pilihan aku kan kena lah hype pilihan sendiri berbanding orang lain, tak gitu?
Walaupun mungkin masa tu aku takde perasaan dekat si Jebon, tapi tak mustahil dengan bisikan azazil yang penuh tipu daya boleh meruntuhkan benteng kewarasan aku yang tak seteguh Tembok Besar China.
Suami aku ni jenis short-tempered sikit, lebih lagi time driving boleh hypertension duduk sebelah dia. Sampaikan aku ban dia drive demi mengurangkan risiko aku kena darah tinggi dan memastikan keterjaminan jangka hayat aku.
Tapi alhamdulillah sekarang dah semakin kurang marah sebab aku merajuk bila dia marah walaupun dia bukan marah aku. Hehe
Tapi suami aku ialah lelaki yang aku pilih untuk menjadi syurgaku. Sure, dia ada kekurangan tapi bila terdetik dihati aku nak mengungkit apa kekurangan dia, aku akan ingat balik semua kebaikan dia pada aku. Sebenarnya, dia baik je, cuma kadang-kadang aku je yang gila.
Dan ternyata pilihan untuk resign dan pindah duduk dengan suami aku adalah pilihan yang tepat.
Hubungan kami lebih baik lepas duduk sama-sama walaupun ada jugak ujian lain, takde lah terus indah macam dalam drama. Masih bergaduh dan hampir bercerai jugak sebab aku tak tahan duduk rumah mertua sebab masa tu kitorang takde pilihan dengan dua-dua tak bekerja.
Tapi lepas rezeki makin baik, kitorang dah duduk sendiri. Lepas aku resign tu struggle giler nak cari kerja, aku menganggur lebih setahun tapi alhamdulillah sekarang Allah gantikan aku dapat kerja yang lebih baik walaupun bos aku perangai tak semenggah buat aku sakit jiwa hari-hari.
Dan dari pengalaman lepas aku belajar untuk tak terlalu rapat dengan sesiapa yang berlawanan jenis. Lebih banyak cons daripada pro. Hampir semua lelaki yang aku berurusan atas dasar kerja aku panggil encik supaya ada rasa jurang dan formal sikit. Hehe.
Ada jugak orang tegur kata aku skema sangat, tapi lantak diorang la aku kerja bukan nak berkawan sangat. Niat aku bekerja untuk bantu ringankan beban suami je. Tak nak lah kes dengan si Jebon berulang lagi, dah la kat sini nak cari kerja lagi susah.
Tentang Jebon, dia ada chat aku beberapa kali lepas aku resign. Tapi kalau pertanyaan tak penting aku tak balas sampai akhirnya dia dah tak chat dah. Last aku dengar dia dah berhijrah ke luar negara.
Walaupun mungkin aku tak layak nak bagi nasihat, tapi kepada sesiapa kat luar sana apatah lagi yang dah berumahtangga, please lah selagi pasangan korang tak zalim dengan korang janganlah sakitkan hati pasangan korang.
Perkahwinan bukan benda mainan, sesuka hati kita je nak kahwin cerai. Sebagai manusia kita tak akan lari dari diuji tapi Allah dah bagi akal pada kita dan terpulang dari kita macam mana nak hadap ujian tu.
Dan bagi aku, tiada apa pun alasan yang menghalalkan curang. Spin lah macam mana pun, curang tetap satu kesalahan.
Pasangan kita memang ada kekurangan, tapi kita pun sama jugak cuma mungkin pasangan kita tak pernah cakap je. Takde manusia yang sempurna didunia.
Dan disebalik kekurangan pasangan kita, pasti ada kebaikannya jugak kalau tak takkan lah kita nak kahwin dengan dia, ye dak?
Cuma bila hati dah beralih arah, memang banyak je kekurangan dia kita nampak. Hilang semua kebaikan dia. Macam suami aku, dia pun bukan jenis romantik. So kalau aku nak something, aku bagi tau je direct.
Contohnya aku pernah cakap, nanti birthday aku boleh tak belikan bunga. Sebenarnya aku nak bunga sekali je, tapi sekarang every birthday, every anniversary suami aku bagi bunga.
Kalau ada benda aku tak berkenan pun aku terus terang je dengan suami. Takdenya aku simpan-simpan lepas tu makan hati sendiri, tu kurang bijak namanya. Yelah, orang lain bukannya mind reader nak baca apa yang kita fikir dan rasa.
Bagi aku berkahwin ni bukannya tiket yang guarantee boleh buat kita bahagia tapi berkahwin ni macam jaga taman bunga. Masa bercinta bunga-bunga kat taman semua cantik mekar je, tapi kalau tak dijaga lama-lama bunga tu akan layu dan taman tu pun dah tak seindah dulu.
Dalam pada kita menjaga taman tu, of course la kadang-kadang gaduh sebab baja tak ngam la, bunga mati la, lupa siram pokok la. Tapi tanam jelah bunga baru, takkan sebab satu pokok bunga mati kita nak bubuh racun rumpai satu taman kan.
Eh eh melalut dah ni. Maaf la berterabur, aku ni hanyalah seorang literature-student wannabe yang tersakiti. Dulu masa sekolah nak masuk kelas sastera kena reject, cikgu kata aku lebih sesuai kat kelas sains padahal kitonyo minah hati tisu nak benda-benda puitis je gitew.
Apa pun, doakan rumahtangga aku dan suami sentiasa mawaddah, sakinah, dan rahmah ye. Sekarang kitorang dah ada seorang anak yang comel, walaupun rezeki anak datang lambat sikit tapi datang di waktu yang tepat.
Dan aku bersyukur sangat Allah hantar jodoh yang baik untuk aku, aku tak boleh bayangkan hidup dengan orang lain selain dia.
Bagi aku, dia tersangat baik sampaikan kalau dia suruh aku buka stokin kasut dan basuh kaki dia pun aku sanggup buat dengan rela hati. Tapi suami aku tak nak pulak aku offer dia kata aku gila hahaha
Suami aku outstation sebenarnya dan baby pun dah tidur, so aku tengah rindu dia sambil menulis sebab takde orang nak dengar aku membebel.
Pesanan akhir dari penaja, tak kisahlah korang perempuan ke lelaki, janganlah kita menjadi penyondol, penyodok, pelakor, atau yang sewaktu dengannya. Masih ramai insan single diluar sana yang menunggu jodoh pulang ke pangkal jalan.
Sekian dari aku,
– Tilapia Goreng Tepung (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
apa yng awak buat tu memang dah betul 100% semoga Allah memberkati rumahtangga awak hingga ke syurga
semoga Allah memberkati perkahwinan akak n husband.. akak bijak sgt2 bertindak..
yasss , beauty with brain..tahniah sbb tak jadi penyondol..
Tak baik betul rakan sekerja tu duk kenen2 awk dgn jebon. Diorg sepatutnya hormatkan awk yg dah berkahwin, jgn diusik2 dgn org lain. Alhamdulillah awk amik tindakan bijak, demi keberkatan rumah tangga awk 💪👍 semoga rumah tangga sentiasa indah dan bahagia. Aminn